Kadang-kadang ibu bapa tidak perasan behawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain. Walau pun mungkin anda memandang isu ini sebagai remeh, bagi saya ia perlu diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan tingkahlaku anak-anak bila dewasa nanti. Kisah-kisah silam pernah menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh ibu bapa dalam membentuk perilaku di anak.
Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Semua ibu bapa tahu bahawa tabiat mencuri itu memang buruk. Namun secara tidak sedar, sesetengah ibubapa membiarkan anaknya menjadi pencuri.
Dua puluh sen
Mengajar mencuri bukan sahaja berlaku dalam bentuk yang ketara seperti kisah di atas. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Wang milik si bapa atau ibu ini mungkin dalam jumlah yang kecil seperti dua puluh sen atau seringgit sahaja. Bagi mereka wang sebanyak itu tidak membawa apa-apa kesan jika hilang atau diambil orang.
Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak. Anak-anak yang memang sukakan duit mungkin akan mengambil wang itu. Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa.
Kemudian, si bapa mungkin bersikap tidak kisah jika anaknya mengambil wang berkenaan. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan.
Beg sekolah
Pernahkah anda ‘menyelongkar’ beg sekolah anak anda. Atau anda sekadar buat tak tahu dengan apa yang ada dalam beg sekolah itu. Ibu bapa sewajarnya melazimi membuka dan menyelenggarakan beg sekolah anak. Cara ini bukan sahaja dapat membantu kita memahami perkembangan akademik mereka, bahkan juga dapat memantau sebahagian dari tabiat mereka.
Apabila ibu bapa membuka dan meneliti beg sekolah anak, secara tidak langsung ibu dan bapa dapat melihat buku-buku latihan dan buku tulis anak-anak mereka. Pemantauan secara rutin tapi mengejut akan menjadikan anak-anak rasa diberi perhatian seterusnya mendorong mereka untuk lebih gigih berusaha.
Namun selain itu, tindakan memeriksa beg sekolah anak juga dapat memantau buku, alat tulis atau apa sahaja yang ada dalam beg anak-anak. Dari sini ibu bapa boleh pastikan sama ada anak-anak itu mengambil barang milik orang lain atau tidak. Jika terdapat pensil, buku atau mainan milik orang lain dalam beg mereka, maka ibu bapa perlu segera meminta mereka memulangkan kembali kepada pemilik asal.
Panjang tangan
Bila berziarah ke rumah saudara mara atau rakan-rakan, ibu bapa perlulah peka dengan apa yang ada di tangan anak-anak ketika pulang. Kadang-kddang terdapat anak-anak yang mengambil barang orang tuan rumah tanpa kebenaran. Sebahagian mereka mengambilnya tanpa rasa bersalah tanpa memahami konsep dosa pahala. Bila mereka suka dan minat mereka ambil begitu sahja.
Biasanya tuan rumah buat-buat tidak nampak bagi mengelakkan tetamu berasa malu. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk memastikan anaknya tidak mengambil apa-apa dan jika terambil, barangan itu perlulah dikembalikan kepada tuan rumah. Inilah kaedah penting yang perlu disemai bagi mengelakkan anak itu menjadi ‘panjang tangan’ bila sudah remaja dan dewasa nanti.
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.
Baginda Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:
تهادوا تحابوا
Maksudnya;
”Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang” (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)
Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.
Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan ”pekena” seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.
Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;
لَمَّا تَزَوَّجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّ سَلَمَةَ قَالَ لَهَا إِنِّي قَدْ أَهْدَيْتُ إِلَى النَّجَاشِيِّ حُلَّةً وَأَوَاقِيَّ مِنْ مِسْكٍ وَلَا أَرَى النَّجَاشِيَّ إِلَّا قَدْ مَاتَ وَلَا أَرَى إِلَّا هَدِيَّتِي مَرْدُودَةً عَلَيَّ فَإِنْ رُدَّتْ عَلَيَّ فَهِيَ لَكِ قَالَ وَكَانَ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرُدَّتْ عَلَيْهِ هَدِيَّتُهُ فَأَعْطَى كُلَّ امْرَأَةٍ مِنْ نِسَائِهِ أُوقِيَّةَ مِسْكٍ وَأَعْطَى أُمَّ سَلَمَةَ بَقِيَّةَ الْمِسْكِ وَالْحُلَّةَ
Maksudnya;
“Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, “sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu”. Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; “jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu” (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.
Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.
Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.
Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.
Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.
Artikel ini diolah dari tulisan sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Wan Ji Al Bakistani. Beliau adalah ulama muda yang gigih berdakwah melalui lisan dan tulisan. Tulisan-tulisan beliau boleh dicapai melalui blognya di http://g-82.blogspot.com/  - Abi Muslih
Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma’bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.
Artikel ini diolah dari tulisan sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Wan Ji Al Bakistani. Beliau adalah ulama muda yang gigih berdakwah melalui lisan dan tulisan. Tulisan-tulisan beliau boleh dicapai melalui blognya di http://g-82.blogspot.com/  - Abi Muslih
Nak didik apa dulu. ABC ke, 123 ke atau apa? Inilah antara persoalan yang dilontarkan kepada kami. Melalui catatan ringkas ini kami cuba mengulas tentang pendidikan yang pertama dan utama serta beberapa persepsi yang menyebabkan manusia muslim kadang-kadang alpa memberikan perhatian tentangnya.
Rakan-rakan sekalian, sebenarnya perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman adalah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhlukNya yang bernama manusia. Iman adalah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan, bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Iman jugalah yang menjadi satu-satunya pokok persoalan dalam menetapkan nasib berkekalan buat setiap sekujur tubuh manusia di akhirat nanti.
Wajah putih bersih anak-anak kecil menggambarkan betapa luhurnya naluri keinsanan yang ada padanya. Sebagaimana sabda Junjungan SAW, setiap bayi yang lahir itu suci seumpama kain putih. Tiada sebarang cacat dan calit. Maka, para ibu bapa, penjaga dan pendidiknyalah yang akan menentukan warna kain yang putih itu. Putih bersih itu adalah ibarat kepada fitrah yang berpaksikan kemurnian iman.
Sejak dari awal lagi, manusia bermula dengan beriman sebagai sebahagian dari fitrahnya. Fitrah yang terbina melalui janji datuk sekalian manusia iaitu Adam a.s yang menzahirkan imannya di hadapan Allah. Juga fitrah yang bertapak dari janji keimanan setiap roh manusia sewaktu mereka masih di alam roh lagi.
Maka, para ibu dan bapa selaku pendidik tidak perlu mencari apa-apa warna lain, atau membiarkan sesiapa mewarnakan anak-anaknya dengan warna yang lain. Biarlah iman terus melebar dan subur sebagai perisai dan pencuci dalam jiwa anak-anak bagi memastikan warna putih bersih itu sentiasa terjaga dari sebarang kotoran.
Oleh itu, pendidikan keimanan bermaksud memupuk jiwa dan perlakuan anak-anak agar meyakini dengan seteguhnya dasar-dasar aqidah, seterusnya menjelmakan keyakinan itu dalam bentuk ibadah dan akhlak yang luhur. Asas-asas keimanan meliputi keyakinan kepada Allah, Rasul, Malaikat, Akhirat, Kitab dan qadar qadar.
Pendidikan keimanan ini memerlukan pendedahan bijaksana dan ingatan berterusan lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan soal-soal ghaib. Soal ghaib bermaksud, perkara yang tidak dapat atau belum dapat dilihat, didengari atau dirasai oleh pancaindera manusia. Bagi memahamkan anak-anak dengan perkara ghaib ini, para ibu bapa tentunya perlu terlebih dahulu mempunyai keyakinan dan kefahaman yang jitu.
Mempupuk keimanan yang mantap ini harus bermula sejak dari kanak-kanak itu masih kecil. Ada di kalangan ibu bapa yang membiarkan anak-anak tidak memahami tauhid, dan mengharapkan agar perkara itu dipelajari bila mereka menjejak kaki ke sekolah kelak.
Ada yang memandang rendah kepada anak-anak dengan menyangka bahawa mereka terlalu muda untuk memahami soal aqidah ini. Tidak kurang juga yang tidak membuka mulut kepada anak-anak dalam soal akidah ini lantaran sikap tidak ambil pusing. Selain itu terdapat pula ibu bapa yang tidak menceritakan soal aqidah kerana mereka tidak mempunyai kebijaksanaan untuk menjelaskan persoalan ini menggunakan bahasa anak-anak dan pendekatan yang serasi dengan tahap daya fikir mereka.
Inilah salah tanggapan yang menyebabkan pendidikan iman ini diabaikan. Insyallah dalam catatan berikutkan kami akan cuba mengupas beberapa aspek keimanan yang perlu diserapkan kepada anak-anak.
Abi Muslih & Mama Farhah
Kami lama tidak mencatat diblog ini. Harap maaf kepada rakan-rakan pengunjung yang setia. Dalam ruang ini kami ingin berkongsi lagi tentang pendidikan anak. Ingin kami tanyakan satu persoalan yang fundamental iaitu: adakah kita sudah MENDIDIK anak-anak kita?
Rakan-rakan, mendidik anak bukan sekadar proses spontan yang berlaku secara semula jadi, namun ia adalah satu amanah yang amat didorong oleh syarak. Tak dinafikan bahawa manusia secara semula jadinya mahukan anak mereka menjadi orang ‘baik’. Walau jahat sekali pun seorang bapa ibu, hati kecilnya tetap mahukan si anak menjadi orang yang berguna dan taat.
Naluri semula jadi manusia akan menggerakkan dirinya untuk mengasuh dan mendisiplinkan anak-anak. Hanya manusia yang hilang nilai kemanusiaan dan diserap nafsu serakah kebinatangan sahaja yang mahu melihat anaknya rosak dan jahat.
Namun keadaan ini amat jarang berlaku. Kebanyakan manusia termasuk yang kurang beragama, bahkan yang terlibat dengan jenayah sekalipun biasanya berhasrat untuk memperolehi anak yang berjaya dan menjadi penyejuk hati.
Dalam Islam, keinginan untuk mendidik, dan mendisiplin anak-anak bukan sekadar terbit dari kemahuan naluri, bahakan ia terpancar dari pedoman agama dan berpaksikan perintah Allah dan Rasulnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah engkau menyuruh ahli keluarga mu mengerjakan solat, dan bersabarlah terhadap perintah itu” (Thaha:132)
Solat yang dinyatakan dalam ayat diatas menjadi simbol kepada tema pendidikan anak yang dikenheaki oleh agama. Solat menjadi tapak kukuh kepada pembangunan kecemerlangan individu. Dalam solat terkandung ketaatan, disiplin, kesabaran, kawalan pelakuan, penyucian jiwa, ketajaman tumpuan akal serta kepatuhan kepada Allah dan RasulNya SAW.
Jika bapa berjaya melatih anaknya solat dengan tekun, bersegera, khusuk dan sempurna, maka secara kasarnya, bapa itu sudah berjaya mendidik anaknya menjejak kea rah kecemerlangan.
Selain dari suruhan agar ibu bapa mendidik anak, terdapat juga ancaman keras ke atas mereka yang gagal mendidik anak. Secara tegas dan jelas, Allah meminta agar ibu bapa mendidik anak dengan sempurna, kerana kegagalan mendidik mereka bermakna menghantar mereka ke neraka. Firman Allah:
Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka…” (Al-Tahrim:6)
Ayat di atas meletakkan tanggungjawab mendidik anak sebagai tanggungjawab yang paling hampir bagi setiap individu. Maksudnya, sebelum seseorang itu sibuk dengan urusan mengajar dan mendidik orang lain, dia terlebih dahulu perlu memastikan bahawa anggota kelurganya terdidik dan selamat dari ancaman api neraka.
Jika orang di bawah amanahnya rosak, bukan di anak sahaja yang akan tercampak ke neraka, bahkan si bapa atau ibu yang cuai dan gagal mendidik juga mungkin turut sama terhumban ke sana. Sabda Nabi SAW riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: “Seorang lelaki itu bertanggungjawab terhadap isterinya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya. Dan seorang wanita itu bertanggungjawab terhadap rumah suaminya, dan dia akan dipersoal tentang tanggungjawabnya.”
Moga catatan ringkas ini dapat membuat kita terus berfikir… dan bermuhasabah.
Abi Muslih & Mama Farhah
Perhatian: kami membenarkan artikel kami dipetik ke dalam mana-mana laman cyber namun dengan makluman kepada kami serta terdapat pernyataan sumber dan pautan ke sini. Terima kasih.
“And those who pray, “Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous.” (Al-Furqan 25:74)
Children are one of the joys of life that we ask Allah to grant us:
{Wealth and sons are allurements of the life of this world } (Al-Kahf 18:46)
Children are the delight of our hearts in their childhood, our companions and comfort in our old age, and the only source of du`aa’ in our graves; all in all, they are the means by which we earn the fruits of this life and the reward of the hereafter.
The adult of today was the child of yesterday, and the child of today is the adult of tomorrow. In order for children to fulfill their responsibilities towards their parents, they must first get their rights from them.
Muslim parents should teach their children all about Islam and show them how to worship Allah, with no compulsion or force.
They should also guide them to the stairways to Paradise, and protect them from falling into Hellfire. It is the responsibility of parents to provide their children with the environment and tools to learn all about Islam.
Allah says in the Qur’an what means:
{O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones.} (At-Tahrim 66:6)
Before the Child’s Birth
Islam is the most just way of life, in which the rights of each soul are granted. When a man chooses his wife, it is top priority for him to choose one bearing the characteristics of a good mother.
Prophet Muhammad said, “Best of women who rode camels, among women of Quraish, are the most tender on a son in his childhood, and best caring for the husband when he grows old” (Al-Bukhari).
The pregnant or nursing mother should take care of her health and her nutrition so that she can pass good health to her child. She has been given the license to break the obligatory fast of Ramadan if the fasting may cause her or the baby any harm.
Showing Love Towards Children
Upon their birth, children have all of their rights automatically in effect: feeding, clothing, health care, even the celebration of birth (`aqeeqah), Allah says in the Qur’an what means:
[Mothers should feed their children for two whole years (that is) for those who wish to complete the suckling term, the cost of their food and clothing on equitable terms is upon the father of the child.] (Al-Baqarah 2:233)
Also, the Prophet advised us to give each child a name with a good meaning.
Motherhood and fatherhood are instincts that Allah has blessed us with, and the love for our children is built into our hearts even before they are born. Prophet Muhammad instructed us to show our love to our children:
He is not one of us who does not have mercy for children and    respect for our seniors. (At-Tirmidhi)
It is reported that Al-Aqra’ ibn Habis saw Allah’s Messenger kissing his grandchild and said to the Prophet, “I have ten children, but I have never kissed any one of them.” The Prophet said, “He who does not show mercy (towards his children), no mercy would be shown to him” (Al-Bukhari).
Also, a Bedouin man asked the Prophet, “Do you kiss your sons?” The Prophet replied, “Yes.” The Bedouin said, “We do not.”  The Prophet said to him, “What can I do for you if Allah has removed mercy from your heart?” (Al-Bukhari).
The Right to a Respectable Life
Islamic Law has given children the right to a good life and ordered the father to guarantee them the resources that can make them live well.
Prophet Muhammad said, “The best penny a man spends is that on his children, on his camel for the sake of Allah, and on his friends for the sake of Allah.”
Even in cases of divorce, fathers are asked to be fully responsible for their children regarding food, clothing, schooling, and health expenses according to the father’s standard of life.
[Let the man of means spend according to his means: and the man whose resources are restricted, let him spend according to what Allah has given him. Allah puts no burden on any person beyond what He has given him. After a difficulty, Allah will soon grant relief.} (At-Talaq 65:7)
The Qur’an also states that children have the right to inherit from the day of their birth.
Equality and Justice Between children
Justice, in particular social justice, is a major theme in Islam, which was revealed in a time when justice was lacking. Islam’s teachings and rulings restored social justice in the tribal societies at the time.
Muslims who fear Allah in their heart and are keen to earn His satisfaction should treat their children equally, not favoring one over the others, in spending, treatment, and giving gifts to them.
Children are a blessing from Allah and to thank Allah for such a blessing, parents should fulfill the duties Allah prescribed on them towards their children.
By  Hoda Yasser
Saya mengikuti satu rancangan TV berkaitan kesihatan. Perbincangannya berkenaan dengan diet mengikut kumpulan darah. Menurut pakar yang ditemuramah, untuk mengekalkan kesihatan, mengelakkan penyakit dan kegemukan, diet seseorang itu perlu mengikut kumpulan darah. Maknanya setiap orang elok banyak makan makanan berbeza mengikut kumpulan darah sama ada O, A, B atau AB.
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo dan dihuraikan dalam bukunya “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang  dijalankan bertahun-tahun.
Saya, Mama Farhah, Farhah, Muslih serta Mus’ab semuanya dalam kumpulan darah ‘O’. Mengikut teori Dr. Adamo, kami dinasihatkan seperti berikut:
lebih banyak  mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan  pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran  yang banyak, telur dan kacang
menghindari produk susu dan gandum.
menghadkan pengambilan  buah-buahan.
jenis makanan yang juga perlu  dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan  memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada  golongan darah jenis ini.
Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:
Memiliki  sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis  lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan,  disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein  tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang  diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:
Sarapan :  Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh  herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek  : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang  direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Saya juga mendapat beberapa maklumat lanjut berkenaan teori ini. Berikut adalah artikel dari Perubatan Online yang dikelolakan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir:
Kesihatan merupakan aset penting bagi seseorang individu untuk memastikan  keseluruhan sistem koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.  Sesungguhnya, Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
لقد خلقناالانسان فى احسن تقويم
Namun, dewasa ini  kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merunsingkan  banyak pihak. Antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit  jantung dan kanser. Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat kesihatan yang  dikurniakan Allah? Rasul SAW bersabda, “rebutlah lima perkara sebelum datangnya  lima perkara, antaranya ialah sihat sebelum sakit”.
Tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang  diciptakan oleh Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan  segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun.  Jantung ibarat ‘centre region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan  kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke organ atau sel  tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.
Apakah sebenarnya  penyebab utama penyakit fizikal ini timbul? Faktor pemakanan yang tidak seimbang  menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Rata-rata masyarakat hari ini lebih  cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang ditinkan, serbuk-serbuk  perasa yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) – sejenis bahan kimia yang  digunakan untuk menyedapkan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera  yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negatif terhadap  pertumbuhan tubuh dan memudaratkan sistem imun tubuh terhadap serangan antigen  perosak dari luar.
Setiap penyakit mesti ada penawarnya. Namun,  pencegahan awal lebih baik daripada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi  masih pada tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat  badan yang ideal iaitu BMI (body mass index) yang tidak melebihi 24 kg/m2 dan  tumbesaran yang sihat.Pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat  dititikberatkan dan perlu dipatuhi. Diet merupakan method yang berkesan untuk  mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu. Namun, kita  harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya  penyakit lain seperti aneroxia nervosa dan bulimia. Biasanya, penyakit ini  selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat  badan yang unggul amat dititikberatkan.Oleh itu,mereka akan mengambil diet yang  berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.
Jika  dulu, pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut piramid makanan  berpaksikan empat kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan  karbohidrat, protein, lemak dan air. Namun,pelaksanaan sistem ini didapati  kurang berkesan dan kurang sistematik. Hal ini disebabkan dari masa ke masa,  pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat disebabkan arus  sosio-budaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa  memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian piramid  makanan ataupun tidak.
Oleh itu, Peter D Adamo, seorang saintis dari  Barat telah memperkenalkan sejenis diet yang amat mudah untuk diamalkan. Apa  yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan kumpulan darah anda dan  bersedia untuk mengamalkan diet seperti ini. Mudah bukan? Hasilnya pun bakal  memberikan seribu satu impak yang positif kepada anda. Diet mengikut kumpulan  darah masing-masing. Pada mulanya, hasil kajian beliau ditentang. Namun, beliau  tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada beliau  bangkit dengan menerbitkan buku yang bertajuk ‘Eat Right for Your Type.’ Buku  ini telah mendapat sambutan hangat daripada banyak pihak di seluruh dunia. Tidak  adakah saintis Islam yang mampu bangkit sebaris dengan dengan Dr Peter atau  mungkin lebih tinggi daripada itu? Tepuk dada tanya iman.
Dr Peter telah  mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kajiannya.  Beliau telah menggunakan lentil – sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak  balas dengan koordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang  mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian.  Maksudnya, badan kita sentiasa berada dalam keadaan rehat dan pembinaan protein  untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan rancak. Seterusnya, beliau  mengkategorikan individu yang memiliki kumpulan darah jenis O, sebagai  ‘meat-hunter,’ kumpulan darah A sebagai ‘vegetarian,’ dan kedua-dua kumpulan B  dan AB sebagai ‘omnivor.’ Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan  daging bersama susu dan ikan bersama susu. Ini amat bertepatan sekali untuk  kumpulan darah A yang mana individu tersebut tidak boleh meminum susu dan makan  daging. Sebaliknya, diet mereka perlu dineutralkan dengan pengambilan  sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna. Indahnya  Islam!
Tuntasnya, pengamalan diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih  baru lagi pada persepsi masyarakat umum. Amalan diet ini dipercayai berkesan  dalam membantu mengembalikan semula berat badan normal yang ideal dan dapat  mencegah daripada dihinggapi penyakit berbahaya yang banyak menyerang masyarakat  kita sekarang terutama masyarakat Melayu seperti kanser jantung, kanser peparu,  diabetes mellitus. Mungkin kerana penyediaan resepi masakan yang mengandungi  banyak lemak, tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam  makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan setiap tiga kali sehari jua  mampu mengundang penyakit kencing manis!
Saya juga merujuk kepada bahan berikut hasil tulisan Noorzihan Mohamed Yin yang disiarkan oleh laman web YADIM. Maklumat ini lebih jelas dan menyeluruh.
LUMRAH bagi seorang manusia, golongan  wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.  Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan,  pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan  menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar  pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat  memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka  yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga  beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat  rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak  anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang  adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah  anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr.  Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang  menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh  badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan  kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai  dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type”  yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun  itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza  terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang  tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin  makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi  buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan  pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang  sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan  emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan  lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis  darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki  metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan  O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam  bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan  pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika  kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah  perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A  menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan  ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,  infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber  makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam  kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan  mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim  tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam  jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu  kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan  buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan  adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging  lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti,  kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak  kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem  pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk  susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan  berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan  bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang  dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek:  Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta  teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta  tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN  DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B  lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini  menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan  makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang  tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan  diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan  daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk  meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah  berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi  stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan  kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit  berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran  hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan  adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali  ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun,  beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan  buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya  adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak  bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,  kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan,  kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi  segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang  dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa  lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong  roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh  herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan  teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik  golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan  B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan  saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan  laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses  penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang  tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis  buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus  menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk  susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil  dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti,  kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
•  Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan  dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada  setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air  limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek :  Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum  dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad  buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo  menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein  tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging  (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang  namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik  darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O  harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut  menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi,  taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur,  susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat  khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu  mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas  golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi  berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan  untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti  daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan  organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu  diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan  sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang,  salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging  lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh  herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah  suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru,  tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan  pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai  memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan  kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang  berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi  membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan  bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda  sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Bagi memenuhi janji, kami mencatatkan beberapa panduan ringkas yang boleh dikadikan rujukan ibu bapa dalam menghadapi media yang bobrok.
Pertamanya, perlu diingat bahawa gelombang media perosak yang makin mengganas ini menuntut keprihatinan maksimum ibu bapa. Insafilah, anak-anak kita pada fitrahnya inginkan kesucian jiwa dan hembusan taqwa. Mesej-mesej dari bahan media perosak hakikatnya amat jauh dari keputihan fitrah anak-anak. Maka usah kita sogokkan mereka dengan bahan-bahan pemusnah ini. Jika kita ingin membeli majalah, pilih lah majalah yang membina. Jangan ada majalah pendorong pergaulan bebas, majalah hiburan, majalah berunsur misteri dan tahyul, apa tah lagi majalah berunsur seks dalam rumah kita. Sejak dari tadika, mereka perlu didedahkan dengan majalah Islami.
Tapisan, pemantauan dan panduan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan media untuk anak-anak. Bagi media yang sukar disekat, ibu bapa perlu bertindak sebagai penapis bahan-bahan yang tersiar. Tentukan kepada anak-anak bahan yang boleh ditonton dan yang tidak boleh ditonton. Begitu juga dengan internet. Perlu ada tapisan bagi membuka laman web. Gunakan teknologi semasa untuk menapisnya. Walaupun tapisan seratus peratus unsur perosak adalah hampir mustahil, namun sekurang-kurangnya biarlah ia terkawal.
Pemantauan perlu dibuat secara berkala bagi memerhatikan kecenderungan dan tingkahlaku anak-anak. Perlu diingat dengan kelebihan sebahagian anak-anak dalam soal perkembangan teknologi mungkin mereka bijak menyembunyikan perangai tidak senonoh mereka menggunakan bahan yang merosakkan. Maka, ibu bapa bukan sahaja perlu prihatin, bahkan perlu mengikuti perkembangan teknologi bagi memintas salahlaku yang mungkin dilakukan oleh anak-anak.
Perlu diingat juga bahawa ibu bapa perlu lah seimbang dalam memantau penggunaan media oleh anak-anak. Apa yang penting ialah kefahaman dan keyakinan anak-anak tentang bahaya bahan-bahan media yang merosakkan. Sebaik-baiknya biarlah anak-anak itu diserap dengan iman yang mendalam sehingga mampu mempunyai benteng diri bagi mengelakkan pengaruh media perosak ini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bahan-bahan alternatif bagi memenuhi tuntutan jiwa kanak-kanak dan remaja, agar jiwa muda dan segar mereka tidak terkulai layu akibat sekatan yang melampau dan tidak munasabah.
Mudah-mudahan kami dan anda semua menjadi ibu bapa yang sentiasa peka dengan cabaran yang berlaku ini. Cabaran kita hari ini jauh lebih rencam dan kompleks berbanding cadaran ibu bapa kita yang mendidik kita. Moga Allah sentiasa menunjukkan hidayah buat kita semua. Ameen.
Salah siapa? Memanglah lima syaitan bertopeng manusia tu buat salah. Mereka rogol seorang gadis secara bergilir-gilir. Tapi jika saudara baca berita dibawah, saudara akan perasan bahawa adegan rogol selepas dikelentong oleh kekasih yang baru dikenali ini bukan cerita baru. Dah banyak kali kita dengar.
Ingatan untuk para gadis. Jangan jadi murah. Jangan mudah percaya. Jaga syariat. Tutup aurat. Usah berkhalwat.
Bagi para ibu dan bapa pula, inilah cabaran besar dalam mendidik anak di zaman ini. Apa yang menyedihkan ada ibu bapa yang terlalu longgar dalam mendisiplinkan anak. Kebebasan yang diberikan tanpa batas. Lantas, bila berlaku insiden seperti di atas, barulah tergadah. Insyaallah, jika kita mendidik anak dengan pedoman tauhid, perkara seumpama ini dapat dielakkan dari berlaku.
Berikut berita yang dimaksudkan
Gadis dirogol lima lelaki
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Gara-gara mengikut teman lelakinya yang baru dikenali ketika makan di sebuah restoran, seorang gadis berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah rumah di Kepong dekat sini Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, setelah makan di restoran tersebut, mangsa telah dibawa menaiki kereta oleh teman lelakinya ke rumah berkenaan dengan alasan dia mahu menukar baju.
Difahamkan, setelah enggan mengikut arahan teman lelakinya supaya menuruti kehendak mereka, empat suspek tersebut bertindak mengangkat mangsa masuk ke dalam salah sebuah bilik dan merogolnya bergilir- gilir.
Selepas itu, salah seorang suspek dipercayai mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum meninggalkan mangsa di Taman Shamelin, Cheras.
Mangsa kemudiannya terpaksa berjalan kaki kira-kira lima kilometer untuk sampai ke rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.
Katanya, pihaknya sedang menyiasat dakwaan mangsa itu sebelum sebarang tindakan diambil berhubung kes tersebut.
Baru-baru ini Allah menguji ku dengan denggi. Lima hari berada di Hospital Selayang. Terima kasih atas kesetiaan dan kesabaran Mama Farhah yang terus menerus berdoa dan menjaga ku. Juga terima kasih buat Mak dan Ayah serta adik beradik ku, ipar-ipar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan mendoakan kesembuhan. Syukur kepada Allah yang memberikan kesihatan. Mudah-mudahan Ramadhan yang menjelma ini dapat kita semua lalui dengan hati yang bersih dan jiwa yang putih.
Berikut adalah maklumat penting tentang denggi. Mudah-mudahan berguna buat kita semua. Memandangkan statistik denggi kian meningkat, maka diharap rakan-rakan semua berhati-hati dengan nyamuk, di samping banyaklah berdoa agar kita dan anak-anak dijauhi dari penyakit ini.
Dikenali sebagai demam ‘pematah tulang’ atau ‘pematah tulang belakang’, demam denggi pernah dianggap penyakit akibat ilmu hitam akibat satu simptomnya menyebabkan sakit di dalam tulang, seperti akan meletup.
Namun, tahukah anda terdapat empat peringkat demam denggi; cirit-birit merupakan antara simptom demam denggi dan bukan semua pesakit denggi perlu dimasukkan ke wad?
“Empat jenis virus denggi ini dikelaskan sebagai DEN 1, 2, 3 dan 4 yang kesemuanya boleh menyebabkan jangkitan yang tenat dan berpotensi membawa maut.
“Kesemua empat jenis virus denggi ini juga boleh menyebabkan demam denggi berdarah tetapi lebih kerap dengan jenis DEN 2, diikuti jenis 4, 3 dan 1,” katanya.
Menurut beliau, jangkitan salah satu serotype virus denggi akan memberikan pesakit perlindungan imuniti seumur hidup terhadap jenis virus tersebut dan juga imuniti jangka pendek (dua hingga empat bulan) terhadap serotype lain.
Dr. Abdul Rahman turut mendedahkan kesemua virus denggi turut mengalami mutasi genetik yang menghasilkan variasi dalam jenis virus yang sama.
“Mutasi yang berlaku sekali setiap tiga atau empat tahun membolehkan virus tersebut ‘menukar baju’ dan menyebabkan badan pesakit tidak dapat mengenalinya walaupun pernah dijangkiti jenis virus sama sebelum ini.
“Segelintir variasi virus tersebut lebih ganas dan berpotensi menyebabkan berlakunya wabak besar denggi dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Kata beliau, manusia adalah perumah semulajadi virus denggi dengan tempoh eraman antara tiga hingga 14 hari selepas digigit nyamuk, di mana virus membiak dalam hati dan nodus limfa pesakit.
Tambahnya, fasa demam akan bermula selepas tempoh eraman berakhir, apabila virus memasuki darah dan menyerang sel darah putih (WBC) dan platlet. Demam biasanya berlaku antara empat ke enam hari selepas digigit nyamuk tetapi pesakit biasanya kembali pulih antara tujuh ke 10 hari kemudian. Simptom denggi bagaimanapun boleh berpanjangan sehingga sebulan walaupun sudah tidak demam.
Pemeriksaan dan rawatan
Semua pengidap demam denggi boleh mengalami peringkat denggi dengan demam biasa yang melarat kepada DDB atau DSS, mengikut ketahanan badan, bentuk jangkitan dan jenis virus. Selain itu, diagnosis denggi juga perlu membezakannya dengan simptom hampir serupa penyakit lain seperti selesema, campak, malaria, demam kepialu dan demam berdarah virus.
Pemeriksaan klinikal denggi melibatkan ujian tekanan darah, bukti pendarahan pada kulit atau bahagian badan lain, kandungan air di dalam badan yang cukup, dan bukti kebocoran atau pendarahan dalaman. Ujian dijalankan termasuk:
Ujian Tourniquet – menggunakan alat menguji tekanan darah dan stetoskop; lebih 20 bintik merah atau hitam timbul.
Ujian makmal – seperti kiraan sel darah dan platelet, kepekatan darah, albumin, ujian fungsi hati dan ujian kehadiran darah dalam air kencing.
Ujian khusus denggi – ujian mengenalpasti virus atau ujian serologi. Ujian khusus dapat menentukan bentuk jangkitan virus denggi dengan mengesan antibodi IgG dan IgM. IgM dihasilkan jika jangkitan baru berlaku, di bawah dua minggu. Selepas dua minggu pulih, pesakit akan membentuk antibodi memori (IgG) pula untuk menentang jenis virus yang sama kelak (perlindungan kekal).
Menurut Dr. Abdul Rahman, tiada rawatan khusus untuk jangkitan denggi dan selalunya doktor hanya dapat memantau perkembangan pesakit dan merawat simptom atau komplikasi yang timbul.
“Untuk demam denggi biasa, pesakit hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak perlu dimasukkan ke wad.
“Pesakit demam denggi klasik pula akan diperiksa tahap kepekatan darah (hematokrit) dan platletnya sebelum ditentukan perlu masuk wad atau tidak,” ujar beliau.
Menurutnya lagi, peningkatan hematokrit, dehidrasi (badan kurang air) dan tahap platlet rendah (di bawah 100,000 sel/milimeter padu) akan memerlukan pesakit dimasukkan ke wad untuk pemantauan.
Tambah beliau, kemasukan wad juga bergantung kepada kekosongan katil di hospital memandangkan pesakit denggi berdarah dan DSS lebih memerlukan pemantauan dan rawatan rapi.
Mengikut pengalaman beliau, Dr. Abdul Rahman menjelaskan secara purata empat atau lima pesakit denggi dimasukkan ke wad DEMC setiap hari.
“Pesakit dimasukkan ke wad selama tiga hingga empat hari untuk pemantauan sahaja melalui ujian darah setiap hari dan juga dimasukkan air jika badan pesakit kurang air.
“Kebiasaannya, ujian darah pada hari ketiga pesakit demam akan menunjukkan jika mula menjurus kepada denggi berdarah dan perlu dimasukkan wad,” katanya.
Beliau menjelaskan transfusi platlet perlu diberikan jika bacaan platlet pesakit di bawah 20,000 sel/milimeter padu dan terdapat tanda-tanda pendarahan.
Tambahnya, bila pesakit mencapai tahap renjatan (DSS), pemindahan darah dan komponen darah lain perlu dilakukan mengikut keadaan pesakit.
Menurut Dr. Abdul Rahman, pesakit denggi tidak akan menghadapi kesan jangka panjang kecuali jika terdapat komplikasi pada otak atau jantung. Pesakit juga hanya perlu diasingkan mengunakan kelambu sehingga pulih dari demam bagi mengelakkan virus disebar nyamuk.
Pencegahan
Buat masa ini, tiada lagi vaksin yang berkesan memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi, ditambah pula masalah mutasi berterusan virus berkenaan menyebabkan vaksin sukar dihasilkan.
Dr. Abdul Rahman menjelaskan, kawalan terhadap vektor pembawa virus denggi merupakan pilihan terbaik untuk mengawal penularan virus denggi.
“Orang ramai perlu mengambil langkah proaktif menghapuskan jentik-jentik dan nyamuk dewasa bagi mengawal penularan wabak denggi.
“Selain menghapuskan tempat pembiakan, tabiat diri juga perlu diubah. Kurangkan berada di luar pada waktu nyamuk aktif, terutamanya dengan pakaian yang tidak melitupi tangan dan kaki, serta hapuskan habitat pembiakan nyamuk Aedes,” tegas beliau.
Antara situasi membimbangkan yang diketengahkan Dr. Abdul Rahman adalah amalan kanak-kanak menunggu bas pada waktu nyamuk paling aktif (awal pagi) dengan pakaian seragam berlengan pendek atau seluar pendek.
Beliau menegaskan amalan sebegini meningkatkan risiko jangkitan denggi dan mungkin tiba masanya sedikit penyesuaian dibuat untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa denggi.
Bagi Dr. Abdul Rahman, masalah denggi pada asasnya merupakan satu masalah persekitaran dan ‘rawatan’ pada persekitaran lebih berkesan dalam mengawalnya.
“Nyamuk Aedes hanya hidup antara 15 hingga 65 hari sahaja dan cuma dapat terbang sekitar 200 meter dari habitatnya. Jadi, tempat bertelurnya tentu berhampiran. Telurnya pula akan menetas menjadi jentik-jentik dalam tujuh ke 10 hari.
“Apa yang membimbangkan, telur nyamuk boleh bertahan sehingga 100 hari jika takungan air mengering di bawah cuaca panas terik. Telur ini hanya akan mati jika berada dalam suhu bawah 10°C,” jelasnya.
Ditambah pula dengan hujan tidak menentu dan berpanjangan akibat pemanasan global, beliau tidak menolak kemungkinan denggi tidak lagi mengikut musim dan lebih kerap berlaku.
Walaupun demam denggi berdarah jarang berlaku, Dr. Abdul Rahman mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah perkara tersebut memandangkan kebanyakan pesakit denggi berdarah adalah kanak-kanak dan golongan muda.
Pemanasan global juga telah membolehkan denggi terus merebak ke hemisfera utara bumi melalui kawasan pembiakan nyamuk yang semakin luas, sehingga ke negara-negara beriklim sejuk di Eropah.
Nyamuk dewasa juga semakin ‘pandai’ menumpang sistem pengangkutan manusia untuk berpindah ke kawasan baru, termasuk menaiki lif untuk mencari mangsa yang tinggal di tingkat atas bangunan tinggi.
Denggi boleh membunuh! Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memerangi denggi. Kembalikan amalan kerjasama bergotong-royong menjaga kawasan perumahan bagi mengelakkan nyamuk membiak dan menyebarkan virus denggi.
Kita tidak sepatutnya mementingkan diri dan melihat hanya pada statistik dan kos. Ingatlah penambahan satu angka kematian itu sudah terlalu tinggi untuk ditanggung jika keluarga atau diri anda sendiri menjadi mangsa denggi seterusnya.
Dalam tulisan yang lalu, kami cuba untuk membuka mata pembaca dari sudut pengaruh media perosak dalam pendidikan anak-anak. Hari ini kami cuba perincikan lagi pengaruhnya dari beberapa sudut yang dirasakan kritikal untuk direnungi.
Ibu bapa perlu sedar bahawa media cetak dan elektronik ini mampu memberi kesan berganda, berbanding nasihat lisan yang kita berikan saban hari. Bahkan media yang penuh tarikan ini jauh lebih digemari dan memberi impak kuat berbanding leteran si ibu yang menyakitkan telinga.
Imej-imej yang terpapar lengkap dengan warna-warni akan tercetak dalam minda anak-anak dan mampu mempengaruhi pembentukan jiwa. Imej bergerak dalam internet, televisyen atau filem—secara sedar atau tidak—akan mencorakkan watak dan perangai anak-anak.
Apatah lagi, game komputer, yang melibatkan psiko-motor anak-anak semasa mengendalikannya akan memberikan kesan panjang kepada minda dan kelakuan mereka. Jika permainan itu memerlukan mereka berwatak ganas dan sadis, maka watak itu mungkin terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
Kegilaan kepada hiburan melampau dan ketagihan kepada keseronokan tanpa batas akan melontarkan remaja dan anak-anak ke gaung keruntuhan akhlak. Alangkah sayangnya! Anak-anak yang asalnya putih bersih, dicemari dengan media yang merosakkan ini.
Bagi anak-anak yang sedang menuntut ilmu, tentunya media yang melalaikan ini akan menghilangkan fokus mereka kepada belajar. Masa belajar semakin sempit gara-gara banyak masa dibazirkan dengan menonton TV, filem, mengadap internet atau bermain game.
Lebih parah lagi jika mereka sudah pandai berjinak-jinak dengan cinta monyet akibat terpengaruh dengan media. Penyakit angau orang bercinta di bangku sekolah bukan sahaja boleh meruntuhkan iman dan akhlak bahkan boleh menggelapkan masa depan mereka.
Bahkan lebih jauh lagi, pengaruh media jahat ini bisa merosakkan remaja dan kanak-kanak sehingga melakukan maksiat dan jenayah. Gejala maksiat hari ini seperti khalwat, dan zina banyak didorong oleh peranan media yang membudayakan maksiat seperti itu.
Hari ini rancangan televisyen, termasuk terbitan tempatan memaparkan pergualan bebas, lelaki wanita bukan muhrim tinggal serumah, anak luar nikah, dan perempuan simpanan sebagai fenomena biasa dan semacam tidak berdosa. Akibatnya anak-anak terikut-ikut dengan budaya ini, terutamanya jika tiada pedoman dari ibu dan bapa.
Paparan ganas pula mampu mendorong anak-anak membuat jenayah. Gejala rogol, samun, rompak, culik dan bunuh sedikit sebanyak didorong oleh pengaruh media perosak.
Hakikat sepatutnya menyedarkan pemerintah, pengamal media, penyedia bahan, pengendali media, guru dan ibu bapa perlu menggandakan keprihatinan bagi mengatasi kemelut ini.
Demikianlah betapa kuatnya kesan media kepada anak-anak. Insyaallah dalam penulisan berikutnya kami akan kongsikan beberapa cadangan untuk menghadapi cabaran hebat ini. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membuka jalan barakah dari Allah supaya anak-anak kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Farhah dan Muslih seperti kanak-kanak lain, memang suka menonton TV. Kami terpaksa mensyaratkan mereka hanya boleh menonton dua cerita dalam satu hari. Selalunya mereka memilih rancangan TV9 seperti SpongeBob dan My Life as a Teenage Robot. Rancangan yang jelas bermanfaat seperti Mari Mengaji (Bertarannum) memang kami galakkan tanpa mengira kuota tadi. Alhamdulillah setakat ini mereka patuh pada disiplin tu.
Memang sukar mendisiplinkan anak dalam soal TV ni.  Tambahan pula tarikannya amat  kuat.   Antara mengaji al-Quran dan menonton Doremon: tentunya mononton Doremon lebih memikat dan menarik bagi kanak-kanak. Cabaran ibu bapa hari ini amat kuat untuk mempengaruhi anak tentang batas-batas tontonan.
Hari ini ramai remaja dan anak-anak menjadi rosak akibat media yang menghancurkan. Manusia yang jahat menjadikan media sebagai alat untuk mengaut untung dengan mengorbankan masa depan umat manusia. Anak-anak yang asalnya suci bersih, menjadi punah jiwanya dan kotor akalnya akibat penangan media bobrok ini.
Langit terbuka, maksiat melata
Hari ini kita hidup zaman teknologi maklumat. Media datang dalam berbagai bentuk dan dengan berbagai rupa. Baik dalam bentuk bertulis, gambar, imej bergerak, dan bercetak. Bahkan di zaman digital yang semakin meluncur laju ini, ada juga media berbentuk tiga dimensi dan interaktif seperti game komputer dan seumpamanya. Akibat tumpulnya kesedaran agama, kebanyakan filem-filem hari ini sekadar memenuhi nafsu remaja bagi menaikkan jualan tiket.
Amat susah untuk bertemu dengan filem yang mendidik. Demikian juga drama dan rancangan-rancangan televisyen. Bahkan, tak cukup dengan itu filem, dan teledrama dari Barat termasuk Amerika Latin pula diimport untuk menjaja cara hidup mereka yang busuk dan hanyir itu.
Selain dari itu, media internet menawarkan sesuatu yang lebih dahsyat. Sesuatu yang tiada batas, tiada sempadan. Apa yang dihajati remaja boleh dicapai dengan mudah. Pada skrin komputar yang tidak bersalah itu, semua gambar boleh terpapar. Wanita bogel, aksi ranjang, seks songsang atau apa sahaja, boleh diperolehi. Baik dalam bentuk gambar, video, cerita-cerita merangsang atau permainan komputar. Begitu juga aksi ganas, dan tidak berperikemanusiaan. Segala-galanya tersedia dengan banyak, dan melambak-lambak serta mudah dicapai.
Hari ini media perosak bukan sahaja berada di meja komputer atau di rak-rak kedai majalah, bahkan menjalar masuk dengan berleluasa dalam poket anak-anak. Tidak sedikit remaja yang memiliki telefon bimbit. Dalam alat komunikasi itu kadang-kadang tersimpan bahan-bahan lucah dan merosakkan iman. Bahan-bahan begini kadang-kadang dirakam sendiri atau diperoleh dengan cara mudah dari kawan-kawan menggunakan teknologi yang semakin hari semakin canggih.
Bahkan, menjadi satu trend pula, ada anak-anak muda yang terlibat dengan agedan lucah ini tanpa segan silu menyebarkan aksi kepada rakan-rakan dan menyiarkannya di internet. Tindakan begini bukan sahaja menjatuhkan harga diri manusia bahkan menambahkan lagi bahan-bahan perosak dalam dunia siber.
Realitinya, media termasuk media cetak, filem mahu pun internet tidak bersalah. Manusia yang jahat dan perosak yang menyalahgunakan media ini untuk memuaskan hawa nafsu disamping mengaut keuntungan dari kepunahan moral manusia termasuk anak-anak. Kecanggihan teknologi yang berkembang laju ini menuntut ibu bapa meningkatkan paras kepekaan dan kewaspadaan dalam mendidik anak-anak.
Hari ini bukan seperti dulu. Segala-galanya mudah dicapai. Yang baik dan yang jahat, sama-sama terhampar dan terdedah kepada sesiapa sahaja. Memanglah sukar untuk mengawal dan memantau, namun paling tidak ibu bapa perlu berikhtiar dengan cara berbaik bagi menghadapi cabaran getir ini.
Moga kami dan anda semua terus teguh dalam mendidik anak dalam era yang penuh cabaran ini.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Dalam paparan yang lepas, kami telah bincangkan isu konflik rumahtangga. Konflik ini boleh memberikan tamparan hebat kepada keharmoniah rumahtangga, seterusnya menyebabkan kasih sayang menjadi luntur. Kami juga menjelaskan langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengatasi konflik.
Kesan buruk konflik rumah tangga akan memuncak jika berlaku perceraian. Islam membenarkan perceraian. Dalam keadaan tertentu, perceraian terpaksa dipilih selepas penyelesaian lain menemui jalan buntu. Namun, perceraian tetap pilihan terakhir. Ia adalah yang terakhir kerana ia banyak mendatangkan kesan buruk. Buruk kepada suami dan juga isteri. Tetapi pihak yang menerima kesan yang paling besar ialah anak-anak.
Bayang kan anak kecil yang baru mengenal dunia namun punya ketempangan dalam menempa kasih sayang. Anak yang seperti yatim, walau pun hakikatnya bukan yatim. Hilang tempat mencurah kan kasih. Jika anak itu adalah remaja, jiwa mudanya akan mudah memberontak akibat kepincangan di rumah. Cerita-cerita tentang kasih sayang ibu bapa yang didengar dari kawan-kawan akan meyebabkan dirinya diselubungi perasaan rendah diri dan mudah kecewa.
Jika mereka tinggal dengan bapa, mereka hilang tempat bersandar dan bergantung harap. Bagi anak lelaki, bapa adalah model terdekat mereka.
Bagi anak perempuan, ibu adalah contoh terhampir. Tanpa mereka anak-anak akan terkapai-kapai dalam membentuk identiti positif.
Kadang-kadang anak-anak dari pasangan bercerai ini lebih malang dari anak-anak yatim. Mereka bukan sahaja terpaksa tinggal dengan penjaga tunggal, bahkan mereka diselubungi oleh konflik rumah tangga yang kadang-kadang berlarutan dan berpanjangan. Ada di kalangan mereka yang menjadi mangsa tarik tali dalam perebutan hadhanah. Mereka jadi keliru dan bingung. Bingung kerana kedua-dua orang tua mereka – yang  sedarah sedaging dengan mereka – asyik berkonflik dan bertarung di medan pengadilan untuk mendapatkan hak itu dan ini.
Malah, lebih malang lagi, jika penjaga tunggal anak-anak mangsa perceraian ini, terlalu sibuk dan tidak memberikan tumpuan kepada mereka. Penjaga mereka beriya-iya mahu mendapatkan hak jagaan, bukan kerana cakna dan sayang, tapi kerana mahu menang bertarung dengan bekas pasangan. Selepas, hak diperoleh anak-anak dibiarkan menagih kasih dan didikan.
Tegasnya, konflik rumah tangga dan perceraian adalah taufan ganas dalam sesebuah rumah tangga. Menjadi tanggungjawab semua pihak agar mengekalkan kaharmonian rumah tangga dan mengelakkan sejauh-jauhnya kemungkinan perceraian. Demi kerana masa depan anak, suami isteri sewajarnya bersabar dan bertenang dalam mengekalkan ikatan perkahwinan, walau pun badai yang melanda itu terlalu besar dan ganas.
Moga Allah jauhkan kita dari mala petaka ini. Amin.
Seperti yang kami nyatakan pada minggu yang lepas, terdapat banyak e-mel dan komen yang mengadu tentang perangai suami yang tidak bertanggungjawab kepada para isteri. (Buat masa ini kami belum pernah menerima luahan hati para suami tentang masalah isteri). Masalah itu berkisar tentang perangai suami yang tidak bertanggungjawab.
Pada dasarnya berikut adalah tindakan-tindakan yang sesuai diambil oleh para isteri untuk merungkai masalah yang timbul:
Pertama: Cubalah berbincang dengan suami dengan cara baik dan penuh hikmah. Carilah masa dan tempat yang sesuai agar suami terbuka hati untuk berubah.
Ketiga: Jika usaha ini juga tidak berjaya, isteri boleh panjangkan perkara ini ke Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam tempat puan tinggal. Biarlah pegawai kaunseling di jabatan berkenaan berjumpa dan menasihatkan suami. Kadangkala suami akan mendengar nasihat dan teguran yang dibuat pegawai kaunseling ini.
Keempat: Jika suami puan masih berterusan mengabaikan tanggungjawab seperti nafkah terhadap anak, isteri boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah supaya suami diperintahkan membayar nafkah anak dalam jumlah sewajarnya. Perintah pembayaran nafkah anak juga boleh dibuat dengan cara potongan gaji suami.
Kelima: Apabila segala ikhtiar gagal dan isteri tidak mahu lagi berada dalam ikatan perkahwinan, maka isteri boleh menuntut fasakh atau cerai taklik atas alasan pengabaian nafkah oleh suami terhadap dirinya.
Sepanjang masa: Banyakkan berdoa, sembahyang hajat dan memohon keampunan daripada Allah. Mudah-mudahan Allah membuka hati suami untuk menjadi suami yang baik yang akan dikenang baik sepanjang hayat oleh isteri dan anak. Kendurkan konflik, agar anak-anak tidak terjebak dengan suasama permusuhan dan suram.
Gerun membaca laporan-laporan berkaitan gejala seks remaja dalam akhbar Metro baru-baru ini. Saudara boleh membaca ulasan beberapa aktivis sosial yang mendedahkan kelakuan dahsyat generasi muda hari ini.
Gejala maksiat yang merosakkan maruah, keturunan, hatibudi dan harga diri ini seolah-olah dianggap biasa oleh sesetengah golongan. Bahkan ada yang meremehkannya kemelut ini sebagai satu ‘fenomena biasa’ semata!.
Lebih malang lagi, dilaporkan ada dari mereka yang melakukan dosa besar ini di rumah mereka sendiri. Semuanya gara-gara ibu bapa yang cuai dalam mendidik anak (ditambah dengan media dan persekitaran yang memang mendorong kearah itu). Moga Allah jauhkan kita dari bala yang menghancurkan kita ini.
KUALA LUMPUR: Sangat membimbangkan apabila remaja seawal usia 12 tahun ketagih seks dan onani, bertukar-tukar pasangan seks, minum arak, lesbian, hidu gam, meraba, mencuri dan merokok.
Pelbagai krisis sosial yang menakutkan itu dikesan Gerakan Ehsan Selangor (GES) selaku satu daripada penganjur program yang dikhaskan kepada pelajar bermasalah di Selangor sepanjang penganjuran program Kem Smart Remaja sejak enam tahun lalu.
Tidak cukup itu, pertubuhan badan bukan kerajaan berkenaan turut menemui pelajar berusia 14 tahun tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, membaca surah al-Fatihah dengan betul, mandi wajib dan bersembahyang.
Setiausaha Kehormat GES, Mahezan Baharom Shah, berkata sepanjang GES terbabit dengan program berkenaan, satu rumusan boleh dibuat iaitu remaja yang terbabit dengan gejala sosial datang daripada pelbagai latar belakang keluarga.
“Remaja yang terbabit dengan gejala sosial tidak semestinya datang daripada keluarga miskin, ada juga membabitkan anak orang kaya atau VIP, datang daripada keluarga berpendidikan, ibu bapa orang kuat agama, profesional dan sebagainya,” katanya.
Mahezan berkata, program yang bermula sejak 22 April 2003 itu dan sehingga kini sudah siri ke-11 ‘mengeluarkan’ 621 peserta dari seluruh daerah di Selangor membabitkan 454 lelaki dan 167 perempuan.
Menurutnya, sepanjang pengalaman GES terbabit dalam Kem Smart Remaja, didapati hampir keseluruhan remaja berusia 13 hingga 15 tahun yang mengikuti program itu mengaku merokok sejak seawal darjah enam, selain gemar menyimpan rakaman aksi seks dalam telefon bimbit.
Lebih serius lagi, katanya, ada peserta menyamakan perbuatan mereka dengan ibu bapa seperti minum arak, merokok dan berhibur di kelab malam.
“Apabila ditanya sebab apa mereka terbabit misalnya merokok, dia menjawab, ‘mengapa ibu bapa boleh lakukan, sedangkan saya tidak boleh’.
“Sepanjang enam tahun, pengalaman yang saya lalui bersama rakan sangat menakutkan. Malah, ada yang datang ke sini dalam keadaan ‘tidak betul’, selalu tersenyum, menyendiri dan buat apa yang disukai tanpa memikirkan orang lain dan selepas diselidiki, ia angkara menghidu gam,” katanya.
Mahezan berkata, yang membimbangkan, golongan itu masih muda dan mentah, tetapi arif melakukan aktiviti ‘hard core’ (melampau).
Mahezan, antara orang terawal terbabit dalam program itu, berkata antara masalah lelaki dan perempuan, kedua-duanya hampir sama, tetapi yang mengejutkannya perlakuan seks semakin meningkat.
“Mereka bukan saja suka menyimpan koleksi rakaman seks dalam telefon bimbit tetapi arif mengenainya, malah seawal usia 12 tahun sudah melakukannya dan lebih mengejutkan, ada perempuan bertukar pasangan sehingga 10 lelaki.
“Selain itu, berdasarkan pengakuan mereka, peserta perempuan terbabit dalam aktiviti meraba, mencuri, memeras ugut, bohsia, ketagih onani, ponteng kelas, merokok dan lesbian.
“Sementara lelaki pula, selain terdedah dengan seks, juga terbabit dalam rempit, merokok, hisap ganja, hidu gam, curi motosikal dan gay,” katanya.
Mahezan berkata, perilaku seseorang itu diketahui melalui sesi ‘soal-siasat’ bersama peserta melalui borang yang diedarkan.
“Apabila mereka meluahkan aktiviti sebelum ini melalui borang, kami mendekati untuk mencungkil rahsia dan kemudian memberi semangat serta petunjuk untuk berubah,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pengalamannya, punca atau penyebab kepada masalah dihadapi remaja hari ini ialah masalah keluarga seperti perceraian serta kesibukan ibu bapa sehingga mengabaikan anak, termasuk kurang beri perhatian dan kasih sayang.
“Ada peserta, ibu dan bapanya sibuk bekerja dan dia diberi kemewahan seperti kad kredit, kereta dan pembantu. Dengan kemudahan itu, dia bebas ke mana saja untuk bergembira, termasuk ke disko,” katanya.
Menurutnya, remaja pada usia belasan tahun mudah terpengaruh untuk meneroka perkara baru atau yang menarik minat mereka.
“Perempuan suka berahsia tetapi apabila dia sudah percaya dengan seseorang, hubungan itu lebih rapat dan mesra dan kemudian lelaki ambil kesempatan,” katanya.
Mengenai keberkesanan program berkenaan, Mahezan berkata, secara keseluruhan ada berubah dan lebih mengharukan apabila ibu bapa mengucapkan terima kasih dengan perubahan tingkah laku anak mereka.
“Dulu ada yang tak sembahyang tetapi kini melaksanakannya, lebih hormat orang tua dan mendengar kata. Ada juga tidak mahu berubah tetapi selepas mereka menyertai program ini, kami menjejaki mereka sehingga tamat persekolahan,” katanya.
Sementara itu, Fasilitator, Al Kamarizal Abd Latif, 32, yang juga ahli jawatankuasa pembimbing sejak 2003 mengakui berdepan dengan pelbagai kes ‘unik’.
Katanya, ada kes pelajar berusia 14 tahun ketagih minum arak disebabkan tiada sekatan keluarga, malah di rumah mereka turut disediakan air setan itu dan bar.
“Ibu bapa mereka tidak melarang, bagaimana kita hendak ‘tegur’ pelajar terbabit? Jika ‘bimbingan’ di rumah sudah ada cacat cela, sukar dibetulkan semula,” katanya.
Al Kamarizal berkata, pernah juga dia berdepan kes pelajar ketagih seks dengan sepupu dan kerap melakukannya di rumah mereka sendiri.
“Selepas waktu sekolah, mereka ada masa antara empat hingga lima jam sementara ibu bapa pulang. Masa inilah mereka melakukan perkara tidak elok.
“Jika hal begini timbul, siapa harus disalahkan? Namun, saya akui ada kalanya anak sukar dikawal, ibu bapa harus memerhatikan mereka,” katanya.
Ada beberap komen dan e-mel yang kami terima menggambarkan bahawa agak banyak krisis rumah tangga yang melanda pasangan-pasangan muda.
Di bawah ini kami perturunkan ringkasan tanggungjawab dan hak suami isteri untuk rujukan anda sekelian.
Tanggungjawab dan hak suami.
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)
Tanggungjawab dan hak isteri.
Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.
Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tanggungjawab bapa terhadap anak.
Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.
Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)
Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Kami masih belum ada anak remaja. Farhah baru di Tahun 3 (9 tahun). Muslih pula masih belajar di PASTI (6 tahun). Namun, apa yang dapat dikesan ialah kawan-kawan mereka sedikit sebanyak telah mempengaruhi mereka, sekurang-kurangnya cara mereka berbicara.
“Wow, banyak giler…” kata Muslih ketika melihat kakaknya melukis sesuatu. Perkataan ‘giler’ tu tak pernah saya guna untuk ekspresi begitu. Kini Muslih banyak gunakannya, berserta istilah-istilah slanga lain yang kami tak gunakan di rumah. Saya yakin, Muslih ‘belajar’ dari kawan-kawannya. Memang penggunaan perkataan tu tak mendatangkan apa-apa kesalahan. Cuma saya terfikir, betapa pengaruh kawan agak kuat untuk anak sekecil Muslih. Ini membuatkan kami perlu lebih beringat dan berhati-hati agar pengaruh yang tak elok tidak menjalar dalam rumah kami.
Antara faktor kegagalan dalam pendidikan anak-anak ialah kelekaan ibu bapa dalam memantau anak-anak berkawan dan memilih kawan. Pengaruh kawan amat kuat dalam menentukan perwatakan anak-anak. Kawan ibarat cermin. Perangai kawan menjadi perangai sendiri. Kesukaan kawan menjadi kesukaan sendiri. Jika baik kawannya, maka baiklah seorang itu. Jika kawannya jahat, maka dia pun akan mudah menjadi jahat.
Dalam Hadis lain, Baginda Rasulullah SAW membuat perumpamaan yang cukup menarik. Sabda Baginda:
“Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka, bagi pembawa wangi-wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangi-wangian kepada mu, atau, mungkin kamu membeli daripadanya, atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangi-wangiannya. Mana kala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Satu lagi sabda Baginda SAW yang tepat dan padat: “Awaslah kamu berkawan dengan teman yang jahat, nanti kamu jadi jahat” (riwayat Ibnu Asakir)
Tegasnya, kawan itu sangat berpengaruh. Setiap orang perlu prihatin dengan kesan pengaruh kawan. Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang kita berkawan, bahkan Islam adalah agama yang menggalakkan kita berkawan. Menjadi kera sumbang bukan anjuran Islam. Fitrah manusia pula memang perlukan teman dan kawan. Kawan bukan sahaja dapat melegakan jiwa dan perasaan, bahkan menjadikan kita matang dan lebih bertanggungjawab. Namun dalam kita berkawan kita perlu hati-hati dalam memilih kawan.
Kawan yang baik ialah kawan yang dapat sama-sama membimbing kita ke arah adab-adab yang mulia dan mendekati agama. Kawan sebenar ialah kawan yang menegur bila kita terpesong dan sedia ditegur bila dia melakukan silap. Tegasnya kawan yang baik ialah kawan yang membawa kita ke syurga.
Kawan ke neraka
Kawan yang jahat pula adalah kawan yang mengheret ke neraka. Berdasarkan beberapa kajian, antara faktor terbesar penagihan dadah di kalangan belia di Malaysia adalah kerana dorongan kawan. Begitu lah juga dengan gejala mat rempit dan mat gian. Semuanya gara-gara kawan.
Kawan yang jahat ini mengheret kawannya ke neraka tanpa disedari. Kadang-kadang mereka saling heret-mengheret. Masing-masing menjadi pendorong ke arah kejahatan antara satu sama lain. Jika nampak kawannya takut untuk melakukan benda-benda jahat dan lagha itu, dia akan memainkan peranan dengan mencabar dan mengherdik. Orang muda pantang dicabar. Maka lubang maksiat dan jenayah yang memusnahkan itu pun diterjuninya.
Kawan yang jahat ini tidak bermula dengan dadah, rogol dan rompak. Ia tidak bermula dengan zaman remaja. Ia bermula sejak tadika dan sekolah rendah. Di situ sudah ada kawan-kawan yang ‘jahat’. Jahat dalam erti mengajak kepada perkara-perkara yang lagha, maksiat kecil-kecilan, kedegilan, dan sikap memberontak.
Kanak-kanak adalah insan yang suci. Namun dalam diri dan kalbu mereka kadang-kadang terpalit sikap dan sifat negatif hasil salah didikan dan pencemaran budaya. Kanak-kanak yang membawa akhlak buruk begini boleh mempengaruhi kanak-kanak lain untuk melakukan perbuatan negatif.
Maka ibu bapa perlu hati-hati melihat kawan anak-anaknya sejak dari kecil lagi. Sejak dari PASTI, ibu bapa perlu memandu anaknya cara memilih kawan. Apa lagi bila remaja. Dorongan dan panduan berterusan perlu diberikan kepada anak-anak. Ingatan demi ingatan perlu diberi agar anak memilih kawan-kawan yang solih dan muslih.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit pesanan buat pasangan suami isteri, terutamanya yang baru berumahtangga. Tentunya, tazkirah ini juga buat kami yang tidak terlepas dari ujian. Perbezaan pendapat, juga kelainan sikap boleh membawa perselisihan dan kadang-kadang melarat menjadi satu pergaduhan berpanjangan, dalam rumah tangga. Ini tentunya tidak sesuai dalam rangka kita untuk membina suasana yang damai buat anak-anak.
Sebaliknya jika suami isteri bercakaran dan rumah tangga berantakan, si anak akan termanggu-manggu kebingunan, sedih, kecewa, bosan dan memberontak. Rasa sayang pada ibu akan menjadi semakin luntur dan layu. Rasa hormat pada ayah pula menjadi hilang. Rumah bagaikan medan perang yang bukannya mencederakan fizikal tetapi melukakan hati dan perasaan. Akhirnya pendidikan anak ini makin terabai dan terganggu.
Konflik rumah tangga
Kata pepatah: sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.
Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.
Namun, mencari siapa yang bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dan mengurus ‘lidah yang tergigit’ ini. Jika lidah yang digigit, penyelesaiannya bukan dengan mencabut gigi, atau memotong lidah. Demikian juga dalam situasi hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, bertimbang rasa, sabar, dan tenang dalam menghadapi konflik rumah tangga.
Tambahkan ilmu, dapatkan bimbingan, dan rujuk lah masalah yang timbul kepada mereka yang berpengalaman dan punya hikmah. Munajatlah kepada Allah agar, Dia membuka jalan ketenangan dan keharmonian dalam berumah tangga. Fikirkan soal jangka panjang sebelum sesuatu keputusan drastik di ambil, agar anak-anak tidak menjadi mangsa pertembungan suami isteri.
Anak menjadi mangsa
Anak ibarat seekor pelanduk yang terhimpit akibat dua ekor gajah bertempur. Yang ‘berperang’ ialah ibu dan bapa, namun korban perang adalah anak-anak. Kerap kali kita dengar kisah anak-anak yang dahagakan ketenangan dan kasih sayang akibat konflik rumah tangga.
Tidak sedikit anak-anak hari ini yang kantung jiwanya kosong, terbiar dan tanpa kasih akibat ibu dan bapa kerap berselisih faham. Mereka bukannya tidak berayah, atau beribu. Kedua-duanya masih ada. Namun kewujudan mereka tidak membawa sinar kebahagiaan, bahkan menawarkan dunia huru hara dan pertengkaran.
Watak-watak garang, marah, bengis, dan degil yang ditonjolkan oleh ibu dan bapa akan tercetak pada kotak fikiran anak-anak. Adegan-adegan pertengkaran, merajuk, tengking-menengking, pukul-memukul, marah-marah, serta berleter-leter yang dipaparkan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan tanpa sedar oleh anak-anak.
Bahkan elemen-elemnen negatif seperti mengumpat, memburuk-burukkan, menipu dan sebagainya akan terus mewarnai segenap penjuru rumah yang punya krisis rumah tangga. Anak-anak pula, bukan sekadar menjadi penonton setia, bahkan apa yang dilihat, didengar dan didedahkan itu akan menyelinap dalam akal serta sanubari mereka.
Maka, usahlah bergaduh. Utamakan penyelesaian bukan kemenangan. Jika kemenangan yang dicari, hanya kehancuran yang diperolehi.
Bahan berkaitan:
Bila Isteri berleter
Wanita mahukan perhatian
Bila isteri ‘mahu’ dan suami tak faham
Kisah tetamu dan isteri yang merajuk
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Antara faktor kegagalan dalam pendidikan anak-anak ialah kegagalan ibu bapa menangani soal penggunaan masa lapang anak-anak dengan baik. Kadang-kadang ibu bapa menyangka bahawa anak-anak sibuk seperti mereka. Dari pagi hingga ke petang berkejar ke sana-sini mencari rezeki. Kadang-kadang sibuk pula dengan urusan keluarga dan aktiviti kemasyarakatan. Sedangkan anak terbiar menghabiskan masa dengan sia-sia dan melalaikan.
Ada juga ibu bapa yang cuba menyediakan aktiviti berguna kepada anak-anak, agar mereka manggunakan masa dengan bijak. Namun ramai juga yang lupa bahawa anak-anak ini mempunyai darah muda, kudrat remaja yang sentiasa mahukan aktiviti yang sesuai dengan fitrah mereka.
Anak-anak suka bermain
Waktu anak-anak ini masih kecil, mereka cenderung kepada aktiviti-aktiviti bermain dan berseronok. Ada macam-macam permainan yang mereka suka. Baik permainan dalaman atau in-door, apa lagi yang bersifat luaran out-door.
Bagi ibu bapa yang masa kecilnya tinggal di kampung, perkara ini mungkin dianggap bukan satu masalah. Sewaktu mereka kecil dulu, ibu bapa mereka tidak perlu merancang dan mengatur penggunaan masa lapang.
Namun kini, suasana agak berubah. Anak-anak sukar untuk bergerak bebas bermain di luar. Selain faktor ruang kawasan yang sempit, soal keselamatan juga menjadi hambatan yang kritikal. Anak-anak yang banyak terperap di rumah ini cepat bosan dan memberontak jiwanya. Maka di sini perlunya ibu bapa memikirkan soal perancangan dalam menggunakan masa lapang bagi anak-anak yang masih kecil.
Memahami remaja
Jiwa remaja juga perlu diselami oleh ibu dan bapa. Secara umumnya remaja tidak suka rasa dikongkong. Nafsu ego yang bersarang dalam jiwa akan membuak-buak menuntut kebebasan dari kawalan orang lain. Namun, ini tidak bermakna remaja tidak boleh didisiplinkan. Jika kena gayanya, mereka boleh menjadi ‘tentera-tentera’ yang setia menjalankan tanggungkjawab dan memenuhi hasrat ibu dan bapa mereka.
Remaja juga mahukan kepuasan fizikal. Zaman remaja adalah zaman cergas. Inilah masa keemasan untuk bersukan, dan berekreasi. Anggota badan dan perasaan remaja akan merasa puas jika digunakan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan keseronokan. Aktiviti fizikal ini bukan sahaja menyihatkan badan dan minda, bahkan juga membangkitkan emosi kegirangan dan mengendurkan rasa memberontak.
Selain suka mencuba, emosi remaja suka diasak dengan cabaran yang getir dan aktiviti yang lasak. Mendepani cabaran yang getir ibarat terbang ke langit tinggi. Melepasi cabaran getir itu bermakna melepasi satu kepuasan tidak terhingga. Jika emosi ini tidak tersalur pada jalan betul, para remaja mungkin akan menjadi mat rempit dan mat gian.
Peluang, bukannya ancaman
Realiti psikologi kanak-kanak dan remaja ini bukan satu ancaman atau kelemahan. Ia sebenarnya satu peluang peluang untuk membentuk remaja gemilang. Soalnya bagaimana kita menggunakan masa lapang para anak-anak kecil dan remaja itu. Bagaimana kita menggunakan potensi anak-anak untuk mencapai kehebatan dalam hidup. Masa yang ditempuhi di alam kanak-kanak dan remaja amat berharga. Waktu inilah kepintaran, watak, sikap dan akhlak cepat berkembang. Aktiviti yang dilalui pada tempoh ini akan banyak memberikan kesan jangka panjang kepada hayat mereka seterusnya.
Sambungan: Bagaimana menyusun masa lapang anak-anak
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Dalam artikel lepas, kami dah jelaskan beberapa maklumat asas tentang aqiqah. Di sini, kami menyambung perbincangan tentang isu aqiqah sebagai panduan buat pengunjung.
Bolehkah mematahkan tulang binatang aqiqah?
Antara soalan yang sering ditanya ialah berkaitan memotong, mencincang atau mematahkan tulang kambing yang dijadikan aqiqah. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ja’afar bin Muhammad, daripada ayahnya, bahawasanya Nabi SAW berkata pada majlis aqiqah yang dilakukan oleh Fatimah kepada anak-anaknya Al-Hasan dan Al-Husain: ‘Kirimkanlah kepada mak bidannya satu peha, dan yang lain makanlah dan berikanlah kepada orang lain, tetapi jangan patah-patahkan satu tulang pun daripadanya.’
Berdasarkan hadis ini, amat sangat digalakkan pelaksana aqiqah tidak mematahkan, memotong atau apa lagi mencincang tulang kambing aqiqah sama ada sewaktu mengagih, memasak atau memakannya. Pengasingan bahagian-bahagian kambing itu boleh dilakukan dengan memisahkan bahagian pada sendi-sendi ketika diagihkan dan mencubit daging tanpa mematahkannya ketika makan.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa galakan ini berasaskan beberapa hikmat iaitu:
	Menunjukkan keistimewaan makanan aqiqah berbanding kenduri biasa. Agar tukang masak, tukang agih bahkan sekalian tetamu menghayati hikmat disebalik aqiqah itu sendiri..
	Menggembirakan mereka yang menerima pemberian makanan aqiqah ini dengan pemberian pada jumlah yang besar, tanpa dipotong-potong kecil.
	Mengambil berkat dan mengharapkan rahmat Allah agar anggota anak itu terus sihat dan kuat serta tiada kecacatan, sebagai simbolik daripada tulang yang tidak dipatah-patahkan itu. Walau bagaimana pun segalanya terserah kepada qudrat Allah SWT.
Berapakah umur binatang aqiqah?
Selain itu, binatang yang hendak dijadikan aqiqah itu perlulah mencapai umur tertentu, dan tiada kecacatan ketara sebagaimana kelayakan binatang korban. Tetapi tidak seperti korban, aqiqah lembu atau untuk tidak boleh dilakukan secara syarikat tujuh bahagian. Jika mahu beraqiqah dengan binatang besar seperti lembu dan unta, ia boleh dilakukan secara tunggal iaitu seekor binatang untuk seorang anak.
Kepada siapa perlu disedekahkan?
Apabila haiwan aqiqah itu telah disembelih, pihak ibu bapa bolehlah bersedekah dengannya, menghadiahkannya atau memakannya. Dibolehkan juga daging itu digunakan untuk jamuan kesyukuran. Perlu diingat bahawa bahagian untuk fakir miskin, saudara mara dan jiran tetangga perlu juga diperuntukkan. Jika sesuai, amatlah wajar jika doktor, bidan, staf klinik atau hospital yang terlibat menyambut si anak turut diberikan bahagian atau dijemput menghadiri kenduri. Mudah-mudahan aqiqah dapat menjadi penghubung antara masyarakat menuju ke arah keredhaan Allah SWT.
Tegasnya, aqiqah adalah satu ibadah unik dalam rangka menyambut kelahiran seorang anak muslim. Aqiqah yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh kesedaran dapat mendekatkan si anak dengan Allah SWT. Darah merah yang mengalir dari leher binatang itu menjadi bukti keazaman sepasang ayah dan ibu untuk melihat anaknya menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dan berkorban untuk agamanya yang tercinta.
SAYA berusia 29 tahun dan mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan namun masih belum ada tanda hamil.
Saya mengalami masalah angin yang banyak dalam badan terutama pada ulu hati dan perut tetapi sukar untuk mengeluarkan angin itu. Adakah masalah angin terlalu banyak di dalam badan menyebabkan saya sukar mendapat zuriat?
Selepas bersama suami, air maninya keluar dan kadangkala ada darah berwarna coklat keluar. Apakah yang harus saya lakukan?
IRA,
Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.
Jawapan
BELUM hamil dalam usia perkahwinan seperti puan bukanlah bermakna puan mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu pasangan untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.
Bagi pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan terbabit.
Ujian dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari kitaran haid wanita.
Dalam keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah enam bulan mencuba.
Bagaimanapun, anda dan suami masih boleh terus berjumpa doktor tanpa menunggu lagi untuk memulakan penyiasatan awal. Anda mungkin hamil dengan sendirinya dalam tempoh pemeriksaan terbabit
Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah itu walaupun ia tidak berkait dengan kesuburan.
Seeloknya, berjumpa doktor pakar sakit puan anda untuk mendapat kaunseling lanjut mengenai peluang kehamilan secara amnya. Anda juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan secara am dan boleh memilih untuk menjalani pemeriksaan kesuburan asas.
Pemeriksaan pintu rahim (serviks) menggunakan alat spekulum dan ujian pap smear juga mungkin turut dilakukan, terutama memandangkan anda mengalami pendarahan selepas hubungan seks, ini tiada kaitan dengan kesuburan namun penting untuk diperiksa.
Perlu difahami, faraj bukanlah anggota yang mempunyai bentuk atau alat penyokong sehingga dapat menampung semua air mani yang masuk ke dalamnya. Faraj berada dalam keadaan bertaup dan pipih pada keadaan biasa. Hanya dengan kemasukan zakar atau alat lain, faraj membuka dan memberi ruang kepada kemasukan alat terbabit, kemudian mencengkamnya.
Setelah zakar dikeluarkan (ataupun setelah zakar mengendur semula), bukaan faraj kembali kepada keadaan asalnya iaitu hendak bertaup semula dan menyebabkan apa-apa yang terperangkap di antaranya seperti air mani atau angin boleh terkeluar semula.
Wanita tidak memerlukan air mani yang banyak bertakung di dalam faraj untuk hamil. Yang lebih penting adalah bilangan dan kualiti sperma yang terkandung di dalam baki air mani yang tinggal di dalam faraj.
Selain itu, bukan air mani yang sepatutnya masuk ke dalam ruang rahim menuju ke dalam tiub falopio untuk mensenyawakan telur, tetapi hanyalah sperma yang berenang menembusi mukus serviks dan terus ke dalam tiub falopio melalui ruang rahim.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Faktor1: Ibu bapa yang amat sibuk
Dalam siri pada bulan ini, kita akan membicarakan faktor pertama, iaitu kesibukan ibu bapa hingga gagal mendidik anak. Menurut Abdullah Nasih, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.
Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan. Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu. Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal. Si ibu pula hanya memerhatikan bagaimana anak-anaknya berlatih. Selepas beberapa siri latihan, dan anak-anak harimau tadi sudah cekap, barulah mereka dibiarkan berdikari mencari rezekinya sendiri.
Jika harimau pun tahu tanggungjawab mereka, bagaimana pula ada ibu bapa sanggup mengabaikan pendidikan anak-anak. Harimau mahu anaknya mampu menangkap buruan, maka dia rela menghabiskan masanya melatih anak itu. Yang peliknya, manusia pula mahu anaknya cemerlang, berjaya dan soleh, namun tidak berusaha ke arah itu. Mereka langsung tidak perasan bahawa diri mereka adalah sebenarnya seorang ‘pendidik’.
Mendidik bukan menternak!
Maka ‘sibuk’ itu bukan alasannya. Kita memang dilahirkan di dunia ini untuk menjadi orang sibuk. Orang yang tidak sibuk ialah orang yang cuai, lalai dan mundur. Maka semua kita perlulah sibuk. Maknanya, orang-orang yang pernah berjaya melahirkan anak-anak yang hebat juga dulunya sibuk, seperti kita. Soalnya kita sibuk dengan apa? Bukankah ‘mendidik anak’ itu salah satu tugas kita dalam senarai fungsi-fungsi kita sebagai seorang ‘bapa’ dan ‘ibu’?
Orang sibuk dan bijak akan menyenaraikan fungsinya. Fungsi kita bukan sekadar ‘pengarah syarikat’, ‘pegawai kewangan’, ‘jurutera kanan’, ‘pakar perbidanan’, ‘setiausaha persatuan’ atau seumpamanya. Fungsi kita juga perlu senaraikan fungsi-fungsi kita sebagai ‘anak kepada ibu bapa’, ‘suami’, ‘isteri’, ‘bapa’, dan ‘ibu’. Selepas fungsi disenaraikan, kita perlu pula mencatatkan tugas-tugas kita bagi setiap fungsi itu. Maka tugas ‘mendidik anak’ itu satu tugas besar, dan sangat penting – walau pun biasanya tidak ‘urgent’ – yang  perlukan ruangan masa yang panjang.
Sambungan: Masa berkualiti untuk anak-anak
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Dalam beberapa siri akan datang kami akan menghuraikan beberapa faktor yang menjejaskan kualiti pendidikan anak-anak. Maklumat ini berasaskan sedikit pengalaman serta melihat kepada perkembangan semasa. Rujukan kepada beberapa penulisan termasuk buku Pendidikan Anak-anak oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan juga dibuat.
Sebelum menghuraikan tentang tanggungjawab, kaedah dan bentuk-bentuk pendidikan anak-anak, Dr Abdullah Nasih Ulwan terlebih dahulu menjelaskan dengan terperinci faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kerosakan pendidikan anak-anak. Seorang ibu atau bapa yang berhasrat mendidik anak, harus terlebih dahulu mengetahui punca yang mengagalkan pendidikan anak-anak. Moga, maklumat ini menjadi ‘alarm bell’ kepada mereka supaya tidak terjerumus dalam penyebab-penyebab tadi.
Faktor-faktor kerosakan pendidikan anak-anak adalah seperti berikut
a.	Ibu bapa terlalu sibuk, atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan seharian sehingga mengkesampingkan usaha mendidik anak
b.	Kaedah dan cara didikan yang tidak betul– sama ada dilakukan secara sedar atau tidak sedar – menyebabkan anak-anak lemah dan rosak
c.	Pergaduhan berpanjangan suami isteri, juga terkadang mengheret ibu bapa dan mertua menyediakan landskap hodoh kepada persekitaran pendidikan anak-anak.
d.	Perceraian suami isteri menjadikan si anak terkontang-kanting, keliru dan mencari lubang menyelesaian yang membobrokkan.
e.	Aktiviti yang lagha, apa lagi yang merosakkan, menyebabkan anak-anak menjadi asyik dengan dunia palsu dan menghancurkan.
f.	Silap memilih kawan, atau geng yang akhirnya mendorong anak-anak terjunam ke lembah keruntuhan budi
g.	Bahan-bahan media seperti internet, CD, VCD, imej-imej dalam telefon bimbit, majalah, TV, dan lain-lain yang punya pengaruh maha hebat mendorong anak-anak untuk terus rosak.
h.	Kemiskinan dan pengangguran ibu dan bapa, serta kesempitan hidup melampau boleh juga mendorong anak-anak punah akhlak terutama apabila gejala keruntuhan itu ditemani dengan lambaian materialistik yang menggoda.
i.	Anak-anak yatim yang dahagakan perlindungan dan kasih sayang juga boleh menjadi mangsa keruntuhan akhlak jika kebajikan dan pendidikan mereka tidak ditangani dengan betul.
Insyaallah kami akan paparkan faktor-faktor di atas satu per satu dalam posting akan datang.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
‘Tok Mudim, buat ape tu?’ Itulah dialog dalam iklan sebuah stesen televisyen tempatan. Peranan tok mudim dalam tradisi masyarakat Melayu memang tidak boleh dinafikan. Walau pun sudah ada doktor dan kemudahan perubatan serba canggih, istilah tok mudim tetap dikenali dan kadang-kadang menjadi bahan jenaka mencuit hati. Kalau doktor terlibat dalam bermacam bentuk khidmat kesihatan, tok mudim hanya menawarkan satu khidmat sahaja, iaitu berkhatan atau bersunat.
Berkhatan adalah identiti muslim. Jika mayat pemuda Islam dan bukan Islam bercampur dan bergelimpangan, identiti khatanlah yang dapat membezakannya. Yang berkhatan ditanam di pusara muslimin sementara yang tidak berkhatan di serahkan ke kuburan bukan Islam. Khatan atau khitan dalam bahasa Arab bermaksud memotong ‘qulfah’ iaitu kulit yang menutup kepala zakar.
Ada di kalangan ulama’ iaitu termasuk Imam Abu Hanifah, Hasan Al-Basri dan sebahagian ulamak mazhab Hambali mengatakan hukumnya sunat sahaja. Namun, kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya’bi, Rabi’ah, al-Auza’i, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib. Menurut Imam Malik, orang lelaki yang belum berkhatan tidak boleh menjadi imam sembahyang dan tidak layak menjadi saksi.
Hujah para ulama ini berasaskan beberapa dalil iaitu antaranya hadis Imam Ahmad dari ‘Utsaim bin Kulaib, bahawa seorang sahabat datang kepada Nabi SAW dan berkata, ‘Saya telah memeluk Islam’. Baginda menjawab: ‘Bersihkan dirimu dari rambut kekufuran dan berkhatanlah’.
Harb meriwayatkan daripada Al-Zuhri, katanya, Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang memeluk Islam hendaklah berkhatan walau pun dia telah tua’.
Si Kulup
Malah Baginda Rasulullah SAW menyebut sacara khusus tentang kedudukan orang lelaki yang tidak berkhatan atau dalam istilah Baginda SAW ‘al-aqlaf’ yang boleh diterjemahkan dengan lidah Melayu sebagai si kulup. Rasulullah SAW menyebut si kulup tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa bersunat (riwayat al-Baihaqi). Waqi’ pula meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: ‘Si kulup tidak diterima solatnya dan tidak boleh dimakan sembelihannya’.
Para ulama menyentuh secara jelas tentang masalah yang timbul bagi si kulup. Kewujudan lapisan kulit dikeliling kemaluan boleh menjejaskan kesucian diri. Bila si kulup kencing, air kencing mungkin melekat dan bertakung di kawasan berkenaan. Membersihnya adalah sukar, hujah para ulama’. Sedangkan solat itu hanya sah jika dia benar-benar suci dan bersih. Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa inilah sebabnya para ulama salaf dan khalaf melarang si kulup menjadi imam. Adapun, solat mereka sendiri boleh diterima sebagai status seorang yang tidak suci kerana uzur, sebagaimana solat orang mengidap penyakit tidak mampu mengawal kencing.
Tarbiyah dalam hukum khatan
Pada khatan itu ada tarbiyah. Muslimin sejak dari kecil diajar untuk menjadi bersih dan menjaga kesucian. Sejarah khatan bermula sejak Nabi Ibrahim. Baginda yang berkhatan pada umur lapan puluh tahun, adalah orang yang paling awal berkhatan. Para anbiya’ dan keturunan Baginda selepas itu meneruskan tradisi berkhatan. Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasulullah SAW bersabda: Empat perkara dari sunnah para Rasul iaitu: khatan, berwangi-wangian, bersiwak, dan nikah.
Sunnah Nabi Ibrahim berterusan hingga keturunannya termasuklah dari bangsa Arab. Oleh itu kebanyakan masyarakat Arab berkhatan sejak kecil. Apabila Islam datang, mereka memeluk Islam yang sememangnya mewajibkan mereka bersunat. Oleh itu kita tidak berjumpa kisah sahabat berkhatan beramai-ramai apabila memeluk Islam dalam Sirah Rasulullah SAW. Selepas dari itu khatan bukan sahaja menjadi adat bangsa Arab, bahkan menjadi sebahagian syariat yang perlu dipatuhi.
Khatan juga mengajar erti kepatuhan Yang Maha Kuasa. Walau pun khatan itu mungkin sedikit menyakitkan bagi anak-anak, namun disitu letaknya simbol ketaatan. Mesejnya mudah. Taat kepada Allah walaupun terpaksa sakit. Walau pun terpaksa ‘mengorbankan’ dan ‘berpisah’ dengan secebis kulit pada badan sendiri.
Aspek paling ketara ialah kesucian dan kebersihan. Allah mensyariatkah khatan bagi mendidik hambaNya agar menjaga kebersihan. Rangkuman hukum kewajipan solat, hukum bersuci, hukum istinja’ dan hukum khatan ini menjadikan kaum muslim sepatutnya umat yang paling pembersih, paling wangi, paling sihat dan paling segar. Inilah pembeda besar antara seorang muslim dan bukan muslim. Inilah juga syiar yang menunjukkan kehebatan Islam.
Khatan yang menyihatkan
Kebersihan membawa kepada kesihatan. Beberapa kajian telah dibuat bagi menunjukkan kelebihan berkhatan. Dr. Sobri Al-Qubbani dalam bukunya bertajuk ‘Kehidupan dan Seksologi” menyebut bahawa khatan mendatangkan manfaat-manfaat berikut dari sudut kesihatan:
•	Pembuangan kulit berkenaan membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
•	Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersendat kepala zakar ketika berlunjur.
•	Mengurangkan risiko kanser prostat
•	Anak-anak yang berkhatan awal kurang risiko sindrom terkencing malam.
Khatan ini menjadi wajib apabila anak tersebut hampir aqil baligh, agar bila tiba umur mukallaf, dia dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan diterima Allah. Namun, lebih afdal, jika khatan itu dilakukan sewaktu anak masih kecil sama ada pada hari ke tujuh, empat belas, dua puluh satu atau seumpamanya.
Kini terdapat banyak klinik dan pusat rawatan yang menyediakan khidmat berkhatan bagi bayi sekitar umur berkenaan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang canggih. Walau pun khatan waktu bayi belum menjadi budaya popular di Malaysia, diharap suatu hari nanti ramai yang memilih cara ini sesuai dengan amalan baginda Rasulullah SAW. Dalam hadis riwayat al-Baihaqi, daripada Jabir r.a, bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk Al-Hasan dan Al-Husain, serta mengkhatankannya pada hari ketujuh.
Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Masa yang ditempuhi di alam kanak-kanak dan remaja amat berharga. Waktu inilah kepintaran, watak, sikap dan akhlak cepat berkembang. Aktiviti yang dilalui pada tempoh ini akan banyak memberikan kesan jangka panjang kepada hayat mereka seterusnya.
Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh lari daari merancang dan menyusun aktiviti masa lapang. Pada dasarnya bagi anak-anak ini, waktu terluang oleh digunakan untuk aktiviti berikut:
 Belajar atau mengulangkaji pelajaran secara aktif, berjadual dan bijak.
 Membanyakkan ibadah seperti solat-solat sunat pada waktu siang dan malam.
 Mengikuti kem atau kursus kemahiran dan motivasi bagi meningkatkan semangat dan membaiki diri.
 Melakukan aktiviti bersama-sama dengan keluarga termasuk ibu bapa seperti mengecat rumah, membersihkan halaman dan lain-lain.
 Bermain dengan keluarga atau rakan-rakan. Pilihlah permainan yang boleh merangsang minda serta dapat mengeratkan hubungan sesama pemain.
 Bersiar-siar bersama-sama seperti keluar membeli barang, menziarahi saudara-mara dan rakan dan menghadiri program-program kemasyarakatan
 Bersukan dengan keluarga atau kawan-kawan
 Melancong
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa kepuasan fizikal seseorang remaja boleh dipenuhi dengan ibadat solat kerana tiga faktor:
- solat merupakan riadah semulajadi. Orang yang menunaikan solat perlu menggerakkan anggota utama secara tersusun dan terselaras. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kecerdasan anggota badan, melancarkan pengaliran darah serta mengurangkan ketegangan otot-otot.
- Solat menuntut taharah, iaitu kebersihan bersifat fitrah. Orang yang ingin solat mesti bersuci dan berwudhu’. Wudhu’ dapat membersihkan anggota fizikal seperti hidung, mulut, muka, telinga, kepala, tangan dan kaki.
- Seseorang yang pergi menunaikan solat berjamaan di masjid atau surau akan berjalan lima kali sehari, pergi dan pulang. Secara tidak langsung ia dapat menyihatkan anggota badan.
Oleh yang demikian, para bapa terutamanya amat digalakkan mengajak anak-anak untuk bersama-sama mengunjungi masjid dan surau bagi menunaikan solat secara berjamaah. Ini adalah satu bentuk kaedah menggunakan masa lapang yang telah pun diajar oleh Rasulullah SAW. Baginda ada bersabda (riwayat Al-Hakim dan Abu Dawud):
“Suruhlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka untuk bersolat pada usia sepuluh tahun, dan pisahkan antara mereka pada tempat tidur”
Malangnya hari ini berapa ramai, ibu bapa yang leka kerana tidak pernah mengajak anaknya bersolat walau pun mereka sudah bersekolah. Mereka kadang-kadang berasa bahawa anak mereka masih ‘terlalu kecil’ untuk disuruh bersolat. Lupakah mereka bahawa apa yang disebut oleh Baginda itu datang dari wahyu Allah yang mengetahui kemampuan dan psikologi manusia. Ada yang beralasan bahawa mereka sudah menyuruh, tetapi tidak diendahkan oleh anak-anak. Soalnya bukanlah masalah keengganan anak-anak untuk mematuhi suruhan, tetapi masalah ibu bapa yang tidak bersungguh-sungguh menggunakan segala strategi terbaik bagi menjayakan usaha membiasakan anak-anak dengan solat.
Selain dari solat, Islam juga menggalakkan sukan, rekreasi dan pelancongan. Terdapat hadis-hadis yang menggalakkan sukan berkuda, memanah dan berenang. Ibu bapa boleh juga mengatur aktiviti sukan seperti permainan bowling keluarga, futsal dan badminton. Bagi anak-anak kecil, latihlah mereka menggunakan basikal dan berenang. Jika ada ruang bolehlah berkelah di kawasan jeram, sungai atau pantai. Bila tiba waktu cuti, jangan lupa untuk melancong sesama sekeluraga kerana ia adalah satu ibadah dalam usaha untuk mendidik anak di samping menghayati kebesaran Allah SWT.
Selain itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk memantau penggunaan masa anak-anak. Perlu diketahui ke mana mereka pergi, dan apa aktiviti yang dilakukan. Pastikan aktiviti mereka bukan sahaja baik bahkan juga mempunyai menfaat untuk pembinaan peribadi mereka. Anak-anak termasuk remaja sebenarnya boleh didisiplinkan jika ia dilakukan dengan berhemah tapi tegas, lembut tapi konsisten.
Ringkasnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan agama sebagai teras dalam menggunakan masa terluang anak-anak. Anak-anak perlu disibukkan dengan aktiviti berguna agar syaitan tidak dapat ‘menyibukkan’ mereka dengan maksiat dan kelalaian. Panduan Islam amat mantap dalam menunjukkan laluan terbaik bagi memanfaatkan masa anak-anak yang amat berharga itu.