Buku pertama yang aku baca hasil karya beliau ialah ‘Perempuan Politikus Melayu’. Selepas itu, aku terus menggali buku-bukunya yang lain. Aku harus akui hasil karya beliau unik, namun bukan semua penulisannya aku berkenan. Kadang untuk memberi nobat novel rasanya tidak berapa sesuai kerana kebanyakan bukunya sarat dengan fakta. Bagi aku, aku gemar, namun bagi mereka yang hanya suka membaca novel yang santai rasanya berat untuk khadam.
Kadang seperti membaca buku nasihat, teks khutbah seperti contoh ’saasatul ibad’ yang boleh membuatkan bosan. Apa-apa pun beliau mempunyai visi yang jelas akan apa yang mahu disampaikan.
Dua hari lepas, Faisal Tehrani berada di Melbourne dan aku sempat untuk bertanyakana beberapa soalan yang asalnya adalah ‘assignment’ aku untuk ASAM. Beliau banyak berbicara sekitar pegangannya dalam penulisan dan sikap sosial. Aku masih lagi belum mngekstrak audio temubual, mungkin nak paskan kepada Encik L untuk mengekstraknya. Cepek. Lagipun masalah datang bertimpa-timpa (salah sendiri la).
Tidaklah aku berminat untuk berbicara pasal peribadi dan pegangan diri, namun aku berdoa akan perjuangannya atas jalur seni sentiasa dirahamti dan diberi bantuan oleh Allah dalam mengubah polemik sosial negara dan dunia mungkin.
*Selamat berangkat Umi ke Padang, semoga selamat perjalan pergi dan pulang. Amin
Terima kasih, tanpa entry yang baru, blog ini masih sudi dikunjungi oleh orang yang mencari ulasan buku (Begitulah apa yang wordpress beritahu). Ramai yang sampai ke sini dengan kata kunci “Andrea Hirata”, “Faisal Tehrani”, “Pramoedya”, “Abdullah Hussain” dan tajuk buku2 mereka. Selain kata kunci “Ultraman”, “Murayya Paniculata” dan “perempuan sunyi” (Ceh!). Ada juga sampai ke sini dengan kata kunci “kisah beromen” (Hey! keji tau..)
Maka dengan nawaitu untuk terus diberi perhatian (minta puji orang Sabah kata) maka saya mahu tulis tentang buku lagi kali ini.
Tajuknya Interlok dan ditulis oleh Abdullah Hussain, sasterawan negara yang ke 8 (Wah! nombor manyak ong!). Ini adalah buku pertama yang saya beli dalam format kulit keras. Antara buku fiksyen yang paling mahal saya beli. Saya mahu meraikan keindahan sastera negara. Gitu!
Interlok berlatarbelakangkan sebuah kampung di Tanah Melayu waktu pra-kemerdekaan. Ianya di pecahkan kepada empat bab.
Bab pertama tentang Seman yang baru menyedari kekayaan yang dimilki oleh keluarganya hanyalah ilusi. Tiba2 diberitahu dia tidak berharta setelah ayahnya meninggal dunia dan kerana kejahilan tentang pentingnya pendidikan, Seman dihalang ke sekolah. Maka, itulah Seman, miskin, tidak berpelajaran dan merempat di tanah sendiri.
Bab kedua tentang Cing Huat yang datangnya dari tanah besar Cina dengan semangat membara lari dari kemiskinan yang menjerut lalu bernafas hasil dari kecekalan melawan tipu muslihat. Maka itulah Cing Huat, cekal, licik dan kaya di tanah orang.
Bab ketiga tentang Maniam yang datangnya dari Kerala, setelah mendengar kisah satu tempat  dimana apa sahaja yang dipegang boleh menjadi duit, dengan tekad Maniam terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya dan mencuba apa sahaja. Setelah beberapa lama di Tanah Melayu, kedengaran isterinya di Kerala berkahwin dengan lelaki lain. Maka itulah Maniam, kecewa, pelarian perasaan, di tanah orang.
Bab keempat interlok. Dimana ketiga2 mereka tadi rupanya mempunyai kaitan yang berselirat lantas akhirnya merungkai setiap nasib. Di dalamnya muncul kisah melawan Malayan Union, kekejaman jepun, kesetanan komunis. Dan tiba2 muncul pula perjuangan melayu yang berapi2 yang tiba2 ada kekuatan merampas semula tanah mereka, kemudian tiba2 pula si cina dan si india bersepakat membantu kerana sebab2 tersirat. Setiap watak menyumbang kepada berlakunya nasib watak yang lain. Ye lah! kita ni wujud di dunia bukanlah kerana kebetulan.
Buku ini adalah metafora buku sejarah Malaysia. Jika tidak suka membaca buku sejarah, maka bacalah buku ini. Dengan halus dan terperinci melalui setiap watak, sasterawan negara ini mampu menerangkan bagaimana kaum cina dan india menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan akhirnya diterima menjadi sebahagian dari negara ini. (Adakah satu hari nanti si Indon, si Bangla, si Nepal, si Pilliphine, si Om akan dianggap sebagai sebahagian dari negara ini? Lu pikirlah sendiri). Bagaimana si melayu yang berada ditanah sendiri terus miskin dan tidak tahu untuk maju.  Buku ini menyelami jiwa dan perasaan watak2 sejarah. Ianya melangkaui buku sejarah biasa yang kering emosi walaupun banjir dengan fakta.
Cerita disusun kedepan dan kebelakang dengan terancang sekali. Buku ini terletak pada kelasnya yang tersendiri. Bacalah buku ini jika mahu belajar menghargai kemerdekaan, kecekalan, persahabatan, pendidikan, pengkhianatan, kebodohan dan penjajahan. Jangan cari kisah cinta yang dibantu pari2. Tidak ada.
Buku ini telah menang dalam Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka (1967)
Saya suka sejarah. Memahami sejarah membuatkan saya menghargai pesahabatan saya dengan si cina, si india dan si kadazan. Saya, Anita Wong, Thulasimani dan Patricia jika berjumpa tidak suka bersalaman. Kami berpeluk. (Ini bukan iklan retorik* 1Malaysia seperti di tv. Ini betul2)
* Retorik = penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar (Kamus Dewan)
(Bunyi runut iringan –Malaysia Satu, Faizal Tahir)
Kembali daripada sepi diri di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang masih mengunjung. Maaf kerana menghilang tanpa berita. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang diraih. Terlalu banyak. Ramadhan menghilang ditinggalkan waktu. Syawal datang dengan silaturrahim antara keluarga terjalin dengan lebih kukuh. Peperiksaan berlalu dan keputusan diterima. Faqir bukan pengejar angka. Segalanya diterima dengan hati yang terbuka, alhamdulillah. Faqir ingin berkongsi sedikit mengenai aktiviti yang dilakukan sebelum Ramadhan. Mungkin faqir akan menjelaskannya dengan lebih lanjut dalam entri berikut, mungkin tidak.
1. Sesi Bicara Karya MRT sempena Kempen Baca! Singapura (25 Julai 2009)
Acara ini dijalankan di Perpustakaan Queenstown pada tarikh 25 Julai 2009. Karya yang dibicarakan ialah cerpen ‘MRT’, sebuah cerpen yang ditulis lebih daripada setahun yang lalu. Terima kasih kepada Saudara Herman Rothman yang menjemput faqir menghadiri acara dan berkongsi sedikit mengenai karya yang telah faqir tulis. Terima kasih juga kepada yang sudi menghadiri untuk mendengar sedikit kisah di sebalik karya yang ditulis. Mudah-mudahan bermanfaat bagi para pelajar.
2. Faisal Tehrani datang ke Singapura sempena kempen Baca! Singapura. (31 Julai-1 Ogos 2009)
Bersama Faisal Tehrani
Pengarang Islami yang terkenal daripada Malaysia, Faisal Tehrani, dijemput ke Singapura untuk mengendalikan siri bengkel dan acara sastera sempena kempen Baca! Singapura pada tarikh 31 Julai hingga 2 Ogos. Faqir pernah menghadiri bengkelnya dua tahun lalu dan isinya tidak jauh beza daripada apa yang dikongsi tempoh hari.
3. Sari Suara Karya (31 Julai 2009)
Sari Suara Karya, dengan format yang lebih segar, diadakan buat pertama kali untuk menggantikan Karya Ria, acara bulanan yang dianjurkan oleh Arus Baru Sastera Singapura. Memandangkan Kempen Baca! Singapura sedang dijalankan, buku yang dibincangkan ialah novel Detektif Indigo yang merupakan novel terpilih bagi program tersebut.
4. Debu di Singapura (8 Ogos 2009)
Tinta Cinta
Faqir dijemput untuk membaca sekuntum puisi semasa persembahan Debu yang diadakan di Al-Wehdah. Puisi yang faqir bacakan ialah ‘Tinta Cinta’. Namun, yang ingin faqir kongsi di sini ialah mengenai persembahan Debu sendiri yang menakjubkan dan terasa roh keIslamannya walaupun muzik yang dimainkan merupakan alat-alat muzik dunia.
Persembahan mereka seolah-olah mengundang penghuni langit untuk meraikan sebuah pesta puisi dengan setiap huruf itu hadiah daripada Tuhan. Semua lirik daripada lagu yang dinyanyikan Debu ditulis oleh mursyid mereka, Shaykh Fattah. Terima kasih Sidi Khalid Ajmain kerana menjemput faqir untuk membacakan puisi kecil faqir. Semoga kolaborasi antara kami berdua dalam memartabatkan sastera pada satu tahap yang dapat diterima lebih ramai pada masa akan datang berjaya.
Debu bersama Pembantu bagi Konsert ini.
5. Kopitiam Ghadir (13 Ogos 2009)
Faqir bersama Saudara Firdaus Ariff
Di tengah kesibukan musim periksa dan waktu menghantar segala tugasan dan projek, faqir sempat singgah ke Kuala Lumpur selama beberapa jam dengan menaiki kapal terbang Tiger Airways dan pulang menaiki bas ke Singapura pada waktu tengah malam. Tujuan utama ke Kuala Lumpur ialah untuk menonton teater Kopitiam Ghadir. Namun, dengan jasa baik Saudara Firdaus Arif, penulis sains fiksyen muda, kami sempat juga singgah ke pejabat PTS untuk melihat-lihat dan berbicara sedikit dengan beberapa pegawai di sana. Terima kasih saudara Firdaus yang memandu kami ke beberapa tempat walaupun dirinya sibuk dengan pelbagai perkara. Semoga Allah membalas segala kebaikan.
Mengenai Kopitiam Ghadir pula, mungkin kopi yang dihidangkan tidak sesuai dengan citarasa faqir. Menurut seorang teman, faqir perlukan serbuk kopi yang lebih power.  Namun, ia tetap menyentuh qalbu sebahagian penonton di sana, contohnya dengan peringatan akan kepentingan berselawat. Faqir perlu singgah di kopitiam yang lain.
6. Sari Suara Karya edisi istimewa ‘Melayar Perahu Fansuri’ (19 Ogos 2009)
CG Karmin, Shaykh Rohimuddin, Faqir, Herman Mutiara
Arus Baru Sastera Singapura dengan kerjasama Majlis Raudhotul Muhibbin Singapura, Sout Ilaahi dan sokongan NUDA Limited telah mengadakan Sari Suara Karya edisi istimewa dengan dihadiri oleh Shaykh Rohimuddin Nawawi Banten, seorang ulama’ yang dilahirkan di Banten, Indonesia tetapi telah sekian lama menetap di Mesir. Beliau merupakan khalifah kepada Shaykh Yusuf al Hasani bagi Tariqah Shazuliyah Darqawiyah. Sangat istimewa. Acara dimulakan dengan persembahan qasidah daripada Madihul Mustofa yang merangkumi asatizah yang telah/sedang belajar di Syria, yang turut membuat persembahan semasa konsert Debu. Persembahan mereka seolah-olah berbicara terus pada jiwa para hadirin. Seterusnya, beberapa puisi tulisan penulis ARUSS dibacakan. Shaykh Rohimuddin sendiri telah menulis dua puisi pada malam sebelum dan faqir disuruh membacanya. Faqir membaca salah satu daripadanya, yang bertajuk ‘Cawan Cinta’. Cikgu Manaf Abdul Yasir turut memberi pengenalan sedikit terhadap syair Melayu dan menyanyikan beberapa rangkap syair Melayu yang membawa maksud atau mesej yang sememangnya sebahagian daripada ajaran agama.
Seterusnya, Shaykh Rohimuddin memulakan syarahan ataupun perkongsiannya. Beliau bermula dengan berbicara sedikit mengenai sastera pada pandangan Islam. Menurutnya, Islam bersahabat dengan setiap genre sastera. Yang lebih penting ialah ajaran yang ingin disampaikan melalui genre tersebut samada selari dengan ajaran Islam atau bertentangan dengannya. Apa yang dikongsi hanyalah sedikit pengenalan dan kesimpulan daripada makalah yang ditulisnya beberapa tahun lalu dan juga diletakkan di lamannya. Setelah itu, Shaykh Rohimuddin sambung dengan berbicara mengenai isi, maksud dan rahsia di sebalik kata-kata yang ditulis Shaykh Hamzah Fansuri dalam Syair Perahu. Shaykh turut memberi sedikit pengenalan mengenai konsep tasawwuf seperti wahdatul wujud dan sebagainya. Namun, oleh kerana kesuntukan waktu, Shaykh Rohimuddin hanya sempat menjelaskan makna beberapa rangkap syair sahaja. Pastinya, ia merupakan suatu acara yang amat segar sekali, bukan sahaja untuk faqir, tetapi juga buat para hadirin yang lain. Islam amat akrab dengan sastera.
Itu sahaja, buat masa ini.
Sekali lagi, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Syurga
Di dunia
terbina syurga
dengan tasbih
para sufi
gerak rantai zikir
merai cinta
yang wujud
dalam segala.
Pengarang Islami hebat daripada pulau seberang, Faisal Tehrani, akan berada di Singapura selama beberapa hari bermula daripada 31 Julai 2009 sempena Baca! Singapura yang mana karya novelnya Detektif Indigo dipilih bagi kempen tersebut. Para peminat sastera Melayu dan juga peminat Faisal Tehrani disilakan hadir. Jamuan ringan disediakan bagi setiap acara secara percuma. Tiada bayaran dikenakan bagi setiap acara.
1. Bengkel Penulisan Kreatif oleh Faisal Tehrani
Jumaat, 31/07/2009
Masa: 3 petang hingga 5 petang
Programme Zone, Level 1
Woodlands Regional Library
Tema sesi: KARYA NAN INDAH
Bahan: Setiap peserta digalakkan membeli buku “Karya Nan Indah” oleh Faisal Tehrani yang akan dijual pada hari tersebut. Faqir juga menggalakkannya.
Peserta dapat memahami aspek-aspek penulisan kreatif. Cara menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dam pantang larang dalam penulisan semasa bengkel. Sesuai bagi guru-guru atau mereka yang ingin menceburi dalam bidang penulisan.
Pendaftaran adalah percuma dan sesi diadakan dalam bahasa Melayu.
2. Bengkel Penulisan Kreatif (khas untuk pelajar remaja) oleh Faisal Tehrani
Sabtu, 01/08/2009
Masa: 11 pagi hingga 12.30 tengahari
Visitor Briefing Room,
National Library Level 1
Sesuai bagi pelajar Menengah 3 ke atas. Peserta dapat memahami aspek-aspek penulisan kreatif. Cara menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dam pantang larang dalam penulisan semasa bengkel.
Nota akan disediakan tetapi peserta digalakkan membeli buku “Karya Nan Indah” oleh Faisal Tehrani yang akan dijual pada hari tersebut. Faqir juga menggalakkannya.
Pendaftaran adalah percuma dan sesi diadakan dalam bahasa Melayu.
*3. Ceramah sastera oleh 3 penulis (terbuka pada umum)
Tajuk perbincangan: Tren Fiksyen Melayu Semasa
Sabtu, 01/08/1992
Masa: 2 petang – 4 petang
Visitor Brifing Room
National Library Level 1
Acara:
Sesi bicara sastera bersama 3 penulis: Cikgu Suratman Markasan, Cikgu Helmelina & Encik Faisal Tehrani
Sesi diadakan dalam bahasa Melayu
Cikgu Suratman akan berbincang mengenai “Tren pembacaan di kalangan masyarakat Melayu”
Cikgu Helmelina akan berbincang mengenai “Pembelajaran sastera di sekolah-sekolah (pengalaman peribadi)”
Encik Faisal akan berbincang mengenai “Nilai murni dalam sastera semasa”
Pendaftaran percuma
*4. Sesi Bicara Buku oleh Faisal Tehrani berjudul “Detektif Indigo”
Ahad, 02/08/2009
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Multi-purpose Room,
Central Public Landing, National Library B1
Sesi diadakan dalam bahasa Melayu dan dikelolakan penulis sendiri.
Peserta dapat mengenali penulis dan karyanya dengan lebih dekat. Sesi soal jawab mengenai novelnya akan diadakan.
Pendaftaran secara percuma.
Acara yang bertanda * akan dihadiri faqir dengan izin Allah. Ambillah kesempatan ini untuk mengutip seberapa banyak mutiara mungkin.
Gambar diambil sewaktu Singapore Writers’ Festival pada tahun 2007.
Iya..mungkin diri sudah ketinggalan untuk membicarakan mengenai isi buku ini. Namun, tidak salah kiranya berkongsi bersama tarikan dan kekuatan novel Bedar Sukma Bisu karya saudara Faisal Tehrani. Saya sudah usai membedahi novel ini. Sungguh menarik dan penuh dengan keintelektualan mengenai bidang maritim dan yang lebih utama tentang  ekonomi Islam.
Bedar Sukma merupakan satu entiti yang diasaskan oleh Ben Qortubi, seorang warga Arab yang berkahwin dengan wanita melayu, Fatimah. Kepandaian dan kemahiran beliau dalam bidang pembuatan perkapalan membuatkan perniagaannya berkembang dengan sangat maju. Namun, kedatangan dan kekejaman Jepun ke bumi Malaya telah menjadi detik hitam bagi beliau atas satu peristiwa yang tidak sanggup untuk dikenang. Akhirnya, beliau telah membawa diri ke laut dan tidak pernah pulang semenjak waktu itu. Perniagaan Bedar Sukma Bisu seterusnya diuruskan oleh anaknya Marwan Qortubi dan seterusnya diwarisi oleh Wefada Marwan dan generasi berikut iaitu Haiqal Chen.
Di samping menerapkan dunia maritim melayu, intipati novel ini lebih menekan kepada satu perkara yakni berkenaan dengan ekonomi Islam. Setiap langkah dan dasar perniagaan yang diterapkan dalam Bedar Sukma adalah dengan meletakkan kepentingan agama daripada segala-galanya. Buktinya, bagaimana Wefada Marwan dengan lantang memarahi para staf anak syarikatnya yang berpandangan sempit bahawa kemerosotan perniagaan disebabkan terlalu islamik tanpa menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan di Sukma Resort.
Sesungguhnya, penulis dapat menyampaikan satu wacana berkaitan kelebihan sistem ekonomi Islam dengan cara yang halus tanpa membantutkan pembacaan pembaca agar terdorong terus mendapat ilmu darinya. Dengan penggunaan bahasa Melayu yang tinggi dan unsur-unsur sastera yang berseni nyata ia menambahkan kesedapan halwa minda pembaca. Tidak mustahil novel ini berjaya memenangi Sayembara Mengarang Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP pada tahun 2007.
anekdot 1
“macam mana sambutan buku ni, so far?” Aku.
“alhamdulillah. Sudah masuk musim kedua” Faisal Tehrani. Kamu kenal?
ke Pesta Buku KL 09 Sabtu yang lepas, motif utama, memang ingin memiliki buku ini. Tercapai, dan kebetulan, penulisnya berada sekali di booth itu.
Aku ambil kesempatan berehat sebentar, duduk, lepaskan lelah sambil Faisal Tehrani turunkan tandatangannya.
Oleh kerana ini kali pertama aku ke Pesta Buku setelah kali terakhir tahun 2003 sebagai exhibitor (ini Sabah punya pasal), memang tersangat banyaklah perbezaan. Booth-booth yang merata, atas, bawah, kiri kanan.
Dan pengunjungnya juga, ramai, sesak nafas. Serius. Dada aku sakit, waktu nak tarik nafas.
ini. 2 buku sahaja. Penulis yang sama.
ini sahaja.
Buku Manikam Kalbu ini bagi aku, (yang baru sempat membaca 12 mukasurat), satu penulisan yang penuh dengan kajian mendalam. Kecuali kalau penulis ini benar-benar seorang tukang jahit. Lelaki – tukang jahit? errr
malamnya, mengubat lelah menonton perlawanan selangor-kelantan. di TV.
dah lama aku tak menjerit. sambil buat gaya ‘yes-yes’ bila Amri score.
sambung lagi sampai jam 3 pagi. Tengok MU belasah Spurs. Puas hati.
anekdot 2
hari Ahad.
Lawatan ke rumah makcik yang dapat cucu baru.
Petang. Putrajaya. Team VM. 3 orang saja. 1 pro fotografer. 2 beginner ha ha.
3 subjek dalam satu frame.
malam. sambung baca Manikam Kalbu.
Sudah 3 hari menginjak hari persekolahan setelah satu minggu bercuti. Selesema dan batuk masih belum kebah walaupun demam sudah beransur pulih. Cuma ingin berkongsi pengalaman ketika masa percutian. Semasa percutian lepas, saya dan isteri sibuk mencari barang-barang keperluan bagi persediaan majlis persandingan yang bakal dilangsungkan 2 bulan akan datang.
Mengambil kesempatan itu juga, saya yang gemar kepada bahan-bahan bacaan tidak mensia-siakan peluang untuk mengajak isteri singgah ke kedai buku berdekatan. Pada masa tersebut, nikmat buku merasuk diri yang meronta-ronta meminta kaki melangkah masuk ke kedai buku. Ketika membeli belah di Mid Valley, saya akhirnya mengajak isteri singgah ke MPH Bookstore. Isteri yang kurang berminat kepada dunia perbukuan memberi sokongan dan galakkan dengan setia menemani suaminya.  Terima kasih sayang   Setelah lebih kurang 20 minit berada di dalamnya, akhirnya tangan menjinjing beberapa buku yang memang sudah lama diidamkan untuk dibaca kisah dan isinya. Antara buku dalam genggaman adalah ;
1. Ekuinoks (Azizi Ali)
2. Sangeetha (Azizi Hj. Abdullah)
3. Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani)
4. Aku Terima Nikahnya (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
5. Sang Pemimpi (Andrea Hirata)
6. 300 Hadis Bimbingan (Ustaz Zahazan Mohammad dan Ahmad Hasan Mohd. Nazam)
7. 3T Taubat, Tasbih dan Tahajud (Zaini Ali Bakar)
8. Merantau Ke Deli (Hamka)
Pada dua hari sebelumnya, terlebih dahulu saya dan isteri ke Pustaka Mukmin yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan Tafsir Al-Quran bagi dijadikan hantaran perkahwinan. Maka, sekali lagi pada masa itu jiwa tidak tenteram sekaligus menyelit buku-buku lain yang tidak dirancang pembeliannya iaitu Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani), Rindu Andalusia (Radwa Ashour), Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Muhd Kamil Ibrahim), Tip Menjadi Penulis Bestseller (Zamri Mohamad) dan Dua Wajah (Syed Husin Ali). Kesemua buku inilah yang memenuhi ruang bagasi ketika menaiki pesawat balik ke Sarawak. Walaupun berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi, namun satu buku idaman iaitu Laskar Pelangi karya Andrea Hirata begitu sukar sekali untuk diperolehi. Semua kedai kehabisan stok. Nampak gayanya kena membeli secara online dengan bayaran lebih atas caj penghantaran.
Kini, Aku Terima Nikahnya dan Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman menjadi kudapan halwa minda dalam masa terluang terutamanya malam hari setelah kepenatan menggalas tugas di sekolah.
Oleh Faisal Tehrani
SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya,” kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said.
Semua orang rasanya maklum saya seorang pengarang sastera yang selepas pilihanraya umum lalu berasa tidak senang dengan semua parti politik yang ada . Justeru, secara peribadi saya merasakan; untuk menghubungkan tindakan pejuang bahasa yang membantah PPSMI dengan politik pembangkang seperti yang diusahakan oleh media elektronik dalam Buletin Utama dan Buletin 1:30 (Ahad lalu) memang dangkal.
Manipulasi sedemikian hanya akan menyebabkan pejuang bahasa dan intelektual Melayu semakin menjauhi pemerintah. Sesungguhnya kita tidak boleh menafikan yang isu bahasa adalah isu politik. Isu pendidikan adalah isu politik. Di Korea Selatan, Perancis, dan Jerman isu pendidikan adalah isu yang diketengahkan dalam pilihanraya dan selalu membawa pelajar dan pengajar ke jalan raya.
Lama dahulu sebelum saya menjelajah dunia sastera ini, ketika berguru dengan Pak Samad Said di celah-celah tiang Masjid Negara, sebelum mencicip kopi bersama Az di McGoo Deli, sambil menunggu Kak Shidah pulang dari kerja, Pak Samad memberitahu saya: “Untuk menguasai seni menulis itu mudah saja, bapak akan belikan buku-buku yang baik dan Faisal baca. Tetapi yang paling payah ialah menguasai seni bersikap.” Hari ini kita tahu mengapa Pak Samad menjadi ikon sehingga foto beliau dicetak pada t-shirt anak-anak muda yang turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.
Seorang seniman hanya dapat dihormati dan dipercayai kerja-kerjanya apabila dia bersikap. Selagi tidak bersikap, kerja atau karyanya (waima menang hadiah) hanyalah satu karangan indah yang tiada makna. Hayati sikap Datuk A Samad Said ini:
1. Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.
2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.
3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua. Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal.
Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.
4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.
5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.
6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan. Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan. Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.
7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat. Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini. (Begitulah intipati wawancara Harakah dengan A Samad Said.) Nah, apa hubung kait dengan lelaki berkeris di atas (penulis letakkan gambar Hishamuddin Hussein dalam blognya)? Mengapa Menteri Pelajaran menafikan desas-desus yang peluangnya untuk memenangi Naib Presiden Umno terjejas ekoran bantahan rakyat terhadap PPSMI? Mungkinkah kerana sebetulnya, peluang beliau semakin menipis. Kata-kata Pak Samad: ‘Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita’ akan menghantui beliau. Untuk mereka yang tidak hadir sama ke acara tunjuk kasih 7 Mac lalu dengan alasan ia menjadi medan politik, sila baca alasan Pak Samad mengapa beliau ikut sama berarak di jalanraya sehingga sanggup disembur gas pemedih mata.
Ingatlah kata Pak Samad, yang beri rezeki buat kita ialah Tuhan, bukan bahasa. Ini basis keimanan, serlahkan ia terhadap anak-anak. Mencontohi Pak Samad yang berani menyatakan sikap terhadap teman-temannya dalam GAPENA, saya juga ingin menyatakan sikap terhadap teman-teman pengarang: Menulis sastera Melayu tanpa menyertai perjuangan mempertahankan bahasa Melayu ,di saat ia memerlukan, adalah bacul. Kerana saat bahasa Melayu ini terkubur kelak, novel yang ditulis pun akan turut terpadam. Membiarkan bahasa Melayu dipertahankan oleh anak-anak muda dari parti politik, sedang kita menyulam pelbagai alasan untuk tidak turun padang, adalah dayus. Ini masanya, bak kata Allahyarham Usman Awang; nama kalian telah diseru, sahutlah sebelum jadi bisu.
Nota Tambahan (saranan Sofwah, terima kasih!): Bagi sesiapa yang ingin menjawab blog-blog penyokong PPSMI yang semakin bercambah, saya berharap ia dilakukan dengan tenang dan rasional. Saya lihat mereka suka membuat kesimpulan:
1. Ia bermotif politik.
2. Pejuang bahasa pun cakap Bahasa Inggeris, jadi, kenapa nak tentang PPSMI?
3. Pejuang BM anti Bahasa Inggeris.
4. Anak, anak sedara, adik sedara, anak sepupu sepapat, anak dua tiga empat pupu, suka PPSMI, jadi, anak orang lain, anak sedara orang lain, adik sedara orang lain pun akan suka PPSMI.
5. Pakcik makcik sepupu sepapat dua tiga empat pupu papat mengajar Sains dan Matematik dalam BI suka PPSMI, jadi, kenapa pejuang Bahasa tak suka PPSMI?
6. PPSMI akan membantu pengajaran BI.
7. PPSMI tidak akan menganggu-gugat BM; dan banyak lagi persepsi cetek. Ternyata mereka tidak membaca sebarang kajian.
Kita ingin mengingatkan pejuang bahasa bukan bodoh wahai Datuk Seri Hishamuddin, kita bertindak selama enam tahun dengan penuh kesabaran sambil melakukan kajian mendalam. Dan pihak beliau telah menutup jalan rundingan, sehingga Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said yang diketahui bersikap berkecuali dari segi politik telah memilih pentas politik. S
aya ingin menyarankan sesiapa yang bertemu dengan blog-blog penyokong PPSMI untuk memautkan kajian/pandangan alternatif seperti contoh di bawah ini:
1. Kajian Akademik
2. Profesor Shaharir Md. Zain
3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik
4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI
5. Kosmologi Bahasa
6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI; dan meminta mereka berfikir lebih dalam lagi.
Untuk penguasa, saya ingin mengingatkan yang belum ada politikus menang dalam melawan seniman. Di hujung, meski panjang jalannya – seniman selalu akan menang. -
tehranifaisal.blogspot.com
Peringatan:
Untuk memahami artikel ini, pembaca perlu sekurang-kurangnya pernah menonton The Mummy 1 ataupun The Mummy 2. Kalau lompat terus ke The Mummy 3, mungkin tidak faham beberapa butir.
Penulis banyak kali berkunjung ke laman AnwarIbrahimDotCom. Di antara tulisan yang banyak penulis dapati adalah daripada Faisal Tehrani. Umumnya mengetahui, bahawa Faisal Tehrani seorang penulis yang profound (ikut bahasa Brother), dan banyak karyanya yang menarik. Namun, umum juga tahu bahawa Faisal bukanlah penyokong pemerintah sejak dari zaman kampus lagi. Banyak tulisannya berkias dan menyindir partai pemerintah.
Faisal Tehrani adalah mahasiswa zaman di mana PMI tengah hebat bergaduh dengan ABIM yakni proksi Anwar di kampus di pertengahan 90-an. Jadi jikalau hendak dikiaskan orang-orang jamaah ketika itu dengan cerita The Mummy 1 dan 2, laksana mereka adalah Medjai yang menjaga Necropolis yang menempatkan jenazah Imhotep, paderi Mesir purbakala yang kuat sihirnya.
Ahli Jamaah dahulu kala telah berperang lama dengan Mami Anwar. Mami Anwar telah mengkhianati Jamaah dengan menyertai UMNO pada tahun 1982. Jamaah telah berpecah. Dahulunya hanya ada satu tetapi kerana Anwar, gerakan Islam terpisah kepada pro Anwar yang kekal sebagai ABIM dan yang kekal wala’nya kepada PAS yang membentuk PMI/JIK sehinggalah ke hari ini.
Medjai-medjai ini menyimpan banyak rahsia Mami Anwar. Jikalau hendak memerangi Mami Anwar, maka medjai-medjai inilah yang dididik oleh Jamaah untuk berlawan dengan Mami Anwar.Mami Anwar melalui tentera PKPIMnya tumpas pada tahun 1996 di mana ketua Medjainya adalah Anwar Ridwan. Masyarakat kampus pada masa itu sudah tidak percaya kepada Mami seorang ini.
Masyarakat Kampus termasuklah Faisal tentu masih teringat tentang Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997. Medjai-medjai pernah bertempur di hadapan Masjid Ar Rahman. Tetapi, kuasa Mami Anwar memang hebat. Dia penguasa media ketika itu. Mereka yang berdemonstrasi digambarkan media Mami Anwar sebagai orang yang melampau. Ramai medjai dan juga jamaah Masjid Ar Rahman yang terjun parit. Tetapi, Mami Anwar tak peduli.
Zaman sebelum itu pun ada demosntrasi. Faisal pun tahu. Kerinchi Link bukti sihir Mami Anwar. Mami Anwar hebat sebagai Paderi Negara, tetapi membiarkan sahaja Kerinchi Link hendak dibina merentasi Masjid Ar Rahman. Abu Zaki yang mengetuai medjai masa itu, hairan dengan Mami Anwar membiarkan universitinya sendiri diperkosa oleh konglomerat-konglomerat kawan-kawan Mami Anwar. Mungkin jikalau ada Kerinchi Link budak-budak medjai susah hendak berdemo bila Mami Anwar sudah menjadi Firaun.
Faisal mengetahui kebejatan Mami Anwar @ Imhotep ini. Yang selalu menyerang Mami Anwar adalah kawan lama Mami sendiri,Mat Sabu. Selain itu, silibus tarbiyyah dan kisah PMI diserang dan ditekan oleh anak-anak buah Mami Anwar sering menjadi buah mulut. Jikalau hendak menjadi pegawai HEP, jadilah anak buah Mami Anwar, maka ramailah anak buah Mami Anwar di  Hal Ehwal Pelajar.
Tibalah zaman yang ditunggu. Faisal dan medjai-medjai sebenarnya menanti hari. Kuasa magis Mami Anwar menunggu masa sahaja untuk menjadi Firaun. Sebut sahaja nama Haji Zabidi, Suhaimi Osman, geng-geng Team B UMNO, Ghafar Baba, semuanya tewas kepada The Mami ini. The Mami akan jadi Firaun. The Mami akan jadi Firaun yang paling pantas di antara semua Firaun yang ada dalam sejarah.
Tetapi, Mahafiraun bukannya bodoh. Mahafiraun memang sayangkan Mami Anwar tetapi kepentingan negara lebih mendahului. Medjai dulu thiqahkan Mat Sabu. Dulu Mat Sabu kata Mami ada skandal dengan Shamsidar, Medjai angguk-angguk. Toh, Mat Sabu bilang Mami Anwar membutuhkan pria, sekelian medjai pun angguk-angguk.Tidak tahu kalau Faisal pun angguk.
Lantas, Mami Anwar dijatuhkan hukum paling keji dalam sejarah paderi-paderi. Hukuman paling hina yang tak pernah ada dalam sejarah. Tuduhan Mami suka menjadikan pria sebagai idaman sukma wa qalbu seperti yang dibilang Mat Sabu tiba-tiba menjadi senjata besar Mahafiraun. Tetapi, medjai-medjai cepat-cepat lupa yang dahulu mereka pun mengangguk-angguk bahawa Mami Anwar memang kepinginkan pria.
Maka, terhukumlah Mami Anwar dengan hukuman hina itu.Dan lenyaplah Mami Anwar buat seketika, cuma kadang-kadang hembusan sihirnya sahaja terbau-bau. Faisal dan medjai-medjai lain terasa lega. Nasib baik Mami Anwar tidak menjadi Firaun. Akhirnya, partai Medjai dapat banyak kursi dalam sejarah mereka. Walaupun kononnya sokong Mami Anwar, wala’ dan bara’ medjai tetap kepada trimurti berhala tiga serangkai mereka, Fadzil, Nik Aziz dan Hadi yang menghiasi dinding-dinding kolej dan almari-almari baju medjai-medjai sekelian.Trimurti inilah pelindung mereka dari sihir Mami Anwar.
Namun, kali ini Mami Anwar diseru semula. Hairan, zaman sekarang medjainya tidak seperti dahulu. Dahulunya, Trimurti Nik Aziz, Hadi dan Fadzil yang menjadi pujaan hati, tetapi kini berhala Mami Anwar yang dipuja-puja. Gambar Mami Anwar ditempel lebih dari gambar Hadi atau Nik Aziz dalam website mereka. Ada gambar Mami Anwar angkat tanganke atas,ke bawah dan bermacam-macam posing lagi.Malahan, Mami Anwar dianggap berhala utama lebih dari Nik Aziz, Hadi ataupun Nasha Isa. Ironinya, orang ABIM pun sudah lama mencampakkan imej Mami Anwar keluar dari kepala mereka kerana takut digelar pengkhianat negara.
Jikalau perbuatan medjai-medjai muda sekarang dibuat di zaman Muhyiddin Aziz, Abu Zaki malahan di zaman Nasir Zakaria, nescaya akan dipandang mereka seperti Din Beramboi dalam Kuliah Ilmu dua kali sebulan itu. Kena masuk balik Tamrin Panjang agaknya orang-orang itu.
Oleh itu, medjai-medjai tua seperti Faisal mungkin beristighfar panjang. Melihat generasi medjai sekarang yang galak menyeru dan memuja Mami Anwar bukannya pimpinan jamaah sekarang. Mungkin mereka bukanlah lagi medjai pelindung mahasiswa dan Islam tetapi sudah bersama dan menggabungkan diri dengan tentera dajal(baca slang utara) Mami Anwar.
PRAXIS
OLEH FAISAL TEHRANI
ROBANI datang awal dari biasa.
Enta sedang menatap buku Sinkretisme Jawa-Islam oleh Suripan Sadi Hutomo. Dia, Robani duduk bersila di hadapan enta. Matanya bercahaya, dia sedikit berkerut kemudian dengan senyum lazim bertanya, “Ada banyak sejarah yang boleh abang nukilkan. Tetapi kenapa sejarah kemangkatan Sultan Alauddin yang abang bangkitkan?”
Auditorium Jabatan Pengajian Media tempat berkampung untuk latihan teater Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun masih lengang. Emad yang berjanji untuk tiba awal juga masih terperangkap dalam kemacetan lalu lintas di Jalan Ipoh. Robani yang akan melakonkan watak Sultan Alauddin wajar memahami teks drama sefaham-fahamnya. Enta harus berjujur menghuraikan supaya dia dapat memahami watak yang diperankan. Enta tidak dapat lagi memperlekehkan Robani, kerana ternyata dia cerdas juga. Setiap hari dia menggali makna baharu.
Enta menggetap bibir, menggenyeh hidung, dan kemudian membalas senyuman penuh makna. Enta menimbang-nimbang jawapan yang munasabah. Dalam benak enta ada hujah-hujah Umar Junus dalam buku karangannya; Fiksyen dan Sejarah Suatu Dialog, bahawa sejarah yang sering diungkap di dalam fiksyen ialah sejarah berhubung dengan perebutan kekuasaan, siapa memerintah pada satu-satu masa, dan bagaimana pula corak pemerintahannya. Ini bererti, pengarang yang menggunakan bahan sejarah dalam drama politik cenderung menfiksikan sejarah politik bangsa, dan negara mereka. Enta juga tahu Umar Junus menggariskan tiga strategi dalam menfiksyenkan sejarah, jadi enta bersuara, menjawab dengan yakin, “Ada tiga strategi dalam menulis sejarah. Pertama, menukar nama tokoh dan peristiwa sejarah dengan nama dan peristiwa lain. Ini bermakna, individu sebenar, dan penting dalam mencorak sejarah ditukar. Nama dan peristiwa yang berlaku diubah, ini bertujuan supaya tidak terlalu kelihatan merujuk kepada tokoh dan kejadian yang dimaksudkan. Ini terpancar pada lapis pertama teks.”
Robani mengangguk. Tanda memahami. Enta menyambung lagi, “Strategi kedua ialah menceritakan sesuatu secara fiktif. Dalam hal ini, pengarang menggambarkan peristiwa sejarah secara fiktif tetapi tidak lari daripada apa yang dimaklumi dalam sejarah. Keperibadian Sultan Alauddin misalnya diketahui umum. Kerakusan golongan Melayu-Tamil juga diketahui umum. Tokoh dan peristiwa tidak diubah, cuma diceritakan semula berdasar imaginasi novelis. Pengarang mungkin menggambarkan perasaan tokoh sejarah itu misalnya. Ini saya perlihatkan pada babak akhir drama ini nanti.”
Enta menelan liur, memandang Robani semacam ingin merasa detak hatinya; samada ia mengerti atau melencong.
Robani tersenyum lagi.
“Strategi ketiga, memasukkan tokoh fiktif ke dalam sejarah. Menerusi strategi ini, watak yang diwujudkan oleh pengarang berinteraksi dengan watak yang benar-benar wujud dalam sejarah lalu digambarkan mempunyai hubungan demi menggambarkan sejarah yang sebenar.”
Robani mencapai sebatang rokok Marlboro. Enta bingkas, gesit merampas rokok yang hampir terkepit di celah ulas bibir. “Eh Amerika, jangan merokok dengan saya.”
Robani tergamam, dan tersengih. Matanya bulat tanda bosan, tetapi benaknya mungkin ligat mencerna kata-kata enta sebentar tadi. Enta menyandar pada kerusi. Robani mengerlipkan mata. Enta ingin memahamkan protagonis drama ini bahawa bahan sejarah tidak dimuatkan begitu sahaja dalam sesebuah drama tanpa dipersoalkan kembali. Enta teringat Shahnon Ahmad dalam membincangkan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi di Dewan Sastera Oktober 1997 pernah menyebut yang fiksi sejarah “bukan hanya merakam fakta-fakta sejarah yang diperoleh dari kajian tanpa mempersoal dan menilaikan kembali sejarah itu saja. Ia lebih rumit dan lebih canggih dari itu lagi.”
Sejarah politik
Ini bermakna kehadiran unsur sejarah, di sini sejarah politik, perlu ditanyakan semula dengan menilai, menafsir dan jika perlu merombaknya kembali. Dramatis wajar menyarankan sesuatu dari peristiwa sejarah itu, iaitu bagaimana manusia atau watak terbentuk dari peristiwa yang ada; apakah pengajaran untuk manusia yang boleh didapati dari sejarah tersebut, dan bagaimana kemanusiaan tetap menjadi keutamaan ketika menulis sejarah dalam fiksyen.
Dalam hal ini enta tahu, enta menyuguhkan sejarah pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Syah kerana ingin menyedarkan khalayak bahawa kuasa politik liberal, seliberal Tun Senaja yang berkonspirasi bersama Dato Temenggung Sri Maharaja telah membawa kepada Sultan Mahmud naik takhta. Sultan Mahmud tidak dapat diperkirakan lagi adalah suara liberal-pragmatik yang membuka pasar Melaka seluas-luasnya sehingga memberi jalan kemasukan Ruy de Araujo yang kelak membawa kepada penjajahan Portugis. Tentu, enta mahu supaya penonton menangkap makna bahawa politikus dan tokoh yang berpura-pura alim serta ingin menegakkan masyarakat madani dapat sahaja menjadi seekor haiwan rakus yang buas seperti Tun Senaja. Itu terpancar tatkala Tun Senaja meracun baginda sultan yang terlihat ikhlas ingin menegakkan agama di Melaka dan empayarnya. Musuh gerakan Islam dapat berada sangat hampir, malah sebantal.
Fikiran enta melayang sejenak.
“Tapi kata abang tadi drama ini ada tiga lapis, ada subteks. Ia disembunyikan di sana sini? Apa yang perlu kami fahami sebagai pelakon, sebagai pelaku, sebagai pembawa mesej drama…” Robani semacam mencabar enta. Selaku pengarang teks memang enta mesti menjelaskan kepadanya. Memang dia perlu tahu.
Enta menghela nafas. Mendekati Robani. “Dalam drama kita namakan ia pendekatan praxis. Ia dikemukakan awalnya oleh filsuf Jerman, Ludwig Wittgenstein dalam Remarks on Colour. Menurut beliau yang dimaksudkan dengan pendekatan ini ialah practices which give words their meaning. Menerusi pendekatan praxis seseorang dramaturgis dapat melihat sekurang-kurangnya tiga kemungkinan makna yang terpapar pada naratif mahupun bentuk persembahan sesuatu pementasan. Tiga aspek tersebut ialah pertama, penggalian idea yang menghantar makna. Makna dihantar dengan perkataan. Pendekatan praxis membolehkan dramaturgis menilai apa yang tersembunyi di sebalik dialog dan naratif, malah makna di sebalik warna busana, topeng, lagu dan aksi pelakon.”
Enta menimbang kata. Enta sedar yang David Birch dalam The Language of Drama misalnya mengatakan, pendekatan praxis akan membolehkan pengkritik mendekati sesuatu persembahan bila apa yang tidak diucapkan langsung oleh karakter menjadi satu mesej yang lantang, not on something that has actually been said, but on something that remains unsaid.
Robani kelihatan mendengar dengan penuh minat. “Drama ini sangat kritikal bang. Kita mengkritik amalan politik mutakhir ini, kita sifatkan mereka macam kawanan anjing menghurung bangkai.”
Enta ketawa. Lucu mendengar analogi sebernas itu daripada Robani. “Betul. Praxis adalah satu kegiatan manusia untuk berdepan dengan penindasan secara institusi dan peminggiran (entfremdung), justeru ia harus menjadi sebuah medan radikal dan berkesan untuk menarik perhatian semula massa terhadap makna yang ingin disampaikan. Dalam hal ini, pementasan kita menjadi medan kritis. Kita orang biasa sudah tertindas dengan tingkah laku politikus durian yang menggelek kita sebagai timun.”
Robani mengangguk. Semacam puas.
Yang enta tidak maklumkan pendekatan praxis juga dapat digunakan untuk menilai bukan sahaja makna pada kata-kata, tetapi makna menerusi pakaian, simbol, warna busana dan props, ekspresi wajah, kualiti suara, nada nyanyian, rentak muzik dan tempat persembahan iaitu tempat yang bukan dikaitkan dengan seni eksklusif.
Pengurus pentas, Diwan, muncul entah dari mana. Nyata Diwan sudah hadir agak lama dan memasang telinga. Mungkin Diwan duduk di belakang auditorium dan menghadam perbincangan dalam senyap.
“Praxis dan politik?” Tanya Diwan, menuruni tangga dewan kuliah utama dan menghampiri.
Robani menyahut, “Heh kau menghendap ya?”
Enta memandang mata merah Diwan, semacam tidak cukup tidur. Kemudian enta juga menyambut, “Ya ini praxis dan politik.”
Enta memanggil semula inti kajian Aryeh Botwinick dalam Skepticism and Political Participation yang menyebutkan bahawa praxis dapat juga digunakan dalam politik. Ia digunakan oleh ahli politik licik untuk menelan ahli politik yang lecak.
Justeru, praxis dimanfaatkan untuk kebaikan, juga untuk keburukan.
Asal politik itu jalan yang lurus, dengan praxis ia menjadi jalan yang bersimpang siur dan bengkok di sana sini penuh liku. Kita sebagai pengekor boleh sahaja kesasar ke kafilah yang salah lalu masuk jalan yang tidak lagi lurus.
Enta mengiyakan Diwan, menyuarakan, “Sungguh, praxis adalah satu pendekatan seni. Dan jangan lupa, politik itu jugakan seni. Ia seni serba mungkin. Seni yang memungkinkan etika menjadi budu Kelantan. Seni yang memungkinkan noda menjadi sesuatu yang suci. Sebagai contoh seni yang memungkinkan orang melompat parti, lantas diberi alasan moral yang kuat untuk itu.”
Diwan meletakkan beberapa props yang bakal digunakan. Robani yang merasakan sudah dapat memanfaatkan perbincangan keluar dewan untuk merokok. Tinggal enta dan Diwan merenung-renung praxis dan politik. Enta melanjutkan, “Ahli teori tradisi praxis seperti James Farganis, menekankan how humans are versatile in different situations, and how humans can change forms of action quickly and unpredictably. Justeru, kata Farganis dalam Readings in Social Theory: The Classic Tradition to Post-Modernism, tidak syak lagi ada individu yang dapat menyembunyikan kepentingan diri dengan alasan kepentingan besar (seperti kononnya melakukan sesuatu untuk negara dan kelompok marhaen) kerana praxis mengajarkan calculating and orienting action dapat dijadikan agenda own self-interest who seem to be the least human. Apa yang menyebabkan rakyat bawahan begitu resah dan terganggu sangat relevan dengan bentuk pendekatan praxis dalam drama. Itulah yang dipinjam oleh iklim politik sekarang. Ada body gesture, ada permainan helah, ada sub-teks, dan kata-kata ucapan yang tidak boleh dipercayai. Ada pujuk, hasut dan nasihat yang menyalakan api sehingga rakyat hilang tumpuan dan terlupa ada musuh sedang meliwat dari belakang.”
Diwan diam. Agaknya dalam benak bergemaan ‘praxis juga digunakan oleh ahli politik licik untuk menelan ahli politik yang lecak.’
Enta membalas renungan Diwan, seorang pelajar pengajian antarabangsa, maka wajar enta menjaring minatnya dengan isu global juga. Enta bersuara, “Dalam konteks internasional lihat sahaja permainan Zionis Israel yang berpura-pura mereka menjadi mangsa, sambil menyalahkan Hamas ketika membantai orang awam Palestin pada Muharam lalu. Ini semua pementasan, dengan pendekatan praxis pemainnya termasuk Amerika selaku syaitan besar.”
Diwan tiba-tiba bersemangat, “Jumaat depan ada demo bang, bawa kasut dan selipar terpakai; dan kita lontarkan macam orang pergi melempar syaitan di jamarat.”
Diam semua. Hanya penghawa dingin menderu. Sesekali batuk Robani di luar menyelinap.
Enta mengeluh, lebih bersuara untuk diri sendiri, “Sejarah, kalau kita cuai dengan sejarah kita ditipu pendekatan musuh begini. Melihat semula sejarah Islam, kalaulah Gaza itu Karbala; andaikan Zionis dan Amerika itu tukang sembelih Saidina Husin, Mesir itulah ahli Kufah yang bersekongkol dengan musuh dalam membantai manusia tidak berdaya. Terlalu ramai bermuka-muka. Di sini pun ada talam seribu muka. Orang lupa kepada Annapolis Summit. Itu kerja setan besar untuk mengerat Palestina. Heh, ada dalam kalangan kita yang menyetujuinya. Jangan tak tahu, ada pemain politik praxis tempatan yang menyokong pelan two state solution untuk memecah perintah Palestin. Tapi bila ditanyai kawan dari parti Islam, dia menafikan. Kaki kencing! Depan lain belakang buat lain. Itu praxis. Dengan praxis dia memutar belit fakta konon dialah mangsa, dan menyamakan dirinya sebagai Hamas yang diasak Zionis.”
Diwan menambah, “Kena kencing kerana tak tahu jalan yang mana lurus bang.”
Enta angguk. Sebagai seniman melihat masyarakat ditipu tokoh politik praxis bermuka-muka, amat merunsingkan enta.
Bangun melawan
“Kalaulah Gaza itu Karbala, tentu orang Palestin itu bangun melawan. Tak melawan pun kelak mati dibom, lebih baik mati melawan. Apa yang orang Palestina tunggu?” Diwan menceceh.
Enta menatap mata Diwan. Matanya cantik. “Seperti kata saya kepada Robani sebelum ketibaan Wan, sejarah harus dipersoal kembali. Mungkin sejarah Islam kita kutip hari ini adalah versi propaganda. Kalau mereka fahami makna asyura tentu mereka bangkit dan tidak membiarkan Hamas dan Hezbullah saja.”
Imej anak-anak Gaza mati tersepit di celah runtuhan bangunan dibom Israel menyucuk retina mata.
“Jadi, bang ke mana hala kita?” Diwan mahu memecah kebuntuan.
Dari sejarah, dari praxis, kini wacana mereka merebak-biak. Dalam benak mengulang ayat al-Quran ‘ihdina shiratal mustaqim’, satu doa Ya Ilahi tunjukkan jalan yang lurus. Di mana jalan lurus? Apa jalan lurus itu? Supaya ditipu berkali-kali oleh pementasan manusia batil pencinta dunia. Duhai, tidakkah tahu makna jalan lurus tersebut terpendam jawapannya saat kita melafazkan selawat ‘Allahhuma sholli ala Muhammad wa ali Muhammad’ iaitu Allah berselawat ke atas Muhammad dan ahli keluarga Muhammad. Hayati makna selawat dalam solat. Mengapakah kita masih mengetuk pintu yang salah dalam mencari jalan lurus sedang jawapannya sudah ada iaitu jalan Muhammad dan ahli keluarganya. Ribuan tahun muslimin dipesongkan praxis gagal menemui makna.
Enta ingin menjelaskan begitu kepada Diwan, tetapi menelan fikiran tersebut sebaliknya bersuara, “Kerana itulah kita pentaskan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Mengajak orang merenung sejarah. Betapa ia dapat dicabuli fiksi. Atau sejarah itu sendiri menjadi fiksi. Politik tersembunyi sedang memperkosa kita orang biasa. Bukan sejarah Melayu di Melaka sahaja disembunyi, tetapi sejarah kita umat Islam juga.” Enta kelelahan.
Diwan menarik nafas berat. “Macam Da Vinci Code. Perlumbaan membongkar makna…”.
Emad tiba. Dr Abu Hassan Hasbullah, pengarah pementasan juga tiba. Latihan akan bermula. Robani kembali.
Praxis politik penuh helah sudah bermula lama. Renung sahaja sejarah Karbala persamaannya dengan peristiwa semasa di Palestin, dan iklim siasah tanah air. Tiba-tiba semua itu bergomol ribut. Politikus munafik sedang bermaharajalela, dan betapa ramai yang terhijab tidak nampak.
Jalan lurus. Dapatkah kita orang kecil sebagai penonton menangkap makna. Sehingga menjadi jelas jalan yang mana lurus, dan jalan yang mana adalah bersalut kemunafikan.
Memanfaat atau ditipu pendekatan praxis kita ini?
Blogged with the Flock Browser
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kesusasteraan negara pastinya amat mengenali insan yang bernama Faisal Tehrani. Beliau adalah seorang penulis yang begitu aktif dalam menghasilkan cerpen dan novel yang bermutu. Kewibawaan beliau telah diberikan penghormatan sehingga menerima anugerah tertinggi kerajaan Malaysia iaitu Anugerah Seni Negara pada tahun 2006. Tambahan lagi, cerpen beliau bertajuk ‘Kerana Manisnya Epal’ dijadikan sebagai subjek komponen sastera (KOMSAS) untuk Bahasa Malaysia Tingkatan Empat.
KARYA NAN INDAH adalah sebuah buku yang amat bagus untuk dijadikan sebagai panduan kepada seseorang individu yang berniat menceburi diri dalam bidang penulisan kreatif. Buku ini amat lengkap isinya dengan disertai dengan contoh-contoh yang amat mudah untuk dimengertikan.
Setiap perkara yang diperlukan untuk menulis iaitu dari A-Z diperincikan dengan berkesan. Antaranya ialah bagaimana ingin mendapatkan idea, menerapkan falsafah dan fikrah, mencipta watak, gaya bahasa yang harus dipatuhi dan pantang larang sepanjang penulisan.
Menariknya, di permulaan buku ini penulis menulis peringatan yang harus menjadi pegangan jika ingin menjadi penulis yang baik dan diterima umum. Pertama adalah menguatkan peribadi. Maksudnya adalah dengan berpegang kepada prinsip bahawa mengarang adalah ibadah yang harus dilaksanakan bagi memanusiakan kembali manusia. Kedua, memperkayakan ilmu. Seseorang penulis itu perlu menguasai sebarang ilmu yang bermanfaat mencakupi semua bidang sama ada politik, agama, ekonomi, falsafah dan pelbagai lagi. Penulis itu juga harus memperkukuhkan jati diri dengan berpegang kuat pada ajaran agama. Ketiga, menulis untuk memperkongsikan ilmu itu bersama orang lain sekaligus menyumbang karyanya untuk kegunaan masyarakat, negara dan agama. Terakhir ialah setiap karya yang ditulis mestilah berlandaskan tiga perkara iaitu politik, agama dan sejarah sebagai intinya.
Ternyata buku ini sangat bagus dan amat bernilai. Isinya lengkap. Penyampaiannya jelas dan mudah untuk difahami. Sehubungan itu, saudara Faisal Tehrani turut meletakkan sembilan buah cerpen yang pernah ditulis oleh beliau sejak bermulanya penglibatan beliau dalam bidang penulisan sehingga kini. Tujuannya adalah memudahkan pembaca membuat perbandingan dan dijadikan motivasi kepada penulis yang ingin dan baru memulakan langkah mereka dalam bidang penulisan cerpen mahupun novel.
Tajuk : Karya Nan Indah
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Ameen Serve Holding
Harga : RM 29.00
Malam semalam saya baru sahaja usai membaca buku karya Faisal Tehrani. Sememangnya ia karya yang sudah lama di pasaran iaitu semenjak tahun 2003. Tetapi, sebuah buku tidak pernah lekang ditelan masa. Sebaliknya, isi bukunya yang paling bernilai sekali.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudara Faisal Tehrani atas penghasilan buku ini. Sudah semestinya untuk menghasilkan buku ini, ia memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam sekali terutamanya mengenai sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan pemerintahan Portugis. Dalam novel ‘1515′ ini, pembaca diperkenalkan dengan watak Dr. Adi Fimiyun Abdul Hadi, seorang sejarawan yang ingin menukar perjalanan sejarah Melaka yang tewas di tangan Portugis pada tahun 1511. Sesungguhnya, beliau ingin mengubah sejarah tersebut dengan kemenangan kepada kerajaan Melaka. Ia diceritakan bagaimana tentera Portugis di bawah arahan wizurai Alburqueque tewas di tangan seorang srikandi yang memiliki ilmu persilatan dan kuasa sakti bersama panglima Melaka. Srikandi tersebut bernama Tun Nyemah Mulya. Seterusnya, kemenangan ke atas Portugis ini membina semangat di kalangan mereka untuk menjajah bumi Portugis diketuai Tun Nyemah Mulya dengan diiringi 100 bahtera perang berisi 60,000 bala tentera bersama kerajaan yang berada di Nusantara seperti Aceh, Jawa, Palembang dan Siak dan 20 kapal Turki lantas menakluki kerajaan Portugal.
“Lisbon pada tahun 1515 jatuh ke tangan Melaka. Orang Melayu memerintah di sana dengan bantuan Sepanyol sehingga tahun 1580 apabila kuasa Melayu mula merosot di Eropah”.
Dalam karya ini, Faisal Tehrani telah mencipta terdapat dua watak Nyemah Mulya. Seorang ketika wujud di zaman kesultanan melayu melaka dan seorang lagi wujud di dunia semasa. Pada mulanya, pembaca berasa keliru kerana memikirkan adakah dua watak ini saling berkait rapat. Namun, setelah membaca secara lebih lanjut, pembaca akan memahaminya bahawa antara mereka hanya sama atas nama sahaja. Tiada hubungan khusus. Di samping itu, penulis turut menyelitkan perasaan cinta dan kasih sayang tiga segi antara Fimiyun, Frida dan Maude. Akhirnya, Fimiyun menerima Maude sebagai suri rumahnya.
Saya tidak menafikan buku ini amat bermutu untuk dibaca. Dengan prosanya yang indah dan asli disertai peribahasa yang menarik serta maksudnya menjadikan buku ‘1515′ wajib menjadi koleksi pembaca. Ia mengandungi sejarah. Sejarah yang kita sebagai rakyat Malaysia perlu ambil tahu.
Saya berasa puas apabila selesai membaca buku ini. Setelah itu terpikir, kenapa tiada pihak produksi filem tidak berminat membikin filem sejarah. Kalau kisah Tun Nyemah Mulya ini difilemkan sudah pasti ia mendapat sambutan. Dengan teknologi sedia ada, cerita ini boleh sahaja menandingi filem Troy, Alexander dan seumpamanya.
Tidak mustahil novel ini dipertimbangkan sebagai karya kategori A atau umum sehingga ia dinobatkan sebagai pemenang kategori novel remaja untuk Hadiah Sastera tahun 2002 oleh Kumpulan Utusan.
GAMBAR : Peninggalan Portugis ( atas- A Famosa, bawah-St. Paul Church )
Beberapa hari ini, terasa kekeringan idea untuk menukilkan bicara di dalam blog ini. Banyak masa dihabiskan berkunjung ke halaman blog rakan-rakan blogger yang lain. Sememangnya, begitu banyak perkara yang berlaku ingin disentuh. Tetapi kegelapan fikiran membuatkan diri saya sukar untuk memulakan bicara di sini.
Sekarang, hanya tinggal lebih kurang dua minggu lagi bermula saat kehidupan saya daripada seorang penanam anggur kepada seorang pendidik. Tepat 10 November 2008, diri ini akan dipostingkan. Sayugianya, kini masa saya banyak dihabiskan hanya dengan menonton, surfing, memasak dan menjamu fikiran dengan santapan buku setiap hari.
Baru-baru ini, saya singgah di kedai buku dalam Wisma Sanyan, Sibu. Pada suatu ketika, memang selalu diri saya mengunjungi kedai ini, tetapi banyak buku yang kurang menarik perhatian berada di rak bukunya. Setiap kali ke Sibu, kedai buku yang baru dibuka iaitu Popular Bookstores yang terletak di mall berlainan selalu menjadi kewajipan untuk singgah setiap kali bertandang ke bandar Sibu. Setelah meninjau dan membelek-belek beberapa buah buku, akhirnya saya mendapatkan dua buah buku sastera. Sememangnya kali terakhir saya membaca bahan-bahan sastera adalah ketika KOMSAS di Tingkatan 5 dahulu. Ini bermakna sudah 7 tahun diri saya tidak mengambil berat dunia sastera negara kita. Ini adalah semuanya gara-gara dasar pendidikan kita yang masih terlalu berorientasikan peperiksaan. Belajar hanya untuk lulus cemerlang. Mengejar bilangan “A” dalam setiap kertas peperiksaan. Sampai bilakah sistem ini berlarutan?
Iya, kembali kepada perkara pokok tadi. Dua buah buku. Bukunya adalah ‘1515′ karya Faisal Tehrani. Buku ini merupakan buku yang sudah berada di pasaran iaitu dicetak pada tahun 2003. Sebuah lagi ialah buku ‘Si Bongkok Tanjung Puteri’ karya Abdul Latip Talib. Kedua-dua penulis adalah penulis yang tersohor dalam dunia kusasteraan negara. Cuma diri saya amat daif kerana lambat mengenali, menyedari kepentingan dan keistimewaan bidang ini. Kini, saya sedang membaca buku 1515. InsyaAllah, dalam masa beberapa hari cuba menghabiskan pembacaannya. Kembali mengenali dan menjiwai masyarakat sastera setelah sekian lama tidak mengambil tahu.
Semoga golongan ini terus berkarya dan memperhebatkan dunia sastera negara. Harapan ia terus menarik minat golongan yang alpa seperti saya agar bersama-sama memperhebatkan bidang ini ke satu paras yang membanggakan.