bersederhanalah kamu dalam meyayangi seseorang itu. kerana mungkin kamu akan membencinya satu hari nanti……….
saja ana mulakan dengan mukaddimah tu.. ayat yang best pada ana.. ana sendiri pernah ada pengalaman menyayangi dan disayangi insan.. tapi sekarang dah takde dah.. apabila terbaca surah an-nur
“perempuan2 yang baik itu untuk laki2 yang baik”
hmmmm..termenung panjang ana biler baca tu.. layakkah ana untuk mendamba kasih insan yang bergelar solehah..layakkah? lama gak ana pikir.. sahabat ana pernah bagi tau ana, janganlah kamu menjadi soleh semata2 mahu mencari solehah….tepat sekali kata2 tu..
jadilah soleh untuk mencari keredhaan ALLAH.. usah dirisaukan perkara yang telah ditetapkan ilahi. kata2 dari salah seorang sahabat ana..jika memang kita ditakdirkan untuk kita, takkan kemana.. bak kata orang takkan lari gunung dikejar.h
jadi bagi mereka yang berkasihan fikir2 kan lah… gunakan akal yang dikurniakan tuhan.. moga kita semua beroleh keberkatan..
assalamualaikum..
al-khawarizmi [19 ramadhan-5:54 p.m.]
Imam al-Ghazali RahimahuLLah berpendapat bahawa agama Islam itu ada dua bahagian iaitu pertamanya meninggalkan maksiat iaitu tidak melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT dan Rasul-Nya serta yang kedua melakukan ketaatan dengan mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita dengan indera yang lengkap supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh kesempurnaan. Setiap indera mempunyai fungsi yang tersendiri mengikut kejadiannya.Sebagaimana mata dijadikan untuk kita melihat segala kejadian di atas muka bumi ini serta menjadi dalil saksi terhadap kebesaran-Nya.Begitu juga dengan telinga, lidah,perut dan seluruh anggota yang lain mesti dijaga supaya tidak bercanggah dengan perintah dan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Imam al-Ghazali juga pernah berkata:”Ketahuilah,bahawa engkau menderhakai Allah SWT dengan anggota engkau sedangkan ia merupakan nikmat pemberian Allah SWT kepada engkau dan amanah-Nya di sisi engkau, maka engkau minta tolong (menggunakan)nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada Allah adalah sangat kufur.”
Allah SWT telah berfirman di dalam surah Yasin ayat 62 yang bermaksud: “Pada hari yang Kami tutupkan mulut mereka, sedang tangan mereka bercakap kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi di atas segala kemaksiatan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu (itulah hari Kiamat)”
Menghadapi setiap keadaan di dunia ini kita mestilah sentiasa berwaspada, usah mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi dalam urusan berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya serta penggunaan anggota ke arah sesuatu jalam yang bermanfaat dan kebaikan.
Sebuah hadith RasuluLLah SAW ada mengingatkan dengan antara lain bermaksud: “Bersyukurlah dengan yang sedikit,Insya Allah kamu akan digandakan dengan yang lebih banyak.”
Sesuai dengan firman Allah SWT yang menegaskan dengan maksud:”Bersyukurlah kepada-Ku (dengan setiap apa yang telah dikurniakan) dan jangan sekali-kali kamu mengkufuri-Ku.Semoga kamu termasuk ke dalam golongan mereka yang beroleh kemenangan (di dunia dan di akhirat).”
Renung dan fikir-fikirkanlah: Adakah kita termasuk ke dalam golongan orang-orang bersyukur atau sentiasa dengan kekufuran ?
Maksud ayat al-Quran Surah al-Kahfi ayat 107-108, Allah telah berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal yang kekal buat selama-lamanya.Sesungguhnya mereka tidak ingin (sama sekali) berpindah dariNya.”
Saat sangkakala hampir ditiupkan oleh Malaikat yang setia menjaga masa sebagai tanda Kiamat kian tiba, atau setidak-tidaknya dalam detik debar yang kita sendiri masing-masingnya tidak pernah tahu bila kematian menjemput kita untuk kembali pada-Nya, pernah kah kita bertanya; apakah aku layak untuk menghuni al-Firdaus sebagaimana yang diimpikan oleh para Syuhada’,Ulama atau Khulafa’ur-Rasyidin ? Sedangkan kelayakannya untuk menjadi penghuni adalah kalangan para kekasih Allah SWT dan mereka yang sentiasa mendekatkan diri penuh ketaatan terhadap setiap perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Ya Allah,Andai pintu taubat-Mu masih terbuka,maka Kau ampunkanlah segala dosa-dosa kami sama ada yang berlaku secara sengaja atau tidak,sama ada terjadi dalam sedar atau mungkin kami alpa dengan hasutan Syaitan yang durjana…Sekalipun kami tidak layak untuk Syurga-Mu,namun sesungguhnya kami juga terlalu takut untuk ke Neraka-Mu.Maka kami mohon dengan penuh rasa rendah diri atas Kebesaran-Mu,Engkau ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun segala dosa-dosa besar. Amin !
Marilah kita sama-sama merenung ke dalam diri dan Fikir-fikirkan ! Sentiasalah beristighfar kepada-Nya.
“JAGALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGAMU DARIPADA API NERAKA” (maksud dari Al-Quran)
Terjemahan dari ayat di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya setiap dari kita menjaga anak-anak iaitu zuriat yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita sebagai ibu atau bapa.
Suatu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab menjadi satu pengajaran besar untuk sama-sama kita renungi iaitu mengenai sepasang suami isteri yang datang mengadu dengan menyatakan kepada Saidina Umar RA bahawa anak mereka telah menderhaka kepada keduanya lalu Saidina Umar RA memanggil si anak dan bertanya; “Adakah kedua ibu bapanya telah memberikan nama yang baik kepadamu ? Ternyata jawapannya tidak,dan “Adakah mereka telah mendidikmu dengan didikan yang baik ?” Juga jawapannya tidak.
Maka kata Saidina Umar RA:”Bukan anak kamu yang derhaka kepada kamu tetapi kamulah yang derhaka kepada anakmu”.
Kepentingan menjaga zuriat adalah besar lantaran ianya bukan sahaja menjadi aset di dunia tetapi juga sebagai penyambung amalan kita selepas kematian kerana doa anak yang soleh boleh menjamin kesejahteraan kedua ibubapa di akhirat kelak.
Bagaimanapun pembentukan setiap dari zuriat bukan sahaja tertakluk kepada sistem pemakanan atau minuman tetapi juga bergantung kepada belaian dan jagaan semasa kecil,kasih sayang dan pendidikan yang sempurna bila sampai waktunya,perhatian dan jagaan kesihatan, tarbiah dan pengaruh persekitaran dan sebagainya juga memainkan peranan terhadap keseimbangan yang menyeluruh.Ibu bapa juga tidak seharusnya hanya sekadar menumpukan perhatian kepada anak-anak dengan melimpahkan mereka dengan nilai meterial atau bersifat kebendaan semata-mata tanpa menyerapkan nurani dengan asas keugamaan serta pendidikan yang sempurna.
Tanpa pendekatan nilai keagamaan yang murni pasti akan berlakunya kepincangan dan kerosakan terutamanya akhlak dan syakhsiah atau mungkin juga mendorong ke arah keruntuhan moral dan akidah. Terlalu banyak contoh yang dapat kita renungi pada masa kini bila ramai di antara anak-anak peringkat remaja terlibat dengan gejala perlumbaan haram atau merempi,pergaulan bebas hingga ramai yang terlanjur, gejala seks bebas dan pengguguran anak secara haram, ganja, dadah dan syabu. Amat malang sekali !
Kesimpulannya untuk sama-sama kita jadikan renungan;
“Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah (Suci dan bersih) maka terpulanglah kepada kedua ibu bapa sama ada mahu menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi…” -(maksud hadith)
Fikir-fikirkanlah!
Kini ceti haram atau golongan along digelar “Jutawan Laknat” berikutan aset yang mereka miliki mencecah ratusan juta ringgit sebagai modal pinjaman kepada orang ramai. Jumlah simpanan organisasi along ini dipercayai ada kaitan dengan aktiviti kongsi gelap dan sindiket terancang yang bergiat aktif dengan mengaut keuntungan hasil jenayah yang dilakukan. Perangkaan ini dibuat berdasarkan statistik yang terkumpul oleh Biro Pengaduan Awam MCA,demikian dijelaskan oleh Datuk Micheal Chong hasil rekod sejak Januari hingga Jun 2008 seramai 2,047 along telah dikenal pasti.Jumlah pinjaman yang dikeluarkan adalah dianggarkan berjumlah RM27,647,090 dalam tempoh enam bulan agak mengejutkan.
Rekod yang difailkan mencatat 216 kes terdiri dari kaum Cina,38 kes kaum Melayu dan 27 kes terdiri dari kaum India. Manakala 65 peminjam adalah dari kalangan wanita dan 216 peminjam lain adalah lelaki. Berikutan peningkatan tersebut adalah disebabkan kesukaran peniaga kecil untuk mendapatkan pinjaman dari peruntukan bank-bank yang sah.
Kemampuan along ini pernah dicatatkan pada tahun 2007 sebagai rekod pemberi pinjaman berjumlah RM 46,680,397 kepada orang ramai.Walau bagaimana pun, perangkaan tersebut adalah mengikut laporan yang diterima sahaja dan tidak termasuk yang terlibat secara kecil-kecilan serta pusingan modal berbayar dalam tempoh yang singkat. Gerakan ini tidak sepatutnya dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya oleh kerajaan kerana mereka mampu memperolehi hasil yang cukup lumayan dengan mengutip kadar faedah yang tidak masuk akal serta keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding institusi kewangan yang sah di sisi undang-undang.
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dengan kewujudan institusi-institusi peminjam wang seperti  along ini yang begitu jelas menymbang kepada kadar ‘bebanan’ lain yang terpaksa ditanggung oleh peminjam semata-mata kerana tidak mampu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh sistem perbankan negara dan mangsanya adalah golongan peniaga kecil dan golongan yang tidak berkemampuan ? Apakah pihak kerajaan tidak mempunyai sebarang kaedah yang boleh dilonggarkan oleh bank-bank tempatan demi mengelak dari masyarakat secara terus berurusan dengan along ?
Fikir-fikirkanlah!
Terjemahan surah Al-Kahfi ayat 103-104 yang bermaksud:
“Katakanlah Wahai Muhammad,Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka,Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini,sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.”
Apa yang dapat difahamkan dari maksud keseluruhan ayat tersebut adalah merujuk kepada pengaruh yang di’awasi’ oleh helah Syaitan dengan setiap apa sahaja yang dilakukan oleh manusia walaupun pada dasarnya merupakan kebajikan tetapi hasilnya tetap juga dikira sebagai kemaksiatan atau tidak memperolehi apa-apa kebaikan dari Allah SWT.
Contohnya dalam konteks menuntut ilmu atau mendalaminya.Di dalam Islam hakikatnya menuntut ilmu itu adalah sebahagian daripada tuntutan dan boleh dikira wajib tetapi bukan semua ilmu itu beroleh ganjaran pahala sekiranya tiada manfaat yang diperolehi darinya.
Hadith riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam Musnad Al-Firdaus dengan sanad yang dhaif dalam al-Ihya 1/95 yang bermaksud: “Siapa yang bertambah ilmu sedangkan hidayahnya (amalannya)tidak bertambah,makaia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah.”
Kenyataan ini disokong oleh Hadith Riwayat At-Tabrani fis-Soghir daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:”Orang yang paling dahsyat siksaannya pada hari Kiamat nanti ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah SWT dengan ilmunya.”
Maka Hadith riwayat Ahmad daripada Anas RA diterjemahkan sebagai doa yang bermaksud:” Ya Allah,aku berlindung dengan engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak klhusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima)dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan).”
Menyingkap sejarah sewaktu Nabi diisra’ kan,Baginda diperlihatkan dengan pelbagai gambaran kejadian di muka bumi apa yang berlaku sebelumnya dan akan datang,sebagaimana diriwayatkan dari keterangan Hadith Ibnu Hibban daripada Anas RA yang bermaksud:”Aku melalui pada malam aku di israkkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api.Maka aku bertanya:Siapakah kamu ini ? Mereka menjawab: Kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya.”
Maka berhati-hatilah dengan perangkap syaitan yang sentiasa mencari-cari dengan tipu helahnya untuk memperdayakan engkau melalui pemesongan niat dari hati-hati mu.Sesungguhnya syaitan itu musuh manusia yang nyata.
Laporan Harian Metro-Jumaat 18 Julai 2008 (www.hariametro.com.) mendedahkan kegiatan suatu ajaran sesat yang dikenali sebagai Ajaran Abdul Rahim yang mengamalkan pelbagai kegiatan yang agak pelik dan mengelirukan di sebuah taman penempatan di pinggir ibu kota(sekitar antara Wangsa Maju dan Sentul) .Penduduk setempat mendakwa sering mendengar pelbagai bunyian aneh termasuk suara wanita meraung dan menangis tersedu-sedu yang begitu kerap memecah keheningan malam malah hampir setiap hari. Ajaran tersebut dipercayai mulai bertapak sejak beberapa tahun yang lalu selepas berpindah dari Kampung Sungai Mulia Gombak berikut dari serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) empat tahun lalu.
Pergerakan kumpulan ini agak licik menutupi setiap aktiviti dan ajaran mereka dengan pelbagai helah bagi mengelabui mata penduduk setempat supaya tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.Siasatan mendapati kumpulan tersebut mengamalkan kegiatan yang agak pelik termasuk menyuruh para pengikut meneguk air mandian ketua sebagai satu cara supaya mereka menuruti dan patuh segala perintah pemimpin tanpa banyak soal. Maklumat yang diperolehi dari kalangan penduduk juga memberitahu bahawa pemimpin ajaran tersebut mendakwa bahawa hanya ‘dia’ sahaja yang layak untuk mengutip zakat dan setiap kata-katanya begitu mudah dipatuhi oleh para pengikutnya.
Melalui intipan oleh beberapa orang wartawan yang dibuat dari jam 12 tengah malam mendapati sebuah rumah teres dua tingkat yang dimaksudkan dipenuhi oleh deretan kenderaan termasuk jenis kenderaan mewah dan ada di antaranya membawa kanak-kanak dianggarkan seawal usia enam tahun ,anak gadis serta kumpulan dewasa lelaki dan wanita. Kehadiran setiap tetamu disambut oleh “pengawal pagar” dan sebelum memasuki rumah itu ahli kumpulan terbabit menggeselkan pipi dengan pengawal tersebut. Kalangan kanak-kanak ditempatkan dibawah garaj dan diberikan barang permainan serta dipantau oleh enam atau tujuh orang dewasa bagi melayani mereka bermain selama tempoh ibu bapa masing-masing ‘bertemu guru’ mereka.
Menurut salah seorang bekas pengikut ajaran yang telah insaf dan menyedari ke’ganjilan’ disebalik gerakan ajaran tersebut (seorang peguam) menceritakan bahawa antara syarat yang perlu dipatuhi ialah pengikut dimestikan bercampur lelaki perempuan yang bukan muhrim untuk mandi hujan secara beramai-ramai pada waktu tengah malam sekali seumur hidup selain hanya jemputan khas sahaja yang boleh menyertai kumpulan terbabit.
Siasatan pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati Abdul Rahim yang menjadi pengasas ajaran tersebut telahpun meninggal dunia bagaimanapun gerakan ajaran itu diteruskan oleh para pengikutnya.
Bila merenung dan memikirkan setiap pra-syarat yang dikenakan serta aktiviti yang dijalankan oleh gerakan kumpulan tersebut,tertanya di dalam diri kita;bagaimanakah ianya boleh mempengaruhi kalangan profesional dan golongan berpendidikan untuk menyertai sedangkan ajaran Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan wahyu begitu sempurna dan adalah yang terbaik untuk diamalkan tidak diikut tetapi masih mencari yang lain tanpa diselidik kewajarannya? Adakah masyarakat kita semakin keliru dengan anutan sendiri atau kurangnya didikan agama secara asas menjadi punca kecelaruan dari segi fahaman hinggakan begitu mudah dipengaruhi tanpa perlu membezakan antara yang hak dan batil ?
Renung-renungkanlah…
Semakin hampir kita dengan Hari Kiamat, maka semakin keliru kita dengan hakikat sebenar wadah keagamaan yang wajib diikut dengan kemunculan sesuatu yang baru melalui pemikiran-pemikiran berasaskan lojik akal semata-mata tanpa berlandaskan sebarang rujukan terhadap kebenaran al-Quran dan Hadith ataupun sebarang bentuk amalan RasuluLLah SAW dan para Sahabat yang tabi’ien serta para Ulama’ yang muktabar. Maka menyedari hakikat dan kenyataan itu, marilah sama-sama kita kembali kepada kesahihan yang nyata iaitu Islam sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada kita tanpa sebarang syak dan waham.
Sesungguhnya Benarlah Allah SWT itu Maha Agung dan Maha Berkuasa di atas segalanya.
Khamis 17 Julai 2008-Harian Kosmo(www.hariankosmo.com.)melaporkan bahawa kempen “Hari Tidak Berbelanja” anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berlangsung pada 16 Julai 2008 adalah tidak mendapat sambutan dan reaksi yang diterima seperti “tiada apa-apa”.Tinjauan yang dibuat ke pusat membeli belah sekitar Kuala Lumpur mendapati orang ramai masih lagi dikunjungi seperti biasa dan restoran-restoran tetap mendapat sambutan.
Persoalannya di sini;apakah kempen sedemikian wajar dan merupakan suatu langkah yang mungkin berkesan bagi mengurangkan kadar masalah akibat kenaikan harga barang terutamanya harga petrol yang sememangnya menjadi keluhan dan rungutan semua lapisan masyarakat ?
“Tidak Berbelanja”-suatu perubahan yang mungkin “tidak bermakna apa-apa” bagi sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih di bangku persekolahan lantaran peruntukan wang saku harian merupakan satu keperluan kepada mereka.Begitu juga bagi setiap individu yang berulang alik ke tempat kerja sama ada dengan menggunakan pengangkutan awam ataupun kenderaan persendirian kerana yang pastinya kos tambang atau kos petrol,kos parking atau bayaran tol juga masih dalam kategori berbelanja.Jadi apakah kempen ini sesuai untuk dilaksanakan ? Atau apakah maksud sebenarnya dengan “Tidak Berbelanja”?
Apapun kemungkinan yang berlaku di sebalik permasalahan yang menjadi punca dari kenaikan petrol dan barangan keperluan harian yang lain,masyarakat tetap perlu memenuhi rutin harian sebagaimana biasa kerana keperluan hidup memang tidak dapat lari dari nilaian ‘kos’ dan ‘mesti dibayar’ walaupun sekadar untuk membuang air di tengah-tengah pusat bandar/bandaraya. Kempen untuk “Tidak Berbelanja” mungkin amat janggal untuk dilaksanakan dan perlu difikirkan semula meskipun hakikatnya dengan tujuan yang positif untuk mendidik masyarakat yang berhemah dan berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan tetapi kenyataannya mungkin sebaliknya.
Fikir-fikirkanlah…apakah anda mungkin boleh mempraktikkannya untuk langsung tidak mengeluarkan sebarang kos dalam satu hari atau ianya sekadar fantasi yang tidak mungkin menjadi realiti.
KUALA LUMPUR:Sikap lurus dan mudah percaya kepada seseorang menyebabkan remaja perempuan mudah teraniaya apabila menjadi mangsa kepada lelaki hidung belang yang suka mengambil kesempatan terhadap wanita- demikian ulasan yang dibuat oleh Perunding Motivasi Human Touch Consultant yang juga merupakan seorang penceramah,Mohd Zawawi bin Yusof.
Sikap terlalu bersangka baik dan mudah percaya pada lelaki yang baru dikenali membuka peluang kepada lelaki yang berniat serong.Selain itu,nilai agama yang sudah semakin terhakis dicampur pula dengan persekitaran yang terlalu bebas dan masyarakat yang sola-olah tidak ambil peduli menyebabkan perkara-perkara maksiat semakin berleluasa.Tambah beliau lagi,keadaan sedemikian membuatkan golongan muda hari ini seolah-olah tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala hingga terbabit dalam gejala yang tidak sihat.
Laporan Harian Metro 10 Julai 2008 (Khamis) melaporkan seorang gadis menjadi mangsa rogol bergilir-gilir gara-gara terpedaya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai “Pak Cik Mat”.(www.harianmetro.com.)
Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali rahimahuLLah menggariskan tujuh adab yang perlu dijaga sebelum makan:
1- Makanan dan minuman dari sumber yang halal dan jauh dari sebarang unsur syubhat
2- Menggunakan tangan yang betul-betul bersih
3- Lebih afdhal meletakkan makanan di dalam bekas dan makan pada paras lantai (secara bersila silang kaki dengan sebelah dari lutut ditegakkan) dengan tujuan melatih diri supaya bertawaddhu’. Tiada larangan untuk makan di meja selagi ianya tidak melampaui batas.*
4- Duduk dengan betul.Di larang bersandar atau baring atau seumpamanya,
5- Berniat supaya makanan tersebut boleh memberikan kekuatan dan tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT dan bukannya untuk berlebih-lebih hingga menimbulkan perasaan haloba,tamak,riak dan membazir.
6- Redha dengan setiap apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai rezeki dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi
7- Seelok-eloknya janganlah makan seorang diri dan cubalah untuk makan bersama-sama terutama anggota keluarga yang lain ataupun anak-anak sendiri
RasuluLLah SallaLLahu alaihi wasallam sering mengingatkan kalangan ummatnya agar sentiasa menjaga perut dan selalu berwaspada ketika makan kerana banyak penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca dari makanan dan cara pemakanan yang tidak betul.
Demikianlah Imam al-Ghazali menganjurkan tatacara dan peradaban yang baik dan perlu dijaga agar ianya diberkati oleh Allah SWT serta dijauhi dari setiap kemungkinan penyakit yang tidak diduga:
1- Mulakan dengan BasmaLLah dan doa
2- Makan dengan menggunakan tangan kanan
3- Mengunyah sehingga hancur dan sebaik-baiknya
4- Jangan dicaci setiap apa yang dimakan (seperti mengatakan makanan itu tidak sedap,kurang menepati selera atau citarasa dan sebagainya)
5- Lebih afdhal dimulakan dengan makanan yang paling dekat dalam hidangan (kecuali buahan)
6- Jangan menghembus atau meniupo makanan yang panas (seeloknya tunggulah dengan bersabar)
7- Jangan makan secara berlebihan ( sebaik-baiknya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang)
8- Jangan disulami setiap suapan ketika makan dengan meminum air kecuali jika perlu
9- Disudahi dengan doa dan beristighfar agar diampunkan Allah SWT sekiranya terdapat sebarang syubhah kemudian membasuh tangan.Mengikut sunnah;RasuluLLah SAW menjilat jari-jari baginda sebelum membasuh tangan selepas makan.
Sekadar renungan dan untuk difikirkan bersama.
Semenjak isu kenaikan harga beras melanda seluruh negara kebelakangan ini,pelbagai kesan negatif dikaitkan sehingga menjadi sebahagian dari aktiviti ‘jenayah’. Satu negara menjadikannya topik perbincangan hangat bahkan itu lah yang dirungutkan oleh sebilangan besar setiap lapisan masyarakat dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat golongan pertengahan,dari pelusuk kampung serata ceruk sehinggalah ke bandar-bandar besar.Kesannya cukup ketara hinggakan jika meninjau ke pusat membeli belah bekalan beras gred hancur 15% dan 10% hampir langsung tiada bekalan. Sedangkan dalam masa yang sama beras yang bergred dalam kualiti 5% hancur semakin tinggi harganya hingga mencapai kenaikan 110%. Amat wajar sekali kalau keluhan dan rungutan begitu kerap didengar dari kalangan seluruh rakyat di merata tempat. Suatu situasi yang begitu menekan dan tidak pernah terduga berlaku sepanjang 50 tahun Malaysia merdeka. Lebih-lebih lagi beras dan nasi adalah merupakan makanan ruji dan asasi seluruh masyarakat Malaysia khasnya dan seluruh Asia umumnya.
Laporan Harian Kosmo Sabtu 5 Julai 2008 (www.hariankosmo.com.my)-UPAH RM 1,200 BAWA BERAS KE KL.merupakan satu topik yang mungkin agak biasa jika sekadar membacanya hanya pada tajuk namun di sebalik semuanya itu dapat di’lihat’ betapa dalam situasi yang kian terdesak, ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menambah nilai pendapatan dan memenuhi keperluan semasa warga masyarakat lainnya berikutan permintaan yang cukup tinggi.
Itulah  realiti pendedahan yang dibuat oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan apabila sejumlah 8,000 kilogram beras tersebut berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM 28,000.Komander UPP Kelantan,Mazlan Che Hamid berkata:mengikut intipan yang dibuat beras tersebut dibawa masuk dari negara jiran melalui Pengkalan Haram Lubuk,Rantau Panjang sebelum disembunyikan dalam semak. Sebuah pacuan empat roda kemudiannya mengangkut sedikit demi sedikit beras tersebut masuk ke dalam sebuah lori 5 tan, kata beliau. Menurut beliau, pasukannya yang mengekori lori tersebut sejauh kira-kira lima kilometer telah menahannya di Kampung Air Batu pada jam 6.30 pagi semalam (4 Julai 2008-Jumaat).
Hasil siasatan menemui 160 kampit beras wangi Siam yang dipercayai mahu di hantar ke Kuala Lumpur dan setelah disoal siasat terhadap pemandu lori dan kelindannya yang berusia 30-an mendapati mereka menerima upah sebanyak RM 1,200 untuk setiap trip penghantaran beras tersebut ke ibu negara disebabkan permintaan yang tinggi.Malah keduanya dipercayai mampu membuat penghantaran secara ulang alik sehingga hampir lima trip sehari bagi mendapatkan nilai upah yang tinggi.
Dari apa yang didedahkan di sini, jelas menunjukkan bahawa disebalik desakan dan tekanan hidup yang semakin meningkat serta menghimpit, manusia sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Siapakah yang patut dipertanggungjawabkan kalau aktiviti perniagaan yang pada hakikatnya adalah suatu yang halal dalam urusan mata pencarian untuk hidup boleh menjadi sebaliknya bahkan juga boleh dikategorikan sebagai jenayah bila setiap urusannya ‘terpaksa’ dilakukan secara ‘jalan belakang’ atau ‘pasaran gelap’?
Apakah akan terjadi jika situasi seperti ini semakin menjadi sebahagian dari tuntutan hidup sebilangan individu dalam masyarakat semata-mata ‘terdesak’ dengan keperluan semasa yang tercetus dari kenaikan harga barangan lain di pasaran serta keperluan kos hidup yang semakin menghimpit ?
Apa lagi yang mungkin berlaku seterusnya jika hari-hari berikutnya peningkatan kos sara hidup semakin menujah nilai hinggakan menjadi bebanan kepada warga masyarakat yang berpendapatan rendah dan berada dalam lingkungan ‘bertaraf miskin’ ? Apakah jalan penyelesaian yang mampu dilakukan jika sumber pendapatan mereka  menjadi jurang beza yang langsung tidak seimbang dengan jumlah tanggungan dalam sebuah keluarga terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih dibangku persekolahan sama ada peringkat rendah,menengah, kolej apatah lagi peringkat pengajian tinggi ?
Semoga isu seperti ini dapat sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan.
Menyelak helaian akhbar harian KOSMO hari ini 22 Mei 2008 halaman 8 amat menyentuh naluri kemanusiaan kita( jika di fikirkan sama-sama) -www.negara@kosmo.com.my
Topik CUCU DITUDUH BUNUH NENEK SENDIRI dan PENJUAL STOKIN UGUT IBU DIPENJARA merupakan dua kes yang mungkin jika difikirkan pasti tidak menjejak batas kewarasan akal manusia normal. Apatah lagi ianya berlaku di kalangan keluarga berbangsa Melayu dan beragama Islam yang sememangnya secara tradisi menebal dengan adat dan pegangan yang cukup kukuh.
Apalah malangnya seorang nenek seusia 75 tahun yang tidak berdosa dan tidak berdaya tergamak dibunuh dengan begitu kejam sebagaimana yang terjadi kepada Che Bashah Ahad itu dan kenapakah begitu tergamak hati seorang anak mengugut seorang ibu kandung yang melahirkannya dengan senjata tajam berupa sebilah pisau ? Bayangkan kalau ianya berlaku di kalangan ahli keluarga kita.
Apa yang perlu kita sama-sama renungi dan bertanya ke dalam diri sendiri adalah persoalan sikap dan kemanusiaan yang seolah-olah kian pupus dari kewajaran. Saban hari liputan media cetak dan elekletronik menyajikan berita-berita yang sedemikian serta menggamit cetusan naluri untuk kita sama-sama fikirkan betapa sifat dan sikap manusia semakin pudar keinsanannya. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk berlindung telah roboh dek keruntuhan nilai dan akhlak diri.
Perlakuan sumbang mahram,bersekedudukan hingga melahirkan anak tidak sah taraf,pembuangan bayi,remaja lari dari rumah dan gejala dadah di kalangan remaja mungkin semakin di’anggap’ biasa lataran kekerapan dan telah ‘menjadi keterbiasaan’ atau mungkin sudah di tahap lali namun jenayah yang melibatkan kecederaan dan pembunuhan masih menjadi suatu yang mengejutkan kita.Apatah lagi jika ianya dilakukan oleh kalangan orang yang paling rapat terutamanya anak atau cucu.
Apakah ini yang kita mahukan dan menjadi sikap yang terbentuk di kalangan anak-anak atau cucu-cucu kita ? Apakah sikap dan perlakuan seperti ini sesuai dengan acuan modal insan yang bakal menerajui kehidupan masa depan dan apakah sindrom ini bakal diwariskan kepada generasi yang akan datang ? Siapakah pula nanti bakal menjadi mangsa kepada anak atau cucu sendiri jika kes-kes sebegini tidak diberi perhatian ?
Statistik menunjukkan semakin ramai anak-anak remaja kita bergerak melangkah menuju kehancuran. Jalan yang dipilih penuh ranjau dan bersalut noda.Apakah segalanya cukup sekadar untuk diperhatikan sekilas pandang tanpa mampu berbuat apa-apa? “MAT Rempit” dan “MINAH bohsia” telah sekian lama popular,”MAT Gian” juga telah lama memenuhi ruang-ruang kosong tersorok di bawah jambatan dan sesetengahnya menghuni longkang hanyir,PELACUR terhormat ala VIP juga semakin ramai berada di menara gading dan mengelek fail serta menduduki peperiksaan peringkat SARJANA di kebanyakan IPT sama ada swasta atau awam(laporan media) dan apakah kita juga akan membiarkan para GANGSTER dan PEMBUNUH remaja berada di dalam rumah sendiri?
Apakah langkah sewajarnya yang mampu kita sama-sama ubah dan mencari perubahan ? Sesungguhnya ASAS yang terbaik adalah kembali kepada SYARIAT dan membentuk didikan berdasarkan bimbingan al-Quran dan sunnah RasuluLLah SAW. Solat juga merupakan benteng yang boleh mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Akhlak dan Moral merupakan dua perkara yang MESTI diberi perhatian serius sejak dari alam rebung lagi. Ibarat kata pepatah:”MENCEGAH ITU ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”
Renung dan fikir-fikirkanlah !
Firman Allah Taala:
“INNA SOLATA TANHA ANIL-FAHSYAA’I WAL MUNGKAR”
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan kerosakan dan kemaksiatan
Allah juga telah memerintahkan ibu bapa supaya mengajar anak-anak mendirikan sembahyang bermula usia tujuh tahun kerana sembahyang adalah satu-satunya perisai yang cukup utuh menjadi benteng kehidupan sesorang manusia sepanjang masa buat selama-lamanya selagi dia mengamalkannya serta melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat besar. Setiap ibu bapa perlu menjaganya dengan cara yang terbaik agar setiap amanah itu boleh dipulangkan kepada-Nya nanti dalam keadaan yang sempurna dan terjaga. Selain itu juga setiap anak yang dianugerahkan kepada kita boleh menjadi modal untuk mendapatkan keuntungan sekiranya asuhan kita berkesan dan mereka menjadi anak-anak yang soleh atau solehah. Keberkesanan dan hasil yang terbaik dari pembentukan sahsiah anak-anak adalah aset yang sangat berharga lebih dari segala emas atau berlian yang ada di dunia.
Demikian telah dijelaskan oleh RasuluLLah SAW bahawa;apabila setiap dari kita meninggal dunia maka akan terputuslah hubungan dari alam dunia menuju ke akhirat kecuali tiga perkara yang akan sentiasa mengiringi kita iaitu amalan soleh,ilmu yang bermanfaat yang diamalkan serta anak-anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan.
Sesibuk manapun mencari rezeki, kita tetap perlu untuk meluangkan masa bersama anak-anak serta sentiasa peka dengan  perkembangan mereka sama ada dalam soal pendidikan, pelajaran,sosial atau apa sahaja aktiviti mereka amatlah perlu dipantau agar mereka tidak terjebak atau terjerumus dengan gejala-gejala yang tidak bermoral. Dekatkan diri sentiasa bersama mereka terutamanya anak-anak yang semakin meningkat remaja kerana di usia inilah waktu-waktu kritikal yang lebih memerlukan pemerhatian dan pendekatan yang lebih positif.
Terapkan pendidikan agama serta bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai.Perlu juga diambil perhatian dengan apa yang telah berlaku dan dipaparkan dalam media-media massa mengenai betapa hebatnya gejala keruntuhan yang berlaku hari ini terutamanya kes-kes kehilangan anak-anak,penagihan dadah,perhubungan bebas dan pembuangan bayi serta pelbagai kes-kes jenayah yang lain lagi. Jadikanlah setiap satu nya sebagai teladan dan iktibar supaya anak-anak kita sentiasa dalam situasi yang terkawal dan terbina mengikut saluran yang betul.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat dan jangan dibiarkan nasi menjadi bubur. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah!
-TALAK ELEKTRIK- topik muka depan akhbar harian Kosmo hari ini (09Mei2008)-http://www.kosmo.com.
Pelik tapi Benar.Kadang kita boleh terkeliru dengan situasi seperti ini dan mungkin juga tidak menduga kebarangkalian munasabahnya menjadi suatu yang ‘terpaksa’ dihadapi oleh individu tertentu dalam masyarakat kita.Meskipun apa jua yang mampu kita fikirkan;namun itulah hakikat yang telah dilalui oleh saudara Mamat Abdullah dari Kampung Banggol Nyamuk,Sungai Ikan,Kuala Nerus Trengganu. Sepatutnya menghadapi usia senja melewati 61 tahun, beliau sudah tidak perlu memikirkan sebarang konflik rumahtangga yang boleh dianggap remeh temeh lantaran perjalanan usia sudah cukup matang untuk mendepani sebarang situasi hidup.
Hanya kerana rumah tiada bekalan letrik,dua isteri menuntut cerai dan ‘beliau terpaksa menceraikannya’,manakala isteri yang ketiga memberikan ’syarat’ untuk tinggal sebumbung; beliau perlu menyelesaikan masalah bekalan letrik terlebih dahulu.
Terdetik pertanyaan dalam hati; apa lah sangat dayanya sebagai seorang penduduk kampung terpencil untuk ‘bersuara’ mengadakannya sedangkan bekalan tersebut sepatutnya diurus dan disediakan oleh pihak TNB atau kerajaan ? Amat malang sekali kalau di dalam era serba maju ini masih ada yang ketinggalan dan terpaksa menjadi mangsa keadaan yang melibatkan sebuah institusi perkahwinan secara berulang, bukan sekali malahan dua dan bakal menjadi tiga.
Apakah tergamak hati kita untuk melihat sebuah rumah tangga terus menjadi korban keruntuhan hanya kerana ’satu keperluan’ yang tidak kesampaian ?Dan apakah tidak sedikit pertimbangan di hati para wanita bergelar isteri untuk mententeramkan hati dengan kesabaran demi sebuah ikatan ?
Mamat kecewa kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahunya baru-baru ini,bekalan elektrik tidak boleh disambung kerana hanya rumahnya sahaja ada di kawasan itu.Sedangkan rumahnya hanya satu kilometer dari jalan utama.
Kepada YB kawasan atau sesiapa yang rasa terpanggil untuk melihat masalah sedemikian sebagai satu tanggungjawab bersama, renung-renungkanlah sekiranya situasi tersebut berlaku kepada diri kita,adik beradik kita atau saudara mara sendiri…apakah yang akan kita lakukan atau sekadar tergamak membiarkan ?
Renung-renung dan fikir-fikirkanlah; apa tanggungjawab dan peranan kita sesama insan!
Isu kenaikan harga barang semakin menjadi hangat dibualkan di mana-mana. Kenaikan harga gula dan minyak masak mungkin masih boleh di‘diam’kan oleh sesetengah pihak dengan mengurangkan penggunaan seminima mungkin, begitu juga dengan kenaikan harga tepung gandum kerana hanya sebahagian pengguna sahaja yang merasainya tetapi kalau harga beras yang menjadi makanan ruji seluruh rakyat Malaysia juga mengalami kenaikan harga sedangkan padi sememangnya sejak dulu menjadi sebahagian dari hasil keluaran negara memang tidak munasabah.
Kenapa harga makanan asas ini mesti berlaku ? Apakah nanti kerajaan hanya mampu bercakap kepada seluruh rakyat supaya mengurangkan makan makanan yang terhasil dari beras sebagai jalan ‘penyelesai masalah’  seperti mana yang pernah disarankan ketika bekalan gula dan minyak masak berkurangan suatu ketika dahulu ? Adakah seluruh rakyat mampu menerimanya dengan mudah dengan menukar makanan tradisi yang telah sekian lama sebati dengan sesuatu yang lain sebagai makanan rasmi atau ruji ?
Berita Harian Kosmo halaman 3 memuatkan bahawa; “Ketika ini Bernas mengeluarkan 11,000 tan metrik beras Super 15 peratus sebulan bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini. Bagaimanapun, jumlah tersebut akan dipertingkatkan sebanyak 9,000 tan metrik lagi bagi mencapai tahap yang disarankan oleh kerajaan iaitu 20,000 tan metrik sebulan,” Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah bagi menangani isu tersebut.(http://www.kosmo.com)
(*Super 15 adalah beras yang katergori hancurnya berada di tahap 15%.)
Apakah kenaikan harga beras ini akan menjadi suatu ‘permulaan’ kepada nilai suatu masa nanti golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana cuma  sekadar layak untuk menikmati nasi dari beras yang kualitinya semakin rendah dengan peratus nilaian hancurnya semakin bertambah ? Apa pula yang bakal dinikmati oleh para petani berpendapatan rendah yang mengusahakan sawah sedang harga padi masih ditakuk lama ? Adakah seimbang jika harga beras dijual dengan harga yang tinggi tetapi hasil padi dari para petani dibeli dengan harga yang masih rendah ?
Teringat satu iklan: “sebiji nasi adalah setitik peluh petani…”
Marilah kita sama-sama renungkan…
Membacanya kolum ini agak janggal dan pelik untuk kita renungkan…tetapi dalam dunia hari ini segala macam kemungkinan boleh berlaku tanpa disangka-sangka jika kita sendiri tidak meletakkan nilai diri pada tempat yang sewajarnya.
NEW DELHI-Seorang wanita India mendakwa suami dan bapa mertuanya merakamkan aksinya di bilik tidur secara rahsia selain mengancam untuk menyiarkan di sebuah laman web lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar Mail Today melaporkan bahawa suami wanita tersebut merakamkan aksi mereka di bilik tidur dengan menggunakan sebuah kamera tersembunyi.
Kedua-dua tertuduh turut meminta keluarga wanita itu supaya membayar mas kahwin tambahan sebanyak AS200,000 (RM638,659).Akhbar itu menyatakan keluarga pengantin perempuan itu sebelum ini telah memberi barangan kemas bernilai AS10,000(RM31,934) kepada keluarga pengantin lelaki.(http://www.kosmo.com.my/) 2 Mei 2008.
Membaca artikel ini semacam terpanggil naluri kita untuk merenung sejenak dan berfikir; apakah semakin hilang keperibadian dan kemanusiaan dalam diri sehingga kekadang ada manusia yang sanggup menjadikan institusi perkahwinan sebagai ’suatu perniagaan’ serta sanggup mengeksploitasikan kesucian pertalian antara suami isteri dengan menjadikan isteri sebagai bahan ? Suatu yang boleh dianggap janggal oleh kewarasan akal jika senario ini mungkin berlaku dalam masyarakat Islam kerana jelas bercanggah dari nilai hukum dan dasar Syariat lantaran Islam lebih mengutamakan mas kahwin yang rendah dan bersifat sederhana mengikut kemampuan di samping memartabatkan kaum wanita sebagai isteri pada tempat yang mulia. Mas kahwin juga adalah merupakan pemberian dari pihak lelaki yang bergelar suami agar setiap suami lebih tahu untuk menghargai kedudukan antara keduanya serta saling menghormati. Rahsia tubuh badan juga adalah menjadi hak antara suami isteri dan bukannya dijadikan bahan tontonan umum bahkan dalam Islam,antara menantu perempuan dengan bapa mertua juga terbatas skop auratnya demikian sebaliknya. Wajar kita renungkan artikel ini sebagai panduan justeru Islam adalah sebaik-baik agama yang mendidik ummatnya ke arah suatu nilai yang terhormat dan dihormati berbanding anutan dan fahaman agama-agama lain.
Sekadar Renungan…dan fikir-fikirkanlah!
Sejarah Islam telah menceritakan bahawa nabi Adam AS dibawa mengelilingi beberapa langit selama 100 tahun dengan menunggang kuda yang dijadikan oleh Allah SWT daripada sejenis minyak kasturi putih dengan baunya yang sangat wangi. Kuda tersebut juga mempunyai dua sayap yang antara kiri kanannya terdiri dari jenis intan dan marjan serta dikendalikan oleh Malaikat Jibril AS .
“Maimun” adalah suatu nama yang cukup bermakna diberikan kepada kuda tunggangan Nabi Adam AS yang sebelah kirinya diapit oleh Malaikat Israfil serta kanannya Malaikat Mikail. Perjalanan mereka meliputi ke semua tujuh penjuru langit dan setiap penjuru yang dilalui diucapkan salam oleh Nabi Adam AS.
Firman Allah SWT:”Wahai Adam! Inilah penghormatan bagimu dan bagi orang-orang mukmin dari kalangan anak cucumu yang tetap sehinggalah sampai ke hari Kiamat.”
Fikir-fikirkanlah…!
Kita mesti bersikap jujur pada diri dari seluruh dasar hati tanpa mengkhianati setiap kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT dan memberikan penuh ketaatan tanpa berbelah bahagi kepada-Nya. Tanpa ketaqwaan sudah tentu hati akan menjadi keras bagaikan langsung tiada kerdip sinar kebenaran serta terpadam nur dari atma nurani. Kepantasan waktu bukanlah suatu ukuran dalam peningkatan tahap Iman dan Taqwa seseorang. Tanpa segalanya wajar kalau kita merenung sejenak jauh ke sudut dalaman jiwa melihat  kebenaran, apakah kita sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan dan Iman demi mencari nilai diri sebagai seorang hamba.
Fikir-fikirkanlah….!
Memetik kata-kata A.Aziz Deraman dalam tulisannya tentang persoalan mengenai pertuanan Melayu yang semakin hilang; “sesudah 50 tahunlebih kemerdekaan negara,kemajuan dan kemakmuran negara dinikmati oleh orang lain bukan sedikit.Kehidupan dan keselesaan kota bukan menjadi milik Melayu dan Bumiputera.Kaum lain yang mendominasikan ekonomi dan dagang,kini mula mendominasikan politik pula”.
Kata Aristotle,” Jika sesuatu bangsa mahumenguasai atau menakluki sesebuah negara maka mereka perlu mempunyai kuasa politik dan ekonomi”. Satu ungkapan yang patut direnungi dan diaplikasikan kepada senario yang berlaku di Malaysia hari ini.Jika kekuatan ekonomi yang berada di tangan orang lain dan sedikit demi sedikit kaum lain itu juga menguasai politik maka kemungkinan pertukaran pemerintahan pada masa depan bukannya suatu yang mustahil. Suatu hal yang amat malang bagi anak cucu cicit kita untuk melaluinya.!
Pastinya hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kemasyarakatan juga akan berubah dan bertukar dengan mudah. Sudah tentunya juga generasi Melayu akan ‘terhakis’ nilai peradaban dan anak cucu cicit mungkin tidak lagi dapat mengenangi warisan nenek moyang mereka. Nilai jati diri bangsa kian terpinggir dan secara beransur-ansur diruntuhkan oleh orang Melayu sendiri kini.
Hari ini pun kita didedahkan dengan situasi yang menunjukkan secara perlahan-lahan nilai keMelayuan yang mulai dikikis sedikit demi sedikit melalui sifat dan identiti seperti wajah asal yang bercitrakan Islam, kedaulatan raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak-hak dan keistimewaan melalui perkara-perkara dasar sebagaimana yang dikanunkan dalam perlembagaan serta jaminan kepada pendatang yang memberikan taraf kerakyatan sedikit sebanyak bakal mengubah segala hak-hak peribumi.
Keadaan ini lebih di‘buruk’kan lagi bila wujudnya pertelingkahan kalangan pemimpin Melayu yang sekadar cuba mempertahankan ‘kuasa’ peribadi hingga sanggup mengenepikan status keMelayuannya serta sanggup ‘menjual’ nilai kenegaraan demi mencapai ‘hajat’ yang dikehendaki.Melayu sanggup berpecah belah kerana fahaman politik dan kerana ketaksuban mengekalkan kuasa peribadi juga Melayu sanggup mem‘bahasa’kan instutusi kesultanan yang sekian lama menjadi simbol pertuanan dan kedaulatan Melayu itu sendiri dengan segala ‘kekesatan’ bahasa. Apakah ini perubahan yang bakal dijadikan kayu ukur oleh bangsa Melayu sendiri tanpa sedar ianya telah menjadi ana-anai yang bakal ‘mereput dan menumbang’kan nilai jati diri ke’melayu’an itu sendiri ?
Justeru itu,renung-renungkanlah wahai bangsa ku….akan terus layu dan rebahkah MELAYU atau apakah kita masih punya waktu untuk kembali meyatu dan menyuburkannya ?
Fikir-fikirkanlah…!
Menyingkap helaian akhbar tabloid Sinar dalam GLOBAL@ sinar pada 14 April 2008 (Isnin) tentang suatu senario yang berlaku di suatu kawasan puak Bedia, Jaipur berhampiran Taj Mahal di India betapa nilai harga diri manusia juga boleh menjadi bahan lelongan.
Setiap gadis yang mencapai usia 13 tahun mulai boleh memasuki ‘pasaran’ dengan bidaan harga mengikut spesifikasi rupa paras dan setiap gadis yang belum pernah melakukan hubungan seks dijual seperti komoditi kepada golongan ahli perniagaan kelas pertengahan yang berminat.
Harga yang ditawarkan bagi pelacur muda ialah 100 rupee (RM 7.80 )  tetapi bagi setiap gadis yang masih dara dijual dengan harga lebih 20,000 rupee (RM 1,576) tetapi jika berwajah cantik boleh mencecah lebih 40,000 rupee (RM 3,152). Rata-rata kalangan gadis tersebut berusia se awal 13 tahun dan 14 tahun.
Bertanya kepada diri kita; kalau di Jaipur masih ada juga tawaran harga bagi  “dara” setiap gadis,bagaimana pula dengan apa yang berlaku di negara kita Malaysia yang sesetengahnya langsung sudah tiada “ketetapan harga hinggakan ada yang sekadar menyerahkannya secara percuma” jika ada ‘pertukaran suka sama suka’ ? Apakah senario ini merupakan suatu yang wajar dalam perkembangan ketamadunan manusia dalam arus modenisasi terkini ? Menyelongkar situasi semasa masa kini, kemajuan dunia telah cukup banyak menghidangkan kepada umum betapa gejala pergaulan bebas serta perhubungan seks yang tidak terkawal kian menjadi “kebiasaan” tanpa mengira bangsa di dunia melalui pelbagai cara. Seolah-olah segalanya bagaikan suatu ‘keperluan’ dan tiada kawalan lagi.
Gejala inilah juga yang mengundang bermacam masalah dan penyakit sosial di dalam masyarakat yang boleh mencetuskan jenayah seperti pencabulan, kemaksiatan dan pengguguran haram bayi-bayi yang tidak berdosa secara berleluasa. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan terhadap situasi tersebut ?
Fikir-fikrkanlah; jika harga diri manusia kian “menurun atau tidak laku” lagi di pasaran, kemanakah kesudahan nya kita ?
Tuhan telah menjadikan setiap makhluk bernama manusia antara lelaki dan wanita penuh dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi berasaskan nilaian aqal untuk menjana diri,apakah tega kalau kita sendiri “gagal” untuk menempat nilai saham di tempat yang sewajarnya? Fikir-fikirkanlah….
Persoalan buat LPKP, Kenapa permit individu tidak lagi dikeluarkan ? Permit Syarikat macam cendawan tumbuh selepas hujan ? Kenapa tambang pada meter pertama teksi bajet tidak dinaik-naikkan tetapi meter teksi eksekutif buka meter dengan RM 6 ? Kenapa Teksi Lembah Klang sekadar boleh membawa penumpang untuk satu hala sahaja ke airport KLIA / LCCT sedangkan sebaliknya teksi LCCT dan LIMO airport boleh mengambil penumpang dari hotel2 di KL dan juga KL sentral dengan kadar harga yang boleh dirunding2. Kenapa juga penguatkuasaan hanya di titik beratkan kepada seluruh teksi Lembah Klang sahaja sedangkan pergerakan teksi2 airport atau Limo2 termasuk juga ulat2 kurang diberi perhatian ?
Siapakah yang wajar untuk memberikan perhatian kepada nasib para pemandu teksi Lembah Klang yang makin terhimpit dengan pertambahannya jumlah teksi terutamanya teksi eksekutif
berbanding jumlah pelancong yang semakin berkurangan,pertambahan pengangkutan awam yang sentiasa bersaing dan juga tekanan dari penguatkuasaan yang seolah-olah cuba menyekat keselesaan pemandu untuk mencari rezeki secara halal ?
Fikir-fikirkanlah…
Doa pada bahasanya boleh diterjemahkan sebagai ’seru’ @ ‘mohon/minta’.Yakni suatu pengharapan untuk memperolehi atau mendapatkan sesuatu dari seorang makhluk ber’taraf’ hamba terhadap Khaliqnya yang Maha Pencipta.Sama ada apa yang diharapkan itu mampu diperolehi atau tidak,bergantung kepada ‘kekuatan’doa tersebut.
Kekuatan doa pula terletak pada kesungguhan dan “eratnya” hubungan kedua belah pihak antara MAKHLUK dan KHALIQnya.Bagaimanapun,keeratan atau keakraban tersebut dinilai melalui tahap ibadah dan ketaqwaan seseorang hamba kepada Penciptanya. “Hubungan” inilah yang seringkali teruji bilq