Katanya, tidak dinafikan terdapat aduan diterima berhubung tindakan segelintir peniaga kedai makan yang meletakkan harga agak keterlaluan tetapi kuasa untuk memilih dan membeli terletak di tangan pengguna.
“Di Terengganu setakat ini secara keseluruhannya, harga makanan di kedai makan dan restoran masih lagi berpatutan dan KPDNKK menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terutama ketika musim cuti sekolah ketika terdapat ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
“Sebenarnya harga makanan bergantung kepada keadaan kedai dan restoran yang menjual makanan berkenaan, mereka menyediakan tanda harga dan pengguna boleh meninjau dan membandingkan harga yang dipamerkan..
“Mungkin ada harga yang murah dan mungkin ada harga yang mahal jika sudah diletakkan tanda harga menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih kedai yang meletakkan harga murah” katanya selepas menghadiri Program KPPDNKK Bersama Pengguna Peringkat Daerah Hulu Terengganu di sini.
Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Noor Othman.
Katanya, bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan meletakkan harga sewenang-wenangnya, pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot dan mengelak daripada membeli di kedai berkenaan dan boleh memilih kedai yang lebih murah.
SELAMAT DATANG
KAMI  MENAWARKAN  KEPADA  ANDA  SEKALIAN  PRODUK  UNGGULAN KAMI  YAITU MEBEL JATI YANG MANA KAMI  MEMBUAT  ALMARI MAUPUN KURSI BERBAHAN KAYU JATI ASLI JEPARA DAN BUKAN KAYU OLAHAN ATAU KAYU BIASA KAMI DISINI MENGUTAMAKAN MUTU, MAKA DARI ITU KAMI  TAWARKAN  BENTUK  MEBEL  SEPERTI  ALMARI  ATAU  KURSI BAIK UKIR-UKIRAN MAUPUN POLOSAN TERGANTUNG DENGAN SELERA ANDA SEKALIAN, DALAM PRODUK INI KAMI MEMBUAT ATAS DASAR PEMESANAN.
APABILA ANDA BERMINAT Hub. (031) 58834371 atau 70368208
atau lewat Email kami rini_usahajati@yahoo.co.id
Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan harga tol di lima buah lebuhraya yang diumumkan semalam.
Hari ini Menteri Kerja Raya mengumumkan mengenai perkara tersebut.
Penangguhan ini adalah disebabkan oleh pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang akan berlangsung pada 7 April ini.
Semalam, perdana menteri yang hampir bersara, Abdullah Ahmad Badawi sendiri meminta kabinet Malaysia memikirkan semula tentang kenaikkan harga tol ini.
Apakah Najib tidak terfikir sebelum ini?
Sememangnya kenaikkan harga tol memang tidak sesuai dalam keadaan kapitalisme dunia mengalami krisis.
Akan tetapi penangguhan kenaikkan tol ini bersifat sementara. Ianya akan kembali dinaikkan setelah semua pilihanraya kecil yang tertangguh selesai.
Harga tol bagi 5 lebuhraya akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.
Ini merupakan hadiah kepada rakyat Malaysia kerana membantu Barisan Nasional berkuasa lebih daripada 50 tahun.
Menurut Menteri Kerja Raya, Ir. Mohammad Zin, 5 lebuhraya yang akan mengalami kenaikkan harga tol ialah:
1) Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
2) Lebuhraya Sprint
3) Lebuhraya Ampang
4) Lebuhraya Sungai Besi
5) Lebuhraya NPE
Manurut beliau lagi, harga tol sebanyak 5 peratus akan dinaikkan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Manakala yang lain-lain adalah seperti berikut:
Lebuhraya Sprint  – naik 30 sen hingga 50 sen
Lebuhraya Ampang  – naik 50 sen
Lebuhraya Sungai Besi - naik 10 sen
Lebuhraya NPE – naik 40 sen
Ketika pimpinan tertinggi Umno, Abdullah Badawi dan Najib Razak kelihatan berseronok dengan ura-ura dua pemimpin PKR menyertai mereka, MCA menunjukkan pendirian yang berbeza.
Presiden MCA, Ong Tee Keat menyatakan bahawa MCA tidak akan menerima wakil rakyat daripada parti lain untuk menyertainya. Klik disini. Sekaligus ini manfikan ura-ura mengenai wakil rakyat DAP Perak untuk menyertai MCA.
Kelihatan perbezaan pendirian diantara Umno dan MCA dalam isu lompat melompat. MCA kelihatan tidak bersetuju dengan tindakan Umno yang sebelum ini mengutuk tindakan lompat melompat parti apabila Nasaruddin Hashim menyertai PKR.
Biasanya lepas raya Cina ni, macam-macam berlaku terutamanya harga barang akan turun. Sebelum raya Cina, isu yang sama timbul, harga barang naik. Tapi tahun ini agak berlainan sedikit, harga gula dah tunjuk belang. Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana reaksi orang biasa macam saya? Mungkin saya tak tahu apa-apa pun biarpun maklumat sebegitu boleh diperolehi secara kebetulan melalui perbualan orang di kedai kopi atau kedai mamak 24 jam, dan mungkin juga melalui penulisan-penulisan kreatif dilaman-laman blog internet.
Siapakah yang sebenar-benar berhak menentukan harga barang? Rakyat? Pemimpin? Atau masyarakat dunia?
Ketika dunia dilanda krisis ekonomi yang akan membawa kehancuran kepada sistem ekonomi kapitalis, tidak terdengar komen-komen mengenai situasi ekonomi negara dari Gabenor Bank Negara kita, Zeti Akhtar Aziz.
Kemanakah hilangnya beliau?
Mengapa hanya Najib dan Muhyiddin sahaja yang bersungguh-sungguh memberitahu rakyat bahawa Malaysia akan terselemat daripada krisis besar ini?
Mengapa tidak Zeti yang menjelaskan kepada rakyat? Rakyat lebih percaya kepada Zeti kerana beliau bukan orang politik.
Kalau tak salah, kali terakhir Zeti muncul pada bulan Julai lalu apabila mengumumkan tentang kadar inflasi bulan Jun sudah menjangkau 6 peratus akibat kenaikan mendadak harga petrol dan diesel. Dimana beliau sekarang?
Najib dan Muhyiddin adalah orang politik yang sedang galak untuk berkuasa. Semua yang dikatakan hanya untuk menyedapkan hati rakyat.
Laporan berita dari Malaysiakini melaporkan kerajaan Malaysia menerusi Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar mempelawa pembangkang untuk bekerjasama dalam isu minyak. Setakat ini masih belum jelas lagi kerjasama yang bagaimana yang beliau maksudkan.
Apabila mengulas mengenai Perhimpunan PROTES minggu lalu, dengan angkuhnya beliau berkata,
“Saya tidak fikir anda boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi”
Sementara Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang bersekongkol dengan pengerusi SPR dan Peguam Negara dalam membatalkan pengunaan dakwat kekal dalam pilihanraya yang lalu berkata,
“polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak”.
Sungguh angkuh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.
Menteri Dalam Negeri sungguh yakin demonstrasi tidak boleh menggantikan kerajaan manakala Ketua Polis Negara pula mengugut rakyat dalam isu permit.
Kedua-dua mereka ini tidak takut dan tidak yakin dengan kekuatan rakyat.
Mereka tidak pernah merasa tindakan “Civil Disobedient” secara besar-besaran. Mereka tidak pernah melihat jutaan rakyat berhimpun dijalanraya.
Mereka tidak sedar yang dibeberapa negara seperti Sepanyol, Portugal, Korea Selatan dan Indonesia protes demi protes berlaku secara berterusan.
Kerajaan pasti akan menggunakan jentera-jentera mereka untuk menggagalkan PROTES Sejuta Rakyat.
Namun rakyat mempunyai pilihan untuk “melanggar” segala halangan dan ugutan.
Jika benar-benar yakin, pasti akan berjaya.
Perpaduan dan penyatuan adalah penting dalam PROTES Sejuta Rakyat ini.
Percayalah, tiada apa yang mampu menandingi KEKUATAN RAKYAT.
Harga minyak semakin meledak tinggi.  Orang ramai semakin marah.
Saya telah menulis tentang bahan bakar minyak petroleum ini seawal wujudnya kolum Dot Mai  saya di Malaysiakini.  Saya juga telah menulis tentang perkara yang sama untuk pembaca Mandrin di akhbar  Oriental Daily. Apabila saya  menulis di Suara Keadilan agenda minyak ini  telah beberapa kali saya garap.
Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.
Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah  saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula  yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.
Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini  senang memancut dan mengalir keluar.  Peningkatan  ilmu dan teknologi  moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak  – sama ada  dari daratan mahu pun dari perut laut.
Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak  ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan  mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi  air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat  menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.
Ketika pancutan/pengaliran bahan bakar ini  melimpah dengan banyak maka negara-negara yang memiliki telaga-telaga minyak itu telah menjadi negara pengeksport minyak. Negara-negara  ini menjadi kaya dan telah  bergabung di bawah OPEC. Apabila  pengeluaran minyak susut – tidak mencecah satu juta tong sehari untuk di terima sebagai ahli OPEC –  maka negara ini terpaksa meninggalkan OPEC. Ini telah berlaku kepada  Indonesia.
Negara jiran kita ini  bukan lagi negara pengeksport tetapi negara pengimport minyak. Susutnya pengeluaran minyak adalah tanda-tanda bahawa telaga-telaga di negara  ini telah melintasi Puncak Minyak. Inilah sebahagian dari  asas teori Puncak Minyak.
Data-data pengeluaran minyak dari negara-negara pengeksport telah menunjukkan  semakin banyak negara-negara pengeluar minyak telah melintasi zaman Puncak Minyak – ertinya minyak dalam perut bumi negara itu semakin kurang. Malaysia sendiri dalam masa 10 tahun yang akan datang TIDAK  lagi menjadi negara pengeksport bahan bakar minyak.
Jika kita faham dan mahu menerima asas teori Puncak Minyak ini maka kita perlu melakukan tindakan dan langkah-langkah yang logik dan masuk akal. Retorik politik perlu dipadamkan  kerana ia bukan jawapan untuk Puncak Minyak. Kita semua wajib  ‘sejuk kepala’ agar dapat dirangka  strategi jangka pendek dan strategi berjangka panjang untuk menghadapi dunia tanpa minyak yang PASTI berlaku dalam hayat kita ini.
Memang betul bahawa kenaikan harga minyak yang baru berlaku ini telah menaikkan kemarahan rakyat. Kenaikan harga petrol ini sudah pasti akan membawa mudarat ekonomi. Harga barang-barang keperluan akan naik dalam masa yang terdekat. Kos belanja hidup akan meninggi, selagi gus tahap kehidupan warga akan menurun  kerana pendapatan/ pencarian  tidak lagi dapat menampung kos.
Memang tepat jika orang ramai bangun membantah, berdemo dan memprotes kenaikan harga minyak yang menyusahkan orang ramai.  Tetapi kemarahan ini juga  seharusnya berdasarkan beberapa perkara yang hakiki yang perlu di fahami oleh orang ramai.
Marah kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia  ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi  harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.
Soalan – kenapa  ini berlaku –   menjadikan orang ramai marah. Jawabnya – semua ini  adalah hasil kerenah  dasar ekonomi kerajaan United Malays National Organisation. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini  telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.
Kemarahan awal – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 – kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu  ialah kita semua. Kita ialah  rakyat.  Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.
Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.
Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran  telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad. Lihat bangunan Dayabumi – kosong. Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong. Lihat pula  Litar F1 Sepang – kosong. Lihat pula  Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong. Lihat pula agenda Monsoon Cup – kosong. Lihat pula Kampung Hadari  di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun  ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.
Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?
Kemarahan ke tiga – Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri  TIDAK ada kerja, kini  datang  berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?
Kemarahan ke empat – Najib dan Razak Baginda yang  mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang  dari mana? Apa gunanya kapal selam ini?  Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit?  Bukankah ini duit dari jual minyak?
Kemarahan ke lima – Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas?  Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas?  Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?
Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan.
Tetapi waspada penurunan ini hanya untuk sementara. Kerana akhirnya minyak tidak dapat tidak akan naik juga harganya kerana bahan bakar petrol semakin kurang ditemui. Jadi tuntutan kita untuk menurunkan harga minyak hari  ini wajib dibaca sebagai  strategi jangka pendek untuk membeli masa.
Membeli masa bertujuan agar kita dapat melakar strategi berjangka panjang.  Satu dasar baru   untuk melahirkan satu struktur ekonomi baru yang dapat mengubah seluruh cara hidup  kita semua. Strategi ini memerlukan perbincangan yang mendalam. Memerlukan pandangan dari semua sektor ekonomi.  Strategi ini TIDAK memerlukan retorik politik tetapi daya fikir  untuk melihat bukan 10 atau 20 tahun tetapi untuk melihat  1000 tahun tamadun manusia yang akan datang.
Jadi – masa nya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya. Turun ini bukan sahaja untuk mengubah harga minyak tetapi untuk mengubah  keyakinan diri kita bahawa akhirnya kerajaan ini adalah milik rakyat. Hanya kerajaan berpaksikan kepentingan rakyat dan BUKAN  kerajaan berpaksikan untung yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai hari ini.
Dalam kenaikan harga barang dan krisis ekonomi, pekerja perlu terus relevan dalam organisasi agar dapat bertahan. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart memberi pendedahan ini. Klik gambar bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terima kepada semua yang memberikan idea dan sumbang saran sehingga lahirlah siri pertama Streetsmart. Kit survival dalam berhadapan situasi yang tidak menentu kini.
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini
<object width='425' height='350'><param name='movie' value='http://www.youtube.com/v/wvbbzNBlEXg&rel=1&fs=1&showsearch=0&hd=0' /><param name='allowfullscreen' value='true' /><param name='wmode' value='transparent' /><embed src='http://www.youtube.com/v/wvbbzNBlEXg&rel=1&fs=1&showsearch=0&hd=0' type='application/x-shockwave-flash' allowfullscreen='true' width='425' height='350' wmode='transparent'></embed></object>
Video karya Abror Rivai dan Raja Muzwira.
Memperingati demonstrasi 11 November 2007 yang telah membuktikan rakyat Malaysia mampu bersatu untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.
Hari ini kita dibebani dengan kenaikan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah Malaysia. Harga-harga barang keperluan asas juga telah naik sedikit demi sedikit.
Mampukah kita mengulangi sejarah 11 November pada 12 Julai nanti?
Tepuk dada tanya selera. Keputusan ditangan anda.
Respon Dr. Mahathir mengenai kenaikkan harga minyak. Klik disini.
Respon bekas timbalan Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim. Klik disini.
Sekupang ke dua kupang ke  tiga kupang?? Apa tujuh kupang 8 duit (78 sen). Fuel-lamak, cayalah Pak Lah.  Terima kasih bebanyak. Terima kasih Khairy. Terima kasih Shahrir Samad. Terima  kasih bebanyak
Hari ini maka  bermulalah episod derita kehidupan rakyat Malaysia. Masih ramai yang  berpendapatan rendah di bawah RM 1500. Ya benar kerajaan memberikan RM 625  setiap tahun kepada setiap kenderaan yang berada di bawah kapasiti 2000cc. Tapi  tolonglah, RM 625 jika hendak dibandingkan dengan seminggu sekali kita mengisi  minyak penuh di dalam tong kereta masing – masing cukup ke?
Perodua Kancil jika  kita mengisi minyak RM 40 bagi harga RM 1.92 hanya mampu tahan selama 7 – 10  hari. Harga baru sudah pasti harga untuk satu tangki minyak dijangka dalam RM 60  Dalam sebulan kita ada 30 hari. Sebanyak 3 kali pemilik Perodua Kancil untuk  memastikan tangki minyak keretanya sentiasa berisi. RM 60 x 3 bersamaan RM 180.  Sebulan RM 180 dan jika kita darapkan selama 12 bulan berapakah jumlah yang  mereka terpaksa hadapi. Sebanyak RM 2160.00 setahun.
Sekarang cuba kita tolakkan  dengan RM 2160.00 dengan RM 625.00. Bezanya RM 1535.00. Kita terpaksa membayar  untuk harga minyak sebanyak jumlah tersebut bagi tempoh setahun. Apakah cukup  bagi kita? Harga barang pasti akan naik dengan mendadak.
Bagaimana bagi mereka  yang berpendapatan di bawah RM 1000.00? Sudah pasti gaji bersih mereka sekitar   700 ke 800 ringgit. Cukupkah perbelanjaan mereka dengan jumlah wang seperti itu.  Selama sebulan mereka perlu membayar sebanyak RM 180.00 (bagi perodua kancil).  Nah sekarang jumlah gaji yang mereka ada hanyalah sebanyak RM 620.00.  Cukupkah??
PAK LAH, CUKUP KE PAK LAH?  SHAHRIR SAMAD CUKUP KAH??
Rakyat Malaysia harus  sedar. Kini masanya sudah tiba. Kita harus bangkit kali ini. Jangan tunggu bulan  September. Jangan tunggu pilihanraya seterusnya. Waktu inilah kita harus bangkit  menyatakan bantahan kita. Kita harus protes secara serius. Kerajaan Pakatan  Rakyat harus membantu pejuang – pejuang yang tinggal di dalam negeri – negeri  yang diperintah oleh Pakatan. Peliharalah keluarga mereka jika keadaan  memerlukan.
AYUH RAKYAT MALAYSIA!!!  BANGKIT SEGARA AGRESSIF!!!!!
Malcom adalah seorang penulis bebas yang sering menghantar artikel ke blog Amin Iskandar.
Dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.
Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 milik Media Prima kroni kepada Abdullah Badawi melaporkan ada stesen-stesen minyak yang sudah mula tutup dengan alasan minyak telah habis. Ini perkara biasa, minyak dikatakan telah habis oleh kerana mereka ingin mendapat untung jika menjual selepas jam 12 malam ini.
Tahun lalu dalam sebuah forum yang bertajuk Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya, Naib Presiden PAS meramalkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen selepas pilihanraya umum ke 12. Klik disini. Hampir tepat ramalan pemangku Menteri Besar Kelantan itu.
Dengan pengstrukturan subsidi yang baru, kerajaan dikatakan akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM 4 billion.
Diantara persoalan yang harus ditimbulkan ialah kemana wang ini akan pergi? Untuk pembangunan? Pembangunan untuk rakyat atau untuk syarikat kroni, anak dan menantu?
Abdullah mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Berita dibawah dipetik dari Malaysiakini:
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.
Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.
Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.
Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.
Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2. Baca seterusnya disini.
Shahrir Samad dalam wawancara dengan TV3 yang dikuasai oleh menantu PM mengakui bahawa sistem rebet ini pasti akan menimbulkan masalah yang besar. Akan tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.
Kenaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus sudah pasti akan memberi kesan yang besar kepada majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Jeanne Abdullah, Rosmah Mansor dan Nori Abdullah sudah pasti tidak akan terjejas sekalipun harga petrol dijual dengan harga RM 50 seliter.
Apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menghalang penindasan ini daripada berterusan? Apakah keputusan kabinet Abdullah-Najib itu muktamad?
1) Protes dalam bentuk piket dan demonstrasi aman secara besar-besaran sehingga harga minyak  diturunkan pada kadar asal. Nota: Demonstrasi yang dianjurkan perlulah tersusun dengan mantap dan dihadiri oleh jumlah rakyat yang ramai. Sekurang-kurangnya seperti ini. Oleh yang demikian penganjur tidak perlu terburu-buru untuk mengadakan demonstrasi ini. Roadshow diseluruh negara perlu diadakan terlebih dahulu agar partisipasi rakyat dari seluruh negara dapat direalisasikan.
2) Kedua kita boleh menganjurkan hartal secara besar-besaran diseluruh negara.
Apa itu hartal?
Hartal adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah sesuatu perkara. Ia adalah satu tindakan untuk menuntut kerajaan, pemerintah ataupun penjajah untuk menukar sesuatu keputusan yang tidak popular ataupun menindas rakyat. Kalau tak faham lagi, sila klik disini.
Bayangkanlah jika hartal atau boikot diseluruh negara dilakukan. Sudah pasti negara tidak dapat berfungsi dan kerajaan terpaksa akur ditangan rakyat.
Mengapa tidak dihentikan pembaziran kerajaan terlebih dahulu? Mengapa tidak dipotong gaji menteri terlebih dahulu? Mengapa tidak dipotong elaun menteri terlebih dahulu?
Jawapannya mudah, kerajaan BN tidak pernah berniat dan berminat untuk menjaga kebajikan rakyat.
Jika rakyat terus diam, jangan terkejut dalam jangkamasa 10 tahun ini harga petrol akan dinaikkan sehingga RM 50 seliter. Anda tidak percaya?
Shahrir Samad semalam mengumumkan mulai bulan Ogos ini, kerajaan akan menarik balik subsidi keatas petrol dan diesel. Ertinya mulai Ogos ini, harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia.  Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Dikala dunia menghadapi krisis makanan, tindakan kerajaan ini pasti akan menyusahkan rakyat jelata. Jika hari ini, ketika subsidi minyak masih lagi ditanggung kerajaan, rakyat merungut tentang kenaikkan harga barang, tidak dapat dibayangkan jika bahan bakar tersebut dijual mengikut harga pasaran.
Tidak mustahil harga sekeping Roti Canai akan menjadi RM 5. Jika ini berlaku, inflasi akan meningkat. Rakyat bawahan akan menderita. Protes dan demonstrasi diatas kenaikkan harga minyak akan berlaku. Mampukah kerajaan mengawal keadaan ini pada ketika itu?
Memang benar, krisis bahan bakar melanda dunia. Harga minyak melambung tinggi. Hari ini harga minyak mentah dunia mencecah USD 130 setong. Memang mahal.
Tetapi jangan lupa bahawa Malaysia juga adalah pengeksport minyak mentah. Malaysia mendapat keuntungan yang besar ekoran daripada kenaikkan harga minyak dunia.
Kemana duit tersebut? Mengapa tidak dimantapkan sistem pengangkutan awam?
Apa kata anda?
Seperti telah diduga sebelumnya, ketika harga BBM jadi dinaikkan oleh pemerintah, langsung saja harga-harga barang turut merangkak naik. Menyikapi hal ini, setiap orang, dari kalangan bawah, menengah atau atas, pasti berusaha keras untuk ’mengakali’ keadaan ini.
Masyarakat kalangan bawah akan mencari cara agar kebutuhan pokoknya tetap terpenuhi. Belanja kebutuhan makan sehari-hari, bayar cicilan rumah atau biaya sekolah anak akan menjadi fokus perhatiannya. Sedangkan masyarakat kalangan menengah dan atas cenderung mencari cara agar gaya hidup mereka dapat terus dipertahankan.
Sangat wajar kalau setiap orang kemudian akan mencari cara untuk mendapatkan penghasilan tambahan. Masalah akan muncul kalau untuk mendapatkan penghasilan tambahan itu sampai harus menghalalkan segala cara. Tidak saja martabat dan harga dirinya yang tergadaikan, tapi mungkin juga akan menimbulkan kerugian bagi orang lain.
Kalau sudah begini, lelucon yang sering saya dengar menjadi relevan. Menurut anda, kalau harga-harga barang sekarang bisa naik, lalu apa yang bisa turun? Dengan sinis biasanya orang menjawab: harga diri!
Namun, meski dalam keadaan sulit seperti sekarang ini, mudah-mudahan saja tidak ada orang Indonesia yang mau menggadaikan martabat dan harga dirinya demi memenuhi kebutuhan hidup atau gaya hidupnya. Apalagi kalau sampai merugikan saudara sebangsa dan setanah airnya sendiri.
Mudah-mudahan saja tidak ada dokter yang semakin rajin meresepkan obat yang sebenarnya tidak diperlukan pasiennya agar mendapatkan komisi dari perusahaan pembuat obat tersebut. Mudah-mudahan saja tidak ada advokat yang nekat menyuap hakim, dan tidak ada hakim yang nekat mau disuap, agar suatu perkara dapat dimenangkan. Mudah-mudahan saja tidak ada pengusaha yang nekat menyuap pejabat, dan tidak ada pejabat yang nekat mau disuap, agar pengusaha tersebut dapat menang tender proyek tertentu.
Mudah-mudahan saja tidak ada pegawai pemerintah yang mempersulit dikeluarkannya ijin agar pemohon ijin mau memberikan sejumlah uang untuk mendapatkan ijin tersebut. Mudah-mudahan saja tidak ada tukang bakso yang mengawetkan baksonya dengan pengawet mayat agar baksonya yang tidak laku dapat awet dalam waktu lama. Mudah-mudahan saja tidak ada artis yang mau disuruh melakukan adegan asusila agar bisa tetap eksis di dunia entertainment.
Mudah-mudahan saja saya tidak sedang bermimpi.
Euphoria, mungkin istilah ini yang tepat untuk menggambarkan aksi para capres & Cakada (calon kepala daerah baik gubenrnur, bupati maupun walikota) turun ke pasar-pasar saat mereka hendak mencari simpati, mengais suara (dalam pilpres 2004 yang lalu) maupun dalam kampanye pilkada saat lalu, sekarang dan yang akan datang; terlebih setahun lagi kita akan menyelenggarakan Pemilu legislatif & Pilpres 2009. Jorgan yang mereka usung adalah menyerap aspirasi rakyat.
Siapa pun saudaraku yang akan tampil menjadi Capres, Calon Kepala Daerah saya kira tidak perlu gerakan yang seperti ini akan membuang waktu, tenaga dan biaya. Rakyat perlu komitmen anda untuk TURUNKAN HARGA dan meningkatkan daya beli melalui perluasan lapangan kerja disamping terpeliharanya ipoleksosbudhankam yang kondusif. Tugas anda sangat berat dan janganlah berfikir bahwa menjadi pemimpin itu enak karena serba mewah. Ingat saudaraku, pengadilan di akhirat sangat berat dan apakah anda siapa mempertanggungwabkannya ?. Jadi janganlah permainkan rakyat yang anda pimpin kelak.
Mungkin akan lebih bermanfaat dana perjalanan anda disalurkan kepada rakyat miskin dan pengangguran, bisa dalam bentuk bina ketrampian dengan target membekali mereka ketrampilan untuk mencari nafkah, bukan bekal makanan yang habis sekali suap;  misal kursus potong rambut, bengkel sepeda motor, atau ketrampilan koperasi primer tukang ojek, pedagang K5 atau bantuan modal usaha mikro dll. selaras dengan potensinya masing-masing.
Kemudian, bagi rakyat pun jangan silau akan janji-janji mereka pada capres maupun calon kepala daerah. Rakyat mesti jeli untuk menentukan pilihan. Rakyat jangan “buta tuli” dalam memilih calon pemimpinnya, apalagi menjual suaranya dengan uang (money politic). Begitu kita menerima uang dari mereka berarti lunaslah janji-janji mereka selama kampanye, karena mereka merasa sudah membayar lunas suara kita. Lihat, dengar dan cari rekam jejaknya (track record) dari media cetak dan elektronik, sehingga nantinya kita tidak salah pilih.
Saya pikir inilah saatnya yang muda yang memimpin. Muda penuh potensi, muda berakhlak mulia, muda energik dan tidak korup. Semoga.
Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah cuba menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat: MINYAK DALAM DUNIA INI TELAH SUSUT. Banyak telaga minyak telah kering. Minyak yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.
Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangkamasa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan.
Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.
Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Egypt: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966, Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987, Syria: 1996, Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang dihasilkan semakin kurang.
Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya  perbezaan tarikh. Ada pakar kajibumi yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar kajibumi ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhirnya akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.
Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis. Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak berbaloi dan tidak ekonomik.
Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada pertangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.
Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang gila atau orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.
Susulan jawapan dari Najib Razak seorang pemimpin dari parti United Malay National Organisation sama juga gilanya. Najib mengatakan negara ini akan bankrap jika harga minyak diturunkan. Orang yang bernama Najib ini tidak sedar semenjak bila pula negara kita ini tidak bankrap.
Susuk-susuk yang mengeluarkan kenyataan ini tidak memahami tanda dan makna perang di Iraq, perang di Dafur atau perang di Sudan. Mereka juga tidak membaca dan memahami makna ‘war on terrorism’ sebagai dasar luar negara Amerika Syarikat. Mereka juga tidak memahami kenapa Hamid Karzai menjadi penghulu di Kabul. Atau kenapa ada sebuah kapal minyak yang bernama Condoleezza Rice.
Kedua-kedua kumpulan parti politik ini sama tongong dan sama bengong dalam memahami bahan bakar petroleum. Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan. Kedua-dua kumpulan ini TIDAK jujur. Mereka adalah politikus yang hanya bercita-cita untuk berkuasa tetapi tidak memiliki apa-apa di antara dua telinga mereka. Cakap tongong mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.
Dalam agenda bahan bakar minyak saya menolak kedua-dua kenyataan bengong, sesat dan lagi menyesatkan ini.
Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat di subsidi.
Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu adalah bohong dan tidak mungkin dapat dilakukan.
Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut-paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa bebal sangat untuk memahami hakikat ini.
Kerajaan dalam bentuk apa sahaja  – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha , kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang  wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.
Juga wajib diterangkan kepada orang ramai :
Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta-merta dengan tiba-tiba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.
Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.
Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau-bilau bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.
Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan atau pun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.
Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.
Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian  dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup. Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.
Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa elektrik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu-lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga lesterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan dipergunakan dengan cermat.
Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa-apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.
Sekali pandang, apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025, berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?
Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi pemalas. Jika tidak tahu apa yang saya tulis ini sila tanya Pak Cik saya Lebai Google.
<object width='400' height='330' type='application/x-shockwave-flash' data='http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=2127276136117994216'><param name='allowScriptAccess' value='never' /><param name='movie' value='http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=2127276136117994216'/><param name='quality' value='best'/><param name='bgcolor' value='#ffffff' /><param name='scale' value='noScale' /><param name='wmode' value='window'/></object>
Ucapan Husam Musa di Forum Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya di Kuala Lumpur, 4 November 2007.
Apakah rakyat Malaysia akan berhadapan sekali lagi dengan kenaikkan harga minyak yang tinggi? Itulah yang diberitahu oleh Husam Musa sewaktu mengahdiri forum Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya yang dianjurkan oleh Salahuddin Ayub.
Diantara panel yang hadir ialah Ezam Mohd Noor. Nazri Aziz yang mewakili kerajaan Malaysia membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir sebelum forum bermula.
Menurut Haji Husam, pilihanraya akan diadakan juga pada tahun ini berikutan dengan harga minyak yang akan dinaikkan awal tahun hadapan. Kerajaan sudah tidak sanggup untuk menanggung subsidi yang semakin tinggi berikutan dengan kenaikkan harga minyak dunia.
Seharusnya Malaysia sebagai negara pengeluar minyak seharusnya mendapat keuntungan yang besar jika harga minyak dunia naik, tetapi mengapa tidak begitu? Ikuti penjelasan Husam dalam video diatas.
Terima kasih kepada Roslan SMS kerana perasan dengan isu kenaikkan harga tol pada Januari depan yang telah digelapkan beritanya oleh media arus perdana dengan kes Nurin Jazlin, Isu Burma dan banyak lagi. Sila klik disini. Bila fikir soal kenaikkan harga tol, kepala jadi lebih sakit apabila terkenangkan implikasi yang akan berlaku selepas kenaikkan harga tol iaitu kenaikan harga barang secara mendadak.
Bila harga barang naik secara mendadak, kerajaan pun akan berlakonlah untuk mengenakan tindakan kepada peniaga. Pengguna yang menjadi mangsa. Peniaga tak boleh disalahkan seratus peratus sebab mereka menanggung kenaikan harga kos. Yang lebih menyedihkan lagi apabila melihatkan bahawa pengguna dan rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai kuasa untuk menentukan turun naik harga barang.
Pengguna langsung tidak pernah dipedulikan oleh kerajaan dan peniaga oleh kerana semuanya tahu bahawa rakyat Malaysia sangat pasif dan langsung tidak boleh melakukan apa-apa. Malahan majoriti rakyat Malaysia langsung tidak kisah dan hanya menurut sahaja. Kalau ada yang marah pun mereka hanya mampu merungut. Cuma segelintir sahaja rakyat Malaysia yang berani turun berdemonstrasi di jalanraya. Syabas diucapkan kepada golongan ini kerana menjadi rakyat yang berani.
Sindrom “Pak Turut” dan “Sindrom Robot” inilah yang telah berjaya diwujudkan oleh Barisan Nasional dan UMNO dalam pemerintahan mereka selama 50 tahun. UMNO dan BN yakin, kalau harga tol dinaikkan sebanyak RM 10 untuk satu KM sekalipun, mereka akan terus berkuasa. Ini disokong lagi dengan adanya parti-parti pembangkang yang akan “mengiyakan” penipuan pilihanraya yang telah berlaku selama 11 kali. Baru-baru ini saya ada tulis mengenai dua orang rakyat Malaysia yang telah terang-terangan dijadikan HANTU dalam beberapa pilihanraya. Sila klik disini dan disini. Namun yang menyedihkan, sehingga hari tiada protes dan tindakan yang tegas dilakukan oleh parti-parti pembangkang dalam menangani isu ini.
Jika perkara yang sama berlaku di negara jiran kita di Thailand, sudah pasti rakyat akan bangkit dan keputusan pilihanraya yang lepas akan dianggap tidak sah. Tetapi di Malaysia lain yang berlaku. Pada pilihanraya umum yang ke 11 pada thaun 2004, beberapa kertas undi dijumpai di tepi jalan. Rocky Bru a.k.a Ahirudin Attan yang selama ini belum pernah mendaftar sebagai pengundi terkejut apabila menjumpai yang namanya pernah digunakan oleh pengundi dalam pilihanraya dan mengundi di Gopeng, Perak. Dimanakah NGO dan Parti Pembangkang apabila timbul isu ini? Apakah akan dibiarkan lapuk sahaja atau hanya akan melenting selepas dikalahkan dalam pilihanraya secara teruk?
Menantu PM dan kawan-kawannya yang bermaharajalela di tingkat 4 yakin mereka akan merampas Kelantan dan mengalahkan Anwar Ibrahim jika beliau dibenarkan bertanding oleh kerana mereka sudah pun menyiapkan ramai pengundi-pengundi hantu dari Selatan Thailand, Indonesia dan Selatan Filipina yang mencukupi untuk memenangkan BN walau 100 peratus kerusi sekalipun!!!
Dan sudah tentu Dakwat Kekal yang akan diperkenalkan oleh SPR tidak akan menyelesaikan masalah pengundi hantu. Perlu diingat bahawa DAKWAT KEKAL hanya digunakan untuk menghalang pengundian berulang dan langsung tidak akan memberi kesan kepada pengundi hantu. Sebab itu SPR tidak kisah untuk memperkenalkan Dakwat Kekal oleh kerana masalah besar di Malaysia bukanlah pengundian berulang tetapi PENGUNDI HANTU. Memang betul pengundian berulang ada terjadi, tetapi ia tidaklah seteruk jumlah PENGUNDI HANTU dari Indonesia, Filipina dan Thailand.
Bukannya saya ini anti kepada pilihanraya. Tetapi saya tahu yang pilihanraya di Malaysia tidak akan memenangkan selain Barisan Nasional. Pencapaian terbaik parti pembangkang ialah pada tahun 1999 dan itu tidak akan berlaku lagi.
Dan bagi saya, perjuangan tertinggi dan terberani yang pernah dilakukan oleh parti pembangkang ialah apabila mereka memboikot pilihanraya kecil Batu Talam. Manakala tindakan TERBODOH yang pernah dilakukan oleh Parti-parti pembangkang ialah apabila mereka bertanding dalam pilihanraya kecil IJOK kerana mereka bertanding selepas mereka memboikot Batu Talam. Maka ramai rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang bebas dan adil merasa tertipu dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang. Boikot apabila yakin kalah, bertanding apabila yakin menang.
Jika parti pembangkang terus memboikot pilihanraya kecil IJOK, moral politik mereka akan terus tinggi dan Anwar Ibrahim akan mempunyai peluang yang makin cerah. IJOK telah disogok dengan wang yang baanyak untuk memastikan BN menang. Isu Altantuya tidak begitu kuat untuk mempengaruhi pengundi berbanding dengan wang.
Menantu PM dan konco-konconya mahukan pilihanraya umum ke 12 dilakukan dengan Anwar Ibrahim bertanding sama. Kemudian mereka akan mengalahkan Anwar dengan seteruk-teruknya dan Anwar akan menjadi sejarah. Jika parti-parti pembangkang hendak bising atau merungut pada ketika itu, mereka tidak akan dilayan oleh kerana Dakwat Kekal telah diperkenalkan.
Sekarang tinggal dua pilihan yang akan menentukan nasib dan masa depan parti-parti pembangkang di Malaysia. Jika bertanding dalam pilihanraya, mereka akan kalah teruk. Jika boikot dan penerangan dilakukan secara meluas, mereka bukan sahaja akan berjaya meyakinkan rakyat Malaysia malahan mereka kan menyaksikan kejatuhan BN yang telah berkuasa selama 50 tahun. Persoalannya sekarang, berani atau tidak? Kalau takut kita tidak perlu bincang lagi. Kita hanya perlu berbincang jika BOIKOT berani untuk dilakukan.
Ada seorang tokoh politik kanan salah sebuah parti pembangkang pernah memberitahu saya bahawa Boikot Pilihanraya Umum akan menemui kegagalan dengan mengambil contoh pengalaman Parti Buruh pada tahun 1960an yang hilang pengaruh selepas memboikot pilihanraya umum. Bagi saya, tokoh ini masih lagi belum cukup bijak berpolitik, tidak faham sejarah dan tidak begitu faham dengan keadaan semasa.
Kita harus melihat mengapa Parti Buruh memboikot pilihanraya. faktor yang utama ialah majoriti pimpinan mereka telah ditahan tanpa bicara sebelum pilihanraya. Jadi jika mereka bertanding sekalipun, mereka suda tentu akan kalah. Yang perlu kita lihat ialah mengapa boikot Parti Buruh gagal?
Boikot Parti Buruh pada tahun 1960an mengalami kegagalan oleh kerana banyak faktor. Diantaranya penerangan mengenai boikot tidak dapat diberikan secara meluas berikutan dengan monopoli media dan ramai pimpinan Parti Buruh yang merengkok dalam penjara.
Bezanya sekarang ini, INTERNET adalah salah satu medium yang telah memecahkan monopoli maklumat yang selama ini hanya memihak kepada BN. INTERNET telah merobohkan pembonsaian minda (pinjam istilah Isham Rais) yang selama ini dilakukan oleh media arus perdana yang pro BN.
Dengan adanya INTERNET, parti-parti pembangkang dapat menjawab segala tohmahan BN dalam masa beberapa minit sahaja. Berbeza dengan Parti Buruh pada tahun 1960an. Mereka tidak mempunyai media yang mantap dan mekanisme yang baik untuk menjelaskan mengenai mengapa mereka boikot pilihanraya.
Zaman ini selain daripada INTERNET, terdapat pelbagai alat dan medium untuk berkomunikasi. SMS, email, blog dan selebaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak mampu BN untuk menyekat semua ini. Mereka juga mempunyai terlalu banyak isu yang perlu diselsesaikan dan dijawab.
Akhir kata, jangan bermain bolasepak dipadang yang tak sama rata. Ratakan padang terlebih dahulu sebelum nak main. Baru ada peluang nak menang. Takkan dah tahu nak kalah masih nak main? 5 juta yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar untuk mengundi lebih bijak oleh kerana mereka sudah tahu siapa yang akan menang dalam pilihanraya umum ke 12 akan datang. Mereka tahu padang tak sama rata dan undi mereka tidak akan mengubah apa-apa.