Seandainya kumpulan Kempen Selamatkan MCA berjaya menggulingkan Ong Tee Keat, apakah yang akan terjadi kepada segala inisiatif pembaharuan yang dijanjikan oleh Tee Keat untuk parti? Bagaimanakah pula dengan isu PKFZ yang merupakan faktor pemangkin kepada kekalahan teruk BN/MCA di Selangor pada PRU 12 lepas?
Artikel:
Sebarang cakap-cakap dan spekulasi mengenai wujudnya pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj kepemimpinan Presiden MCA, Dato Sri Ong Tee Keat yang hangat diperkatakan di dalam media massa sejak sekian lama, akhirnya terjawab juga.
Pada 26 Ogos yang lalu, selepas Majlis Presiden menerima syor daripada Jawatankuasa Disiplin Parti untuk memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung skandal seks, sebuah kumpulan protem bernama Kempen Selamatkan MCA yang diterajui oleh pengerusinya, Datuk Theng Book telah diaktifkan semula.
Matlamat mereka adalah mudah iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak tandatangan yang mungkin untuk memaksa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) seterusnya menggulingkan Presiden MCA itu.
Kemunculan Theng Book dan anggota-anggota kumpulan di saat MCA dalam krisis bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Masih ingatkah anda dengan kemunculan kumpulan tersebut dua tahun yang lalu apabila mereka dengan lantang tampil membantah kepemimpinan Ka Ting kerana percaya mantan Presiden MCA itu terlibat dalam perancangan rakaman video seks Soi Lek?
Dan beberapa hari lalu, kumpulan berkenaan sekali lagi tampil dan berlakon sambil mendakwa MCA kononnya telah berpecah gara-gara kerana angkara Tee Keat yang cuba memecat Soi Lek. Yang menariknya mengenai Kumpulan Kempen Selamatkan MCA ini, kedua-dua penampilan mereka adalah untuk tujuan yang sama iaitu isu skandal seks Soi Lek.
Perkembangan ini sekali gus telah mencetus persoalan, adakah kumpulan terbabit mempunyai perkaitan dengan Soi Lek namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Theng Book dalam satu sidang media beberapa hari sudah. Apakah motif mereka? Mengapakah sekarang?
Dan ini membawa kita kepada kumpulan Kempen Selamatkan MCA yang diterajui Theng Book. Mengapakah mereka menamakan Kempen Selamatkan MCA? Apakah yang perlu diselamatkan? Parti atau pemimpin?Adakah dengan kenyataan Pengerusi Kempen Selamatkan MCA itu bermakna parti tersebut sebenarnya dalam keadaan yang tenat?
Semenjak barisan pucuk kepemimpinan parti dipilih tahun lalu, beberapa inisiatif pembaharuan telah pun mula dilaksanakan. Antaranya, MCA bakal mengadakan pemilihan jawatan Presiden secara langsung bermula pada 2011. Selain itu, MCA di bawah kepemimpinan Tee Keat telah mula membersihkan senarai daftar ahli parti yang selama ini dibelenggu dengan dakwaan pengundi hantu.
Apakah beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh barisan kepemimpinan parti itu
Apakah kewajaran kumpulan tersebut untuk menggulingkan Tee Keat hanya disebabkan oleh seorang Timbalan Presiden dipecat?
Harus diingat mana-mana parti politik termasuklah MCA tidak berkisar kepada seorang individu. Sebaliknya, semua parti politik hanya akan mara ke hadapan dan menggerunkan musuh jika ia bergerak sebagai sebuah pasukan yang mantap.
Apa yang berlaku ketika ini dalam MCA amatlah menyedihkan. Tatkala sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan BN berada pada paras yang mendukacitakan, ini bukanlah masanya untuk menggulingkan Presiden. Sudah tentu Jawatankuasa Disiplin Parti mempunyai sebab-sebab kukuh untuk memecat Soi Lek.
Soi Lek seharusnya menerima keputusan tersebut dengan dada yang lapang. Kepada pengikut dan pemimpin-pemimpin MCA lain, janganlah terlalu emosi dan membiarkan emosi mengaburi pemikiran anda. Elakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur bantahan atau dendam yang boleh menjejaskan keharmonian parti.
Seandainya kumpulan Kempen Selamatkan MCA berjaya menggulingkan Tee Keat, apakah yang akan terjadi kepada segala inisiatif pembaharuan yang dijanjikan oleh Tee Keat untuk parti? Bagaimanakah pula dengan isu PKFZ yang merupakan faktor pemangkin kepada kekalahan teruk BN/MCA di Selangor pada PRU 12 lepas?
Jika ini boleh berlaku kepada Ka Ting dan Tee Keat, maka tidak ada jaminan di masa hadapan bahawa kempen sedemikian tidak akan digerakkan untuk memburuk atau menjatuhkan presiden parti yang baru sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak mereka.
Jika inilah senarionya dalam MCA selepas ini, maka segala harapan untuk mengembalikan imej dan sokongan masyarakat Cina akan bertambah sukar. Masyarakat Cina melihat krisis sekarang dengan penuh dukacita dan jangan terkejut jika penangan pengundi Cina kepada pembangkang bertambah kuat ekoran episod hitam ini. Paling gembira ekoran episod hitam ini sudah tentulah DAP dan konco-konconya.
Ahli-ahli parti seharusnya memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakang kepemimpinan Tee Keat dalam melaksanakan agenda pembaharuannya. Ini bukan lagi masa untuk bertelingkah tatkala masa untuk PRU ke-13 hanya berbaki dua tahun sahaja lagi. Masa itu emas dan sudah tiba masanya MCA melakar satu episod baru dalam perjuangan mereka. Pemimpin datang dan pergi tetapi parti hanyalah satu.
Justeru, jangan biarkan sejarah hitam yang menimpa parti, berulang kembali.
~Li Yi Lian Ci (礼义廉耻)
Oleh rmf
Oleh sebab itu sebagai warganegara seharusnya kita berpesan demi satu matlamat yang nyata demi Agama, Bangsa dan Negara.Didalam senario politik tanah air kini , kita telah disajikan dengan pelbagai agenda yang kelam kabut, agenda yang tak tentu hujung pangkal, untuk siapakah semua ini?
Kepada UMNO Perak, perlu diingatkan bahawa PRU12 merupakan satu amaran keras daripada rakyat bahawa rakyat kini menolak pemimpin yang mempunyai hubung kait dengan legasi  Pak Lah dan Khairy Jamaluddin serta seangkatan dengan nya. Rakyat telah menolak Pak Lah dengan Khary, jadi ingatlah  pemimpin UMNO Perak terutama Ketua Pemuda Perak  sebagaimana diketahui ramai bahawa beliau adalah  jaringan daripada Khary Jamaluddin.
Jadikan kekalahan didalam PRU12 yang lalu sebagai pengajaran buat semua, undi protes yang dilakukan oleh akar umbi mengingatkan  bahawa menyokong kepada pemimpin tertentu dan tidak menjalankan agenda parti adalah satu satu perkara yang ditolak oleh rakyat:
Pengkianatan telah banyak berlaku oleh pengkhianat UMNO sendiri, sebagai contoh yang nyata pengkhianatan dari sudut pembahagian Hak bersama untuk akar umbi [ sendiri pikir laaa].
Konsep perjuangan telah diletakkan kebarisan no 2, kepentingan peribadi ke barisan no 1, rakyat marah, tapi apa kan daya, kuasa ditangan UMNO dan barisan kepimpinan.
Rakyat telah banyak memandang, mendengar dan mengkritik dasar dasar yang dianggap  berat sebelah diunjurkan oleh UMNO, akan tetapi siapa lah suara kecil ini untuk diambil perhatian.
Pengalaman saya :6 bulan sebelum pRU 12, saya pernah menyuarakan kebimbangan mengenai isu isu yang sering dibangkitkan diperingkat akar umbi kepada salah seorang yang mempunyai jawatan penting diperingkat bahagian, dan menyarankan agar dibuat satu sesi penerangan yang tepat agar kekeliruan mengenai isu-isu berbangkit agar dapat dirungkaikan dan difahami oleh akar umbi. Akan tetapi isu dan cadangan tersebut ditolak mentah-mentah dan mengatakan maklumat daripada Internet tidak boleh dipercayai.
Dimasa yang sama juga blogger-blogger telah memperkatakan isu ini  agar diberikan penekanan supaya tidak akan menjadi musibah pada PRU12-
Tetapi terdapat laman web yang pro pemimpin ini telah membela dan mengkritik  terhadap isu-isu tersebut dan menyangkal  sepenuhnya. Mereka (Pemimpin UMNO) menyokong pemimpin bukan menyokong dasar yang  sepatutnya dijalankan oleh pemimpin. Mereka tidak berani bersuara. Mereka bisu, mereka pekak dari berkata dan mendengar dan  mengambil kira sentimen yang dibangkitkan oleh rakyat. Itulah yang terjadi sebelum PRU12.
Kemenangan PRU11 telah menjadikan mereka sombong, takbur dan lupa bahawa akar umbi lah yang menentukan segala keputusan.
Sehingga kini rakyat telah menanam satu matlamat dimana apa juga yang bersangkutan dengan legasi Pak Lah dan Khairy Jamaluddin kan  ditolak sepenuhnya.
Ini hakikat yang terpaksa di terima oleh UMNO, tiada lagi  kompromi didalam hal ini- Rakyat telah melihat betapa berubahnya negara didalam era Pak Lah. Rakyat banyak menderita tetapi disangkal oleh ketua-ketua bahagian dengan menyatakan rakyat menyokong apa juga yang dilakukan oleh Pak Lah.
Konsep pecah dan perintah dilakukan, untuk mengekalkan sokongan dari pelbagai sudut, rasuah,agihan sumber, skandal semua ini dilihat secara  terperinci.
Akibat daripada itu, akar umbi terus memperkatakan dan akhirnya pada PRU12 apa yang saya jangkakan adalah tepat, undi protes diserata peringkat dan mengakibatkan BN tumbang 5+1 negeri.{ Padan muka } sebab terlalu sombong.
Pada kali ini rentetan daripada isu sebelumnya, akar umbi telah menolak sepenuhnya Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin, cuma beberapa pemimpin sahaja  diperingkat negeri menyokong, Ini dapat dilihat  daripada jumlah pencalunan Ketua Pemuda berbanding Mukhriz. Tuntutan supaya  Pak Lah meletak jawatan disuarakan dimana-mana sahaja termasuk melalui blog blog politik.
Akar Umbi mahu melihat perubahan dari semua struktur UMNO, akar umbi tidak mahu kepimpinan yang  tidak berani menyuarakan pendapat kepada pemimpin jika pemimpin tersebut  melakukan kesalahan, akar umbi tidak mahu pemimpin angguk, seperti karenah Hishamuddin dengan isu keris-Isu kepimpinan, Hishamuddin lebih kepada menghormati pemimpin dan sanggup melihat keretakan berlaku didalam UMNO akibat tindakan pemimpin.
Apabila Dato Mukhriz membuat teguran keatas Pak Lah, dan  meminta Pak Lah meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab keatas kekalahan PRU12, Pembodek-pembodek pemimpin terus menerjah terutama barisan EXCO pemuda menjatuhkan hukuman. Tetapi jika dikaji dari sudut lain ternyata benar.
Pemimpin seperti inilah yang paling tidak berguna didalam parti. Mereka dayus mempertahankan kebenaran fakta, pada mereka pemimpin sentiasa benar walaupun pada hakikatnya salah.
Kepada UMNO Perak, dibawah kepimpinan Dato. Zamry Kader, pada era pentadbiran yang baru dengan loncatan Dato Nasaruddin  Hashim membolehkan BN menguasai kembali persada politik Perak dengan proksi, buat lah satu pembersihan disemua peringkat agar UMNO  relevan didalam memperjuangkan nasib rakyat, agenda bangsa dan negara.
Buangkan semua Virus yang menular didalam parti, hapuskan terus, nescaya UMNO Perak akan mendapat mandat sepenuhnya dari akar umbi pada PRU13.
Harapan ini seharusnya diambil perhatian yang serius oleh UMNO Perak. Jangan nanti UMNO tidak relevan sepenuhnya pada perjuangan orang Melayu akibat daripada tingkah laku segelintir daripada pemimpin pembodek dan akan menyebabkan perjuangan hanya tinggal perjuangan -UMNO akan mati dihati orang Melayu-
Hayati sepenuhnya lagu Warisan: Pada rangkap pertama:
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Airmata darah bercampur Keringat,
Bumi dipijak Milik Orang,
Salam,
Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.  Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi. – Bernama
Ps: UMNO,kena buat sesuatu, kekalahan di Kerusi Parlimen. & Harap Orang Melayu masih bersatu.
Emm adakah Orang Melayu dah bosan or tak suka lagi dengan UNMO? Mari Kita Tunggu March nie dan Juga AGM UMNO akan datang.
Oleh : Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak
“Tsunami kebangkitan rakyat”-Harakahdaily
“Kekalahan teruk parti kerajaan sejak 1969”-Laporan Al-Jazeera.
“5 menteri dan 10  timbalan menteri tewas” -Utusan Malaysia.
“Pembangkang berjaya membentuk kerajaan campuran di 5 negeri”-Malaysiakini.
Pilihanraya kali ini benar-benar telah mengejutkan semua pihak. Dari ahli politik, penganalisis, ahli akademik, media, mahasiswa hinggalah rakyat awam. Tidak pernah wujud landskap politik seumpama ini di Malaysia samada pada era reformasi 1999, tidak juga sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan  juga krisis perkauman era 1969. Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang telah memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU 12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini. Sembang-sembang pilihan raya kali ini juga tidak terhad kepada keputusan bahkan semakin menarik dengan apa yang akan berlaku selepas ini, bagaimana kedudukan PM dan bagaimana nasib kerajaan campuran dibeberapa negeri dan landskap politik negara.
Anwar dan Mahathir.
Setiap kali pilihanraya, agak sukar pihak pembangkang meyakinkan rakyat dengan manifesto mereka. Barisan Nasional selalu mendapat laluan mudah dan dilihat sebagai gabungan parti komponen yang kuat berbanding pakatan pembangkang. Namun kali ini pembangkang mendapat bonus dengan penglibatan Anwar dan Mahathir secara tidak langsung. Ini diakui oleh pemimpin BN sendiri. Mahadhir yang telah meletak jawatan sering kali melemparkan kritikan terhadap tindakan Pak Lah yang dilihat sebagai tidak bijak dan lembab. Manakala Anwar pula dengan penuh yakin menabur janji-janji kesenangan kepada rakyat jika diberi peluang kepada Barisan Alternatif. Jika janji itu dari mulut pemimpin pembangkang yang lain tentunya dilihat sebelah mata oleh rakyat jelata dan akan diberi kenyataan sinis oleh pihak kerajaan, namun apabila Anwar yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan sumber kekayaan negara telah dapat meyakinkan rakyat dan menjadikan kerajaan tidak senang duduk. Mahathir pula dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang tegas dan berani dalam mebuat keputusan berbanding kepimpinan Pak Lah.
Tuntutan Minoriti.
Akhirnya persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003 yang mana berlaku pertambahan kerusi bukan melayu membawa padah kepada BN. Jika pada tahun 1999, BN diselamatkan dengan undi masyarakat bukan melayu, kini fenomena itu sudah berubah. Parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India dilihat sudah tidak popular lagi dikalangan kedua-dua kaum itu. Era pemerintahan Pak Lah menyaksikan banyak isu-isu yang berbentuk sentimen perkauman dan keagamaan yang tidak ditangani dengan serius. Bermula dengan pertikaian undang-undang syariah oleh 9 menteri bukan melayu ( Islam ), kes Lina Joy, dan yang terbaru Hindraf. Isu-isu yang berbaur sentimen perkauman ini akhirnya merebak dan dizahirkan oleh mereka ketika pilihanraya. Tidak hairanlah DAP mendapat saham yang besar daripada isu ini lantaran kelantangan mereka yang dilihat sebagai hero dalam membela kaum bukan peribumi di negara ini.
Manifesto Negara Kebajikan.
Untuk pilihanraya kali ini PAS dan BA tampil dengan menifesto ‘Negara Berkebajikan’ jika diberi mandat. Parti ini seolah-olah mendapat nafas baru dengan kebangkitan parti-parti Islam di luar negara yang lebih menonjolkan aspek-aspek kebajikan rakyat berbanding berkeras mengadakan undang-undang syariah. Imej sebegini menjadikan PAS lebih didekati rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam. Bagi PKR pula jatuhnya Selangor ditangan mereka bagaikan durian runtuh. Pastinya negeri yang terkaya itu akan dibuktikan oleh mereka bahawa manifesto kali ini bukanlah omong-omong kosong. Namun seperti menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan kerana semua itu dibawah kekuasaan kerajaan pusat.
Masalah dalaman
Namun seperti laporan Buletin Utama pada 9 Mac lalu, ramai penganalisis politik meletakkan kekalahan parti pemerintah kali ini adalah disebabkan faktor mereka sendiri. Kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang, inflasi, angka jenayah dan rasuah. Ditambah juga dengan calon-calon parti kerajaan tidak popular dikalangan penyokong mereka sendiri. Jentera BN juga dilihat begitu lembab dan terpaksa bergantung kepada media massa berbanding pembangkang yang lebih agresif dengan menguasai kempen-kempen siber. Untuk piliharaya kali ini, sumber maklumat terkini tidak lagi terhad dengan tv dan surat khabar, bahkan website, blog dan web tv lebih meluas dikalangan masyarakat. Takala manifesto Negara Berkebajikan tersebar dengan pantas, BN seolah-olah ketiadaan idea untuk bersaing dengan manisfesto tersebut.
Umumnya melihat satu perubahan besar dalam keputusan pilihanraya negara dan pastinya akan merubah landskap politik negara.
Nasib Melayu dan bukan Melayu.
Dengan menawan Pulau Pinang dan mendapat kerusi sebanyak 28 di Parlimen pastinya akan menjadikan DAP semakin agresif. Parti ini bukan setakat berpengaruh dikalangan kelompok kaum minoriti bahkan turut menjadi pembela kepada pejuang-pejuang hak asasi kemanusiaan dan kebebasan agama. Bagaimanakah nasib Melayu di Pulau Pinang nanti? Walaupun janji mereka untuk membela semua rakyat tanpa mengira kaum namun ia masih diragui oleh masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Ataupun mungkin isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu yang relevan untuk dihangatkan berbanding era 1969 dahulu? Kemudian tidak dilupakan juga kabinet yang akan dibentuk oleh kerajaan nanti dengan wakil-wakil kaum bukan melayu yang tidak popular dari kalangan parti kerajaan, adakah sanggup bagi kerajaan untuk melantik sebahagian menterinya daripada kalangan pembangkang terutamanya DAP? Agak mustahil itu berlaku di negara ini yang sangat  ta’sub kepartian.
Kerajaan Campuran.
Kini terdapat 3 buah negari yang bakal membentuk kerajaan campuran. Dari sudut demokrasinya, kerajaan campuran lebih telus dan pembangkang tidak akan dilihat bersendirian dalam dewan. Namun jika dilihat dari sudut kestabilan dalam negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, mampukah kerajaan campuran ini bertahan? Jika sebelum ini pakatan pembangkang sering goyah antara DAP dan PAS, kini selepas menang apakah yang menjamin keutuhan kerajaan campuran ini. Hanya kematangan pemimpin dan rakyat sahaja mampu untuk menstabilkan kerajaan ini. Namun tentunya cabaran lebih besar dengan sentimen perkauman dan bakal diburukkan lagi oleh media massa yang sememangnya terkenal bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara sebagi media yang sangat anti dengan parti pembangkang walaupun parti tersebut sudah bergelar kerajaan.
Isu yang sudah lapuk.
Walaupun tidak memenangi majoriti 2/3 kerusi parlimen, BN masih lagi dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pilihan raya kali ini seharusnya menjadi pengajaran yang berguna terhadap mereka. Jika sebelum ini kempen mereka hanyalah ‘BN sahaja yang mampu membawa pembangunan’ dan ‘BN sahaja yang mampu mengawal kestabilan dan perpaduan negara’, maka slogan-slogan demikian sudah tidak laku lagi. Begitu juga dengan salah laku samada berbentuk penyelewengan kewangan mahupun moral kini sudah tidak boleh dipekakkan lagi oleh kerajaan. Ataupun mungkin pengajaran buat Perdana Menteri akan datang agar tidak bergurau dalam menentukan tarikh pilihanraya. Tidak lupa juga, pemilihan pucuk tertinggi Umno akan berlangsung pada September ini mungkin menjadi medan kepada para pemimpin Umno yang menang membelasah teruk pemimpin mereka yang kalah.
Isu dakwat merupakan sebahagian dari isu besar yang sering ditimbulkan sebelum pilihanraya. Buat pengetahuan umum, isu ini telah di utarakan demi mengelak dari berlakunya pertindihan undi atau kata lainnya demi mengelak terjadinya pengundi mengundi lebih dari sekali. Istilah yang sering digunakan adalah “pengundi hantu”. Dakwat ini akan di calit atau mungkin ditandakan di jari pengundi. Ini bermaksud, kita akan dapat mengenali pengundi yang sudah membuang undi melalui kesan dakwat di jari mereka. Usul ini telah dipersetujui namun disaat akhir, persetujuan ini dibatalkan atas sebab tertentu.
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kaedah penggunaan tanda dakwat pada jari yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihanraya umum dibolehkan dari segi hukum syarak.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, hasil analisis sampel dakwat oleh sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati dakwat tersebut tidak mengandungi sebarang unsur najis. Beliau berkata, dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu juga bersifat telap air dan tidak mendatangkan sebarang mudarat sekiranya dicelup pada tangan atau kuku.
“Dakwat itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi kita melihat dari segi sama ada ia boleh menghalang umat Islam daripada mengambil wuduk.”
‘‘Jadi terpulang kepada SPR untuk menggunakan dakwat itu dalam pilihan raya kerana hasil analisis sampel dakwat yang dibentangkan kepada kita menunjukkan tiada sebarang halangan dan keraguan dari segi hukum,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan dakwat itu di sini hari ini.
Perkara itu adalah antara pembaharuan yang ingin diperkenalkan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke-12 selain mencadangkan penggunaan peti undi lut sinar menggantikan peti undi hitam yang digunakan sejak 1955.
Menurut Abdul Shukor, JAKIM selaku urusetia muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan akan memaklumkan serta-merta keputusan rasmi mengenai hukum penggunaan dakwat itu kepada SPR. Ditanya berapa lama tempoh dakwat itu melekat pada jari sebelum dapat dipadamkan, beliau berkata, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari bergantung kepada individu yang menggunakannya
Dalam bab seumpama ini, setelah diyakini ia : -
a) tiada unsur najis
b) tidak mengganggu wudhu
c) dapat memberikan sedikit jaminan tambahan kepada keadilan dalam proses pilihanraya.
Maka menurut pendapat Us Zaharuddin Abd Rahman (penulis asal artikel ini),”bagi menepati roh dan kehendak hukum Islam ia sudah menjadi satu perkara yang dituntut dan bukan hanya tergolong dalam jenis perkara terpulang untuk lakukan atau tidak”. Justeru, ia adalah suatu perkara yang tergolong dalam kategori KEMESTIAN bagi SPR untuk melaksanakannya demi mencapai Maqasid Syariah iaitu kesaksamaan dan ketenteraman jiwa rakyat dari semua pihak.
Ma’ani yang dimaksudkan di sini menurut sebahagian ulama adalah hikmah dan kebaikannya dari sebuah hukum atau ketetapan, kesimpulannya merangkumi maksud ‘maslahah’ atau kepentingan yang tiada percanggahan dengan hukum yang lain. (Al-Bahrul Muhit, Az-Zarkasyi, 5/119 ; Nazariyat al-Maqasid, hlm 26 )
Jika ditinjau dari perspektif kaedah ini, maka aplikasi kaedah mencelup jari tadi adalah amat wajar dan sangat diperlukan bagi menjaga maslahah semua pihak dan menjamin keadilan serta mengelakkan penipuan. Malah, pada hemat saya, boleh dianggap hukumnya ketika ini sebagai wajib. Wallahu’alam
Telah diwartakan bahawa penggunaan dakwat untuk pembuangan undi pada 8 Mac 2008 ini dibatalkan. Sebelum ini, isu ini dibincangkan sebaiknya di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan dan diputuskan sebagai harus, dan kini ia dibatalkan atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.
Akibat dari laporan tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengambil keputusan membatalkan penggunaannya. Ramai yang menunggu-menunggu gambar mereka yang terlibat ditangkap kerana membuat laporan dan seterusnya disiarkan di televisyen atau media, namun setakat yang dimaklumkan,masih tiada tangkapan specific dibuat. Hanya gambar dakwat yang disiarkan. Terfikir juga, mengapa ISA tidak digunakan kepada mereka yang membeli dakwat itu sebagaimana kebiasaannya dalam kes-kes yang mengancam keselamatan negara. Namun, tiada jawapan tepat yang ditemui.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang sebenarnya merasa seronok dan tidak sabar untuk mengundi menggunakan dakwat, inilah kiranya sejarah baru dalam politik tanah air serta komitmen yang baik bagi menjamin keyakinan pengundi terhadap proses pilihanraya. Namun, nampaknya terkubur sahaja harapan itu disamping banyak juga di dengari luahan rakyat di sekitar kita, ada yang terkilan dan ada juga yang tidak yakin, ada yang bersyukur dan lega dan pelbagai-bagai lagi.
Seorang profesor di UIAM pula berkata ” Iyshh, betul-betul membazir, bukankah sudah dibeli dakwat tu”.. Namun di sebalik semua ini pasti ada hikmah yang mungkin kita tidak sedari. Begitulah madah untuk menenangkan hati atas kejadian ini.
Mafrel Tarik Diri
Hasil dari pembatalan tersebut badan pemantau pilihanraya yang diiktiraf oleh SPR iaitu Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), telah bergolak sehingga beberapa pemimpinnya menarik diri.
Abd Malek Hussain, pengerusi Mafrel dengan tegas menyatakan bahawa Mafrel tidak dapat menerima kehadiran pemerhati-pemerhatinya yang ditauliahkan SPR untuk memerhatikan urusan pengundian di tempat-tempat mengundi pada pilihan raya ini dalam keadaan untuk mengiyakan suatu keputusan yang pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti Mafrel. Abdul Malek Hussain juga berkata Mafrel memandang berat keputusan tersebut memandangkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi amat berguna dan berkesan untuk mencegah perbuatan penyamaran serta pengundian berganda yang jelas bertentangan dengan seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Berdasarkan pengalaman Mafrel melalui misi pemerhatian pilihan raya peringkat antarabangsa khasnya di Indonesia, Filipina malahan Afghanistan, penggunaan dakwat kekal tersebut diperakui masyarakat antarabangsa sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah amalan penyamaran dan pengundian berganda,” kata beliau dalam sidang media.
Tambah beliau, berdasarkan pengamatan Mafrel, pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang hanya boleh ditangani secara jangka pendek dengan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi.
Beliau juga berkata pembatalan penggunaan dakwat kekal itu mendedahkan suasana yang tidak kondusif kepada perjalanan proses pilihan raya yang seharusnya menepati prinsip-prinsip dan amalan pilihan raya yang bebas dan adil yang diiktiraf dunia.
Dengan itu, Abdul Malek Hussain berkata Mafrel membantah sekeras-kerasnya keputusan pembatalan tersebut dan menegaskan bahawa Mafrel tidak akan mengiyakan satu keputusan yang nyata bertentangan dengan rekomendasi nombor 12 dan 13 yang terkandung dalam ‘Final Report in Election Observation of 2007 by-elections’ bersabit dengan penggunaan dakwat kekal yang telah dikemukakan Mafrel kepada SPR sebagai sebahagian dari syarat-syarat pemerhatian pilihan raya Mafrel yang diiktiraf SPR bagi pilihan raya kecil N8 Machap, Melaka dan N11 Ijok pada 2007 lalu
Masalah Orang Malaysia
Jika apa yang dilaporkan adalah tepat dan benar, maka Malaysia menghadapi kedudukan rakyat yang lebih teruk dan kurang bermoral berbanding Indonesia, Filipina, Afghanistan yang dinyatakan oleh Mafrel menggunakan dakwat yang sama. Negara yang bergolak seperti itu pun rakyatnya masih boleh ditangani agar tidak melakukan sebarang penipuan apabila menggunakan dakwat namun agak menyedihkan apabila kita di Malaysia gagal menggunakan sistem ini.
Di musim pilihanraya ini pelbagai jenis penipuan dan pembohongan dapat dilihat dengan jelas, wajah-wajah sebenar orang terdesak untuk menutup kelemahan dan kejahatan masing-masing juga tampak kelihatan. Hingga penipuan dan pembohongan dijadikan bahan untuk memastikan kuasa diperolehi dan menjalankan agenda masing-masing.
Hakikatnya mereka telah tertipu dengan kenikmatan sementara kuasa dan harta.
Bagi Yang Rasa Tertipu, Sengaja Menipu & Benar-benar ditipu
Bagi yang rasa tertipu, sengaja menipu & benar-benar ditipu, kembalikanlah ingatan kepada apa yang disebut oleh Allah yang maha berkuasa. Allah swt telah mengingatkan kita agar menyakini :
إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا
يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Ertinya : Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya TIPU daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan ( Al-Imran : 120)
Juga ingatan lainnya :
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّ بِاللّهِ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
Ertinya : Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap kejahatan mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka TIPU DAYAkan ( AN-Nahl : 27)
Lebih hebat dari itu, Allah juga menyatakan bahawa
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
Ertinya : “Tidaklah tipu daya jahat itu kecuali akan kembali kembali pembuatnya” ( Fatiir : 43)
Perlu diyakini, sebarang kemenangan secara penipuan hanya merupakan cara Allah membalas dan mempergandakan dosa mereka yang menang, ia ibarat istidraj  yang diberikan Allah kepada si penjahat untuk membiarkannya terus jahat (atas pilihannya sendiri) dan di akhirat amat layak mendapat murka Allah.
Apa yang penting, bagi mereka yang yakin sedang memperjuangkan kebenaran harus bergantung lebih kepada Allah dari diri mereka sendiri, sudah tentu semuanya wajib berusaha tetapi usaha mereka tidak akan kesampaian tanpa bantuan Allah, dan bantuan Allah memerlukan mereka yang berjuang itu ikhlas serta sentiasa memperbaiki dirinya. Hanya dengan itu, bantuan Allah dan kemaqbulan doa akan tiba. Namun, jika ada yang berpuasa sunat, berdoa dan bertahajjud untuk mencapai kemenangan yang diyakini benar untuk agama Allah, tetapi dalam waktu yang sama juga turut tidak insaf dan terus menerus melakukan dosa yang sama seperti orang lain, sebagai contoh memakan riba, menipu dan lain-lain dalam kehidupan peribadinya. Amat sukarlah doanya dimaqbulkan Allah. Perjuangannya akan gagal buat sementara waktu bagi membolehkan koreksi diri dilakukan lagi. Malah jika menang dalam keadaan berdosa, fitnah harta dan pangkat pastinya akan menewaskan individu ini, hingga akhirnya menyusahkannya di dunia dan akhirat.
Sabda Nabi saw :-
يا غُلَامُ إني أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إذا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وإذا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لو اجْتَمَعَتْ على أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لم يَنْفَعُوكَ إلا بِشَيْءٍ قد كَتَبَهُ الله لك وَلَوْ اجْتَمَعُوا على أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لم يَضُرُّوكَ إلا بِشَيْءٍ قد كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ
Ertinya: wahai pemuda.., sesungguhnya aku ingin memberitahu beberapa kalimah penting.”Jagalah Allah (suruhan dan larangannya) nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan akan kamu dapatiNya bersamamu, dan apabila kamu meminta, mintalah bantuan dari Allah, dan KETAHUILAH, sekiranya seluruh umat ini bersatu untuk memberi manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu walaupun sedikitpun kecuali apa-apa yang telah Allah tuliskan bagimu (sebagai manfaat yang akan diperolehi), dan JIKA SEMUA mereka bersatu memudaratkanmu, tidak akan jatuh kamu dalam sebarang mudarat kecuali apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah akan menimpamu..” (Riwayat At-Tirmidzi, 4/667; Hasan Sohih)
Moga Allah membalas segala jenis penipuan pilihanraya dan lainnya dengan segera di dunia lagi kepada sipembuatnya agar mereka mampu sedar dari keasyikan hasil dodoian syaitan laknatullah dan akhirnya bertaubat dan mati di dalam keampunan Allah SWT. Segala yang baik dari saya berpunca dari Allah lambang kekuasaanNya. Segala yang buruk dari saya juga dari Allah, tapi disandarkan pada saya, membuktikan kekerdilan saya sebagai hambaNya.
(Oleh : Amienah Ridzwan @ Ridz)
Tiada siapa menjangkakan Tok Mun akan menang pilihan raya ini. Namun keupayaannya untuk kekal sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun, di samping minatnya untuk ikut serta dalam politik tanah air, sememangnya mengagumkan.
NAMANYA ialah Maimun Yusuf, berusia 89 tahun. Nenek ini sukar mengeja dengan betul namanya sendiri, apatah lagi membaca manifesto pilihan raya. Selama bertahun-tahun Maimun cuba belajar membaca dan hasilnya kata beliau: “Tok boleh menulis dan mengira sikit-sikit.”
Ironinya, beliau menjadi calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Lawannya ialah calon Barisan Nasional, Datuk Razali Ismail, 59, dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, 54.
Kedua-duanya bukan calang-calang orang, kecuali Maimun telah ‘lebih dulu makan garam’. Maimun juga menggunakan gambar kunci sebagai lambang ‘parti’.
Selebihnya, Maimun sekadar bekerja menjual kain dengan mengayuh basikal dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Gong Gemia, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Sejak sah menjadi calon pilihan raya, 24 Februari lalu, kediamannya – sebuah rumah usang tanpa perabot yang disewa RM60 sebulan, tidak putus-putus dikunjungi orang. Keputusannya untuk bertanding mengejutkan banyak pihak. Namun ini bukanlah kali pertama beliau mencuba.
Sebelum ini, sudah empat Pilihan Raya Umum Maimun mengemukakan borang penamaan calon, namun ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tahun ini merupakan kali kelima beliau cuba menjadi calon dan berjaya.
“Tok salah eja nama, pencadang tok bukan dari kawasan parlimen yang sama dan beberapa lagi. Mungkin juga mereka (SPR) tidak membenarkan tok bertanding kerana tidak mahu tok hilang wang deposit.” Untuk melayakkan beliau bertanding kerusi Parlimen, Maimun perlu membayar wang deposit sebanyak RM10,000.
“Cuba kira, kalau tok simpan 50 sen atau RM1 sehari, berapa banyak wang tok di dalam bank?,” katanya dalam loghat pekat Terengganu. Menurut Maimun, beliau sudah mula mengumpul wang sejak 20 tahun lalu.
Selain itu, banyak lagi wangnya yang terpaksa dihabiskan untuk kempen bagi mendapat sokongan pengundi Kuala Terengganu pada hari pembuangan undi, 8 Mac ini.
Katanya, wang boleh dicari selagi beliau mampu bekerja. Beliau telah menunai ibadat haji pada tahun 2001, juga dengan wang simpanan hasil beliau bekerja selama ini.
Cekalnya hati nenek yang selesa dipanggil Tok Mun ini memang tidak dijangka ramai orang. Usia tua juga bukan penghalang untuk beliau melancarkan kempen meraih undi dengan caranya sendiri, biarpun tidak serancak yang dilakukan oleh calon-calon lain. Sekalipun terpaksa menebalkan muka berkempen dari rumah ke rumah, yang ada antaranya tidak membenarkan beliau masuk, Maimun tetap dengan tekadnya itu.
Walaupun selepas mendengar suara-suara sinis yang mempersendakan usahanya, Maimun tidak putus asa kerana menganggap itu sebahagian cabaran yang perlu ditempuhi.
“Bila dah sekali harung biarlah basah.”
Itulah prinsip yang dipegang Maimun yang benar-benar serius ingin menjadi wakil rakyat.
Hari-hari yang dilaluinya biasa saja. Beliau bangun pukul 3 pagi, bersembahyang sunat dan membaca al-Quran sementara menunggu waktu Subuh. “Kalau larat tok akan berjalan ke masjid untuk sembahyang.
“Tok suka makan nasi goreng waktu sarapan kerana ia senang. Kadang-kadang tok buat cenkodok dan lempeng.”
Semasa keluar menjual songket dan berkempen, beliau jarang makan tengah hari. Makan malamnya berhidangkan ayam atau ikan goreng, atau sayur sahaja. Sebagai penutup hari, sekali lagi kaki tuanya diheret untuk sembahyang Isyak di masjid.
Penulis yang berkesempatan bertemu calon warga emas ini beberapa kali turut kagum dengan keazamannya.
Mana tidaknya, pada usia yang hampir mencecah satu abad, beliau masih kuat mengayuh basikal yang dibelinya lima tahun lalu untuk bergerak ke sana sini.
Ramai warga emas lain mungkin tidak sekuat Maimun yang masih mampu mengayuh sejauh 10 kilometer sehingga ke Kampung Atas Tol untuk menjenguk rumah pusakanya setiap hujung minggu.
Rahsianya? Menurut Maimun, beliau menjaga pemakanannya sejak muda lagi dan jarang sekali dia membeli makanan yang siap dimasak kerana tidak yakin dengan cara penyediaannya.
Ini kerana pelbagai perisa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Menurutnya, beliau akan menumbuk rempah yang akan digunakan dalam apa juga jenis masakan dengan lesung batu selain mengamalkan makan jamu untuk kesihatan.
“Dekat 10 tahun dah tok amalkan makan jamu, tok beli sendiri bahan-bahan dan upah orang untuk buat jamu. Selain untuk makan sendiri, tok jual juga sambil jual kain,” katanya.
Selain itu, ujarnya, banyak bekerja sejak muda lagi memastikan beliau berasa sihat. Maimun mengaku tidak pernah mengalami sakit yang teruk melainkan demam-demam biasa.
Menceritakan bagaimana beliau boleh terlibat dengan politik, Maimun memberitahu beliau ingin menjadi seorang pemimpin. Sebab utama katanya, kerana mahu memimpin dan mengubah apa sahaja yang dirasakan tidak betul yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini.
“Setiap kali tengok pokok ditebang, hasil bumi dikaut sesuka hati, bukit disodok (diratakan), hati tok turut sakit,”  kata Tok Mun menerangkan asas perjuangannya.
Menurut Maimun, biarpun beliau tidak pandai membaca dan menulis, ia bukan halangan untuknya menjadi pemimpin. Beliau juga berhasrat untuk mengupah seorang pemandu yang akan memudahkannya bergerak kerana percaya rutinnya akan lebih sibuk sekiranya menang nanti. Menutup perbualan kami, Maimun memberitahu beliau amat berharap boleh menang. Namun ia masih bergantung kepada sokongan pengundi.
“Setakat ini ramai yang cakap nak sokong, nak undi tetapi isi hati orang kita tidak tahu,” katanya yang masih tidak pasti sama ada untuk bertanding lagi pada pilihan raya akan datang sekiranya gagal kali ini.
Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar
dipetik dari laman Peguam Syarie http://peguamsyarie.blogspot.com
Bagi golongan yang prihatin, kita pasti sedar bahawa akhir-akhir ini negara berdepan dengan pelbagai situasi begitu asing dan tidak pernah berlaku sebelum Pilihanraya Umum ke 12. Walaupun PRU 12 telah menzahirkan pilihan rakyat namun kesannya masih dirasai oleh rakyat Malaysia. Ahli-ahli politik sama ada yang menang atau yang kalah sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat kemenangan atau kekalahan mereka. Lantaran meletakkan politik kepartian mengatasi kepentingan rakyat.
Seharian masih sering diperkatakan tentang kesan PRU 12 ini serta natijah daripada keputusan tersebut. Malah terdapat segelincir pihak yang seolah tidak dapat menerima keputusan itu dan mencari pelbagai jalan atau helah bagi menjayakan cita-cita politik mereka.
PRU 12 sebenarnya memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Kestabilan politik seperti dahulu tidak lagi jelas malah ahli-ahli politik diuji dengan pelbagai ujian bagi menegakkan prinsip masing-masing.
Apa yang menyedihkan ialah risikonya terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila ahli-ahli politik saling tuduh menuduh, salah menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain samada di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sekarang ini adalah lebih bijak dan berinformasi berbanding dengan 30 tahun yang lalu di dalam menilai keberkesanan dan khidmat yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat.
Orang Islam yang merupakan tunjang masyarakat Malaysia amat khuatir dengan apa yang berlaku dewasa ini. Apatah lagi sekiranya ia memberi kesan terhadap kedudukan agama Islam dan budaya Melayu. Ini adalah kerana kita dapat melihat sebahagian ahli-ahli politik Melayu Islam meletakkan politik kepartian melampaui kepentingan agama dan bangsa.
Seharusnya ahli-ahli politik Islam meletakkan Islam di tempat yang teratas di dalam menggarap tindakan ataupun keputusan mereka. Dengan cara ini kepentingan agama dan bangsa akan terjaga.
Yang lebih menghairankan, kadang-kadang kita lebih mempercayai orang lain berbanding dengan saudara seagama kita. Kita lebih meredai perbuatan orang lain dan apabila perkara itu dilakukan oleh saudara seagama yang nampak hanyalah kesilapan sahaja. Perkara ini amatlah menyedihkan.
Seringkali kita membaca di dalam akhbar-akhbar, media elektronik dan sebagainya, ahli politik Islam ini bercakaran antara satu sama lain dan alpa terhadap amanah sebenar yang diberikan iaitu untuk mempertahankan kepentingan Islam sebagai jatidiri negara. Ia dilakukan semata-mata bagi menjaga parti politik tanpa mengambilkira kepentingan agama.
Kita menyeru kepada semua ahli politik tanpa mengira parti politik yang diwakili agar berbalik kepada perjuangan yang sebenar. Apalah guna kita menjadi popular tetapi menggadaikan agama dan bangsa kita. Penulis mengajak ahli-ahli parti siasah Islam agar bersatu dalam membela kepentingan Islam kerana ini adalah perkara dasar. Namun sebagai seorang yang tidak terlibat secara langsung dalam politik, idea ini dilontarkan supaya dikupas dengan terperinci dan semoga idea ini dapat difikirkan dengan minda terbuka dan meletakkan Islam sebagai asas keputusan.
Sudah tentu tidak dalam semua keadaan kesatuan fikiran boleh dimanifestasikan seperti dalam hal ehwal lain yang lebih bersifat furu’ atau cabangan. Adalah normal untuk ahli politik tidak bersependapat di dalam perkara tersebut, tetapi sepatutnya ia tidak berlaku dalam mempertahankan kedudukan Islam. Namun penulis akur bahawa bersatu dalam konteks politik Malaysia ketika ini mungkinlah tidak bersifat bersatu dalam ertikata mengujudkan sebuah parti siasah Islam sahaja kerana ia amatlah sukar atau hampir mustahil untuk direalisasikan ketika ini. Kaedah ini mungkin sangat ideal tetapi terlalu sukar untuk dicapai.
Namun begitu, adalah tidak mustahil beberapa alternatif lain boleh dicari dalam melaksanakan bentuk kerjasama antara parti siasah Islam.Antaranya kerajaan campuran boleh dibentuk diantara parti-parti politik Melayu/Islam. Alternatif ini sebenarnya juga amat sukar untuk dicapai sekiranya semua pihak menoleh ke belakang.
Ini adalah kerana sejarah telah tercatat betapa renggangnya parti-parti politik tersebut suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun sekiranya mereka melihat ke hadapan, mungkin terdapat sedikit harapan untuk membicarakan ke arah ini. Kerajaan sementara berteraskan Islam ini sudah tentu dapat memartabatkan Islam dan meletakkannya di tetap yang sepatutnya.
Jikapun kerajaan campuran tidak dapat dibentuk, mungkin juga persefahaman dapat dicapai di mana walaupun tidak menyertai kerajaan, pihak yang tidak membentuk kerajaan ini boleh bersifat anjal. Mereka boleh menyokong rang undang-undang dan dasar kerajaan jika ianya bersesuaian dengan Islam dan dalam keadaan yang lain menentang sesuatu rang undang-undang dan dasar kerajaan sekiranya ia tidak adil dan bertentangan dengan Islam. Dengan cara ini kepentingan rakyat dan islam akan sentiasa terjamin. Banyak negara lain telahpun mengadakan kerajaan sebegini dan ianya bukan lagi asing.
Setelah limapuluh tahun merdeka, mungkin lakaran politik Malaysia terpaksa dilakar semula dengan corak yang berbeza. Namun dalam menentukan corak mana yang akan dilakarkan itu, jatidiri negara iaitu Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah sentiasa disematkan di dalam diri kita. Identiti negara ini perlu dipertahan dan diperjelas disamping menolak sebarang usaha menggugat atau mempersoal jatidiri ini.
Tiga kaedah yang disebut di atas mungkin boleh difikirkan oleh kepimpinan parti siasah Islam demi menjaga kedudukan Islam di Malaysia. Namun begitu ia tidaklah bermakna orang Islam akan memencilkan orang bukan Islam di Malaysia. Sumbangan orang bukan Islam di Malaysia memang tidak boleh dinafikan dan agama Islam sebenarnya mengiktiraf kedudukan ini. Dalam hal yang demikian sekiranya Islam dapat ditegakkan maka sudah tentu orang bukan Islam akan lebih terjamin dari sudut peribadatan mereka, keperluan dan juga kebajikan.
Sesiapa yang membaca nukilan-nukilan berhubung dengan negara Islam sudah tentu memahami betapa Islam menjaga golongan minoriti bukan Islam dalam negara Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu khuatir apabila Islam dilaksanakan.
Sudah sampai masanya cerdik pandai politikus Melayu/Islam mencari jalan memelihara kepentingan Islam ini agar tidak diperlekeh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak termasuk orang Islam sendiri. Percakaran di antara sesama orang Islam ini amatlah memalukan. Ia berlaku kerana kurangnya kesedaran di kalangan sebahagian ahli politik untuk berbalik kepada Islam sebagai jalan penyelesaian.
Parti-parti yang mengakui memperjuangkan Islam hendaklah menterjemahkan motto atau objektif mereka ini kepada reality dan tidak hanya menjadi bahan kosmetik untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.
Demi Islam, lupakanlah masalah silam dan perbaharui tekad dan usaha untuk memartabatkan Islam dalam segala ruang yang ada. Janji Allah pasti benar. Allah telah berjanji sesiapa yang menolong agamaNya sudah pasti Allah akan menolong mereka pula. Oleh demikian sekiranya kita meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, sudah pasti terdapat ruang yang luas untuk bergerak demi Islam.
Penulis tidak berhasrat menceburi bidang politik, sekadar memberi pendapat dan melontarkan idea supaya perkara ini dapat difikirkan bersama. Sebagai salah seorang pemimpin NGO Islam arus perdana penulis merasa terpanggil meluahkan pandangan ini kerana keanjalan politik ketika ini cukup membimbangkan orang Islam. Ahli politik Melayu/Islam adalah pejuang kepada keagungan Islam di Malaysia, tanpa mereka sudah tentu Islam akan tidak terbela. Memang banyak jasa mereka dan sewajarnya peranan ini terus dimainkan mereka dengan lebih berkesan lagi.
Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com
Ulasan Salah seorang Pembaca Blog http://novandri.blogspot.com/, mengenai ‘retreat’ MT UMNO pada 5 – 6hb Jun 08.
Salam Dr,
1. Sorry Dr, saya adalah seorang yang ‘detail’ punya manusia.
2. Yang hadir dalam retreat tersebut terdiri dari PM, TPM, Menteri, Tim Menteri, MB, KM dan YB?
3. Hari khamis dan Jumaat adalah hari bekerja. Gaji bulanan mereka dibayar oleh kerajaan iaitu duit rakyat. Jadi 2 hari tersebut mereka bukan buat kerja tugas kerajaan tetapi untuk parti Umno? So how adakah Umno yang membayar gaji mereka? Adakah mereka ambil cuti tahun?
4. Itu sebab kita dapati negara ini banyak masalah. Sebab pemimpin kita esp Umno leader banyak buang masa dengan Parti politik dan bukan habis masa dengan ‘tugas negara dan tugas kerajaan’?
5. Sorry fikiran saya masih cetek. Saya masih mempunyai banyak persoalan, kadang-kadang ia tidak terfikir oleh orang lain.
http://sukj.blogspot.com
Maklanjut di http://novandri.blogspot.com/2008/06/kesudahan-kepada-retreat-mt-umno.html
Emm apa kata anda pulak? ada betul nya juga tu
Petikan dari Malaysiakini
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.
Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen. ……… nak baca lagi @ Malaysiakini
Petikan Dari Utusan Online
KUALA LUMPUR 28 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO adalah tanpa syarat dan tidak akan diberikan layanan istimewa.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, Mohamad Ezam kembali ke parti itu kerana mahu membantu perjuangan UMNO………………………….. nak tahu lagi @ utusan.com.my
Apa kata Orang Ramai,
– Ezam bukan lagi isu untuk KeADILan oleh Suara KeADILan
– ‘Saya tidak akan ikut Ezam’ – Badrul Hisham
– Ezam sertai semula Umno
Ps: hanya apa yang penulis baca, dari media – media