Tags » SPDP 5

Krisis SPDP: Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Empat wakil rakyat SPDP, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Dr Tiki Lafe, YB Rosey Yunus dan YB Paulus Palu Gumbang keluar daripada parti, berkuat kuasa 7 Januari 2012. 397 more words

Sarawak

Dr Tiki tidak pertahan kerusi Parlimen Mas Gading.

SUDAH sah! Selama ini dia enggan mengulas apa-apa tentang masa depan karier politik terutama berkaitan pencalonan semulanya di kerusi Parlimen Mas Gading menggunakan tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang belum diketahui bila bakal diadakan. 251 more words

Sarawak

SPDP 5: Mengapa Entri sahaja dibuang?

RAMAI mereka yang mengikuti perkembangan politik Sarawak terutama berkaitan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menjangkakan hari ini (25 November 2012) Majlis Tertinggi parti berkenaan akan memecat lima pemimpin mereka. 347 more words

Sarawak

SPDP 5: Sylvester Entri dibuang parti, Tiki tidak dicalonkan semula (edisi kemaskini).

Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entri Muran yang juga Menteri Muda Bekalan Air dan ADUN Marudi dibuang parti.

Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum kelak. 251 more words

Sarawak

SPDP 5: Siapa dibuang parti?

PAGI ini (25 November 2011) ahli-ahli Majlis Tertinggi SPDP akan bermesyuarat untuk membincangkan dan mengundi apakah ada anggota SPDP 5 disingkir dari parti.

Mereka yang terbabit ialah Naib Presiden Kanan Datuk Peter Nansian Nguse (ADUN Tasik Biru), Naib Presiden Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi), Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe (Ahli Parlimen Mas Gading), Ketua Penerangan Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau) dan Ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus (ADUN Bekenu). 15 more words

Sarawak

Nasib SPDP 5 diketahui 25 November?

NASIB lima pemimpin Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diketahui Jumaat ini apabila Majlis Tertinggi parti itu membincangkan hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan ketika dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa itu telah menyiapkan laporan dan akan membentangkan serta membincangkannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti 25 November ini. 165 more words

Sarawak

SPDP 5: Kerusi tetap SPDP punya.

APABILA presiden bersuara dalam nada amaran, mereka berkenaan adakah gentar mendengarnya atau semakin galak untuk mencabar?

Dengan itu Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom membayangkan tidak ada masalah jika anggota SPDP 5 keluar parti. 189 more words

Sarawak